This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: April 2011

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

30 April, 2011

Busy.. Sibuk.. Penat..

Fuuuhhh... minggu ni amat busy, sibuk dan penat.. sebab tu macam kurang update entry.. huhuhu..  Maklumlah, henpon mana ada yang canggih... hehheehe.. pakai lappy je..


Huhuhu.. dah nak masuk bulan Mei nih.. Selamat Hari Pekerja 2011 kepada semua pekerja yea!! Nantikan update entry terbaru dari kid. Jeng jeng jeng... bulan lima ni ada hadiah berganda?? OOhhhhhh... Gaji... Gaji.... Alhamdulillah.... :)


bersambung lagi..

Labels: ,

29 April, 2011

Tips Bila Password Internet DiCuri | WEP WiFi

Anda terlupa password untuk WEP atau WiFi? Anda syaki, password WiFi atau WEP anda dicuri / crack? Anda baru format PC atau laptop, kemudian nak connect internet tak boleh? tetapi, PC / laptop lain boleh gunakan wireless. Jadi, ape yang kena buat adalah configure modem.


Macam mana nak configure balik modem? Jom tengok.. senang aje.. aku bagi contoh dua modem popular dari TM.. Riger DB108WL dan D-Link 2640B.

Yang basic sekali, sambungkan cable LAN, pastikan lampu DSL di modem anda stabil dan buka satu page internet. Taipkan http://192.168.1.1 di address bar. Korang boleh tau cara untuk tukar password WEP


RIGER DB 108WL
- modem username / password = tmuser
- login dan isikan detail. Disini dapat tukar WEP key yang terlupa.


D-Link 2640B
- sama jugak step basic. Lepas tu, masukkan modem username dan password = tmuser
- Klik Login > SETUP > SETUP Wizard

- isikan detail streamyx ID dan password, protocol PPPoE, connection type LLC. Lepas tu, next.
- SSID dan WEP key boleh diubah disini. Hanya 13 characters tau!!


Klik Next dan semak dulu. Lepas tu, Klik Restart dan biarkan reboot sampai habis. Restart modem dan PC, Dah boleh buat connection.


Orait.. itu aje. Kalau nak modem lain seperti Aztech, Billion BIPAC 5112s, Belkin, Buffallo, Level 1, SMC, TP Link dan macam2 lagi, sila rujuk manual laa yea... ngeh ngeh ngeh..



Sekian, dari meja blogger..

p/s: aku pun baru tengah belajar.. nak kaji pasal router lak. dan bridge mode.. ngeh ngeh ngeh

Labels: , ,

28 April, 2011

KFC BREAKFAST | KUPON CHEEZY WEDGES

Minggu ni aku kerja shift pagi. Jadi masuk agak lambat sikit daripada masuk awal subuh hari. Jadi, seperti biasa aku ke TTDI untuk kerja. tapi lapar sungguh pagi tadi. 
Dengan hujan lebat, jalan agak slow, akhirnya dekat kul 8 pagi aku sampai. Tiba-tiba nampak KFC.Terus laaa nak try menu breakfast baru! yeaahhhaa

Menu Breakfast
Menu sekali dengan hot drink
Hanya di KFC a.m.
Memang mantap!! sedap dan menyelerakan!
Aku pekena dengan HOT MILO.. perrgghhh... memang kena laaa dengan hujan2 di awal pagi. Lepas ni, aku nak aim makan CHICKEN CHOP pulak. Maklumlah, gaji lagi beberapa hari aje.. heheheeh. 

Beli chicken chop, dapat CHEEZY WEDGES PERCUMA!! saper taknak?? hehehee.. aku dah print kupon. Kalau korang nak KUPON FREE CHEEZY WEDGES gak, gi laa kat KUPON PERCUMA KFC ni..!!!

Labels: , ,

27 April, 2011

Cashout Nuffnang Pertama! | ChurpChurp macam mana?

Sebelum ni,. aku ada buat entry pasal Apesal Earning Nuffnang Jadi Kosong?? , jadi ada yang nak tahu apa kisah yang berlaku. Sebab ini adalah kali pertama berlaku setelah 6 bulan! EARNING NUFFNANG aku bertukar kepada "KOSONG".

Semalam, aku ada bukak nuffnang dan tengok earning. Dan aku Klik Cashout.

Klik Cashout my earnings!

Klik OK!
Your request has been successfully submitted!
Dan selepas tu, terus dapat emel dari NUFFNANG!

Begitulah alkisahnya. aku dapat Cashout Earning Nuffnang buat kali pertama setelah 6 bulan berblogging! Alhamdulillah.. dan terima kasih kepada semua pengunjung blog shakiddo. Kini aku hanya tunggu sebulan lagi untuk dapat cheque. Eh, eh.. macam mana dengan CHURPCHURP??

Sikit lagi nak cash out churpchurp nih. Korang yang baik hati, kalau nak tingkatkan earning churpchurp, kena laa rajin-rajin berkempen macam kat SINI. Sebab dalam berkempen tu, sebenarnya kita boleh dapat banyak kupon, vaucher, atau hadiah.. contohnya kalau pegi ke kempen MAIN GAME ni.

Sekian, alkisah earning blogging dari aku buat masa ni. Maklumlah sakit cirit birit tak reda lagi, ditambah pulak dengan selsema.

Labels: , , ,

26 April, 2011

Apesal Earning Nuffnang Jadi Kosong??

Kenapa pulak nih..?? Dah nak masuk cukup enam bulan. Dah dapat Ads, BE, ME.. tiba-tiba hari ni Earning Nuffnang Jadi KOSONG. Nasib ada satu BE yang tengah running. 


Kenapa ek? Macam nak tanya nuffnang je lepas nih... hurmmmm..... Kena tunggu entry lepas nih

Labels:

25 April, 2011

PERCUMA! | Tiket Wayang Transformers : Dark of The Moon

SIAPA NAK TIKET WAYANG PERCUMA!? MENONTON MOVIE TRANSFORMERS : DARK OF THE MOON .

Release Date: 30 June 2011
Language:
 English
Subtitle:
 Info Not Available
Genre:
 Action / Science Fiction
Running Time:
n/a
Director:
 Michael Bay
Cast:
 Shia LaBoeuf, Rosie Huntington Whiteley, Hugo Weaving, Josh Duhamel 
KORANG BOLEH TENGOK TRAILER DI OFFICIAL WEBSITE


Okay, kalau korang nak cuba dapatkan tiket wayang PERCUMA ni, boleh laa try buat entry kreatif di SINI . Terma dan syarat ada skali yea.. Tayangan pada 
Date: 29 June 2011 (Wednesday)
Time: 9.00 pm
Venue: GSC MidValley


 Selamat mencuba!!!!

Labels: , ,

Cirit birit - ada petua??

Tolong.. tolong... sakit perut nih.. malam tadi dah brape kali cirit birit.. maklumlah, lewat makan malam (awal pagi)

ada sesiapa boleh bagi petua?? (yang mujarab laaaa)

Labels: ,

24 April, 2011

Anda ingin Crack WEP? Anda nak Reveal WiFi Password?

*Amaran: Ini adalah hanya untuk mereka yang serius dengan tajuk di atas sahaja. Kalau taknak, takde hal laaa kawan! :)


Okay, semalam aku ada buat entry pasal CARA NAK CRACK WEP KEY / REVEAL WIFI PASSWORD . Korang boleh usha dulu ape yang aku tulis sebelum tu bagi korang clear ape yang terjadi nih.


-entry removed-

p/s: akan datang... bagaimana cara hack komputer admin??

Labels: , , ,

Apa Kata?

Sambil-sambil melepak hari ahad, jom mengundi jap sebab agak bosan weekend kene keje nih.


create free polls | comment on this



create free polls | comment on this


create free polls | comment on this


create free polls | comment on this
Haaaaa... tu dia..!! mari mengundi laaa kengkawan.. kita tengok siapa yang kena....!!! hehehee

Labels: , ,

23 April, 2011

Jus Monavie | Acai Berry Terbaik di Malaysia!

 This is not Sponsored Post that will be in 48 hours but just Sponsored item only. =)

Apa itu Jus Monavie?
Monavie merupakan satu gabungan buah acai berry yang hanya terdapat di hutan Amazon serta gabungan 18 jenis buah-buahan terpilih dan terbaik dunia untuk membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita. 

Kandungannya telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa mempunyai unsur-unsur anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrient-nutrient berkhasiat yang boleh meransangkan penyembuhan luar biasa serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit



Halal ke? Selamat ke?


Jus MonaVie diiktiraf sebagai makanan yang halal oleh IFANCA.

KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) telah mengesahkan MonaVie sebagai makanan dibawah Food Act 1983 and Food Regulations 1985 semenjak 4 Julai 2007. Ref no: (55)dlm.KKM-163/S/25jld45.
MonaVie is classified as FOOD in this country. PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) telah menerima MonaVie sebagai produk ahli (No pendaftaran ahli : 0307081476) sejak 16 Julai 2008

Apa kebaikannya?


1)  Boleh digunakan oleh pelbagai lapisan umur.
2)  Mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi sertta phylonutrients untuk melawan penyakit serta menjamin kesihatan yang optimun
3)  Mencantikkan kulit serta menghasilkan DHA yang tinggi untuk otak.
4)  Sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun serta ibu mengandung.
5)  Sesuai untuk penyakit kencing manis, darah tinggi serta mengurangkan berat badan
dan banyak lagi....

Bagi saya yang telah hampir seminggu minum Jus Monavie ini:
- perubahan minor pada kulit muka dimana ia agak sekata berbanding jerawat yang banyak sebelum ini.
- pada mulanya bersin-bersin tanda permulaan proses keserasian.
- proses perkumuhan dan sistem pelawasan begitu lancar (lagi2 di pagi hari.. hehehe)
- rasanya seperti campuran berry, macam anggur campuran pun ada, macam light yogurt pun ada.. dan rasanya SEDAP!!!



Bagi sesiapa yang berminat nak dapatkannya, boleh hubungi 
- Ayu : 0172494968
- Sha : 019 2327675 

atau maklumkan kepada BLOGGER HAZMAN FADZIL

p/s: aku cuma nak share kan kebaikan jus Monavie ni.. buah-buahan bagus.. bukan nak MLM.. ngeh3.. Selamat Mencuba!!

Labels: , ,

Cara CRACK WEP key , CURI WiFi | Jangan baca kalau taknak tahu!

*Amaran: Entry ini adalah berdasarkan pengalaman dan kajian penulis. Tiada kene mengena dengan major hackers atau crackers (ape aku merepek nih)

Orait.. Sebenarnya, petang khamis lepas, streamyx umah aku macam ada masalah. Macam slow connection pun ada.. macam connected but cannot browse pun ada.. Aku dah buat BASIC troubleshooting . Aku dah ping DNS semuanya lepas. 


Dah laaa aku cuti dua hari, camner nak bikin sendiri nak release session atau reset port. Alih-alih aku call buat report call 100 (aku CSR sendiri pun kena gak call.. hahahaa)

Semalam, technician call, katanya line aku ada masalah BRAS dari DSLAM. Ishhh.. aku call takde outage pun.. hmmm.. takpe, aku suruh dia fix masalah aku cepat. Sementara tu, satu hari sampai jumaat petang takde internet. So, aku terpaksa laa gunakan cara CRACK WEP KEY ni.. (amaran kepada blogger sekalian, jangan tiru aksi ini.. hehehe)
Start crack dalam 6.21pm

Lebih kurang setengah jam, dah dapat WEP key
Pakai Linux system..
Terus aku boleh connect wifi lain
Haaa.... Mudah kan? begitu mudah untuk crack wep key / crack wifi dan "tumpang" internet percuma. Benda ni bukan suka-suka leh guna.. Aku rasa ramai gak yang dah tahu. WEP ni dah lama boleh crack, tetapi software nya sahaja yang 'disorok' berbanding kat US yang dah bersepah2. 

Klau WPA2 PSK (yang biasa unifi pakai) pun boleh crack, tapi ambil masa yang agak lama. Kena pakai brutal force dictionary attack. hehehe. Dah malam sikit, internet aku pun ok, so aku pakai yang aku punya je laaa.. hehehe

Yang ni "shakiddo" punya berbanding "ais**###" punya wifi
Dah pakai aku punya... apa lagi,. Blogging tanpa henti laaa... hehhehee.. Yesss.. Terima kasih Streamyx!!! Unlimited Internet Access..
Tuuu dia.. akhirnya korang dah tau WEP key / wifi password boleh di CRACK. Biasanya digunakan ketika internet down, brokband dah overlimit usage dan lain2. Nak tau ke? Kalau nak... errmmmm.. 

Sekian. =)

Labels: , ,

Poco Poco Tak HARAM pulak?!

Majlis Fatwa hormati Perak haramkan tarian

SEPANG: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak ber­­­ten­­tangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Katanya, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu.





“Kita dimaklumkan poco-poco dibuat dengan pelbagai cara dan ada pandangan menyatakan ia baik untuk kesihatan.


“Bagaimanapun, kita nasihatkan umat Islam berhati-hati ketika mengamalkan sebarang tarian atau senaman termasuk poco-poco, jika tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan baik untuk kesihatan, kita tidak akan menghalang,” katanya pada sidang media, di sini.


Berita lanjut KLIK SINI

*Mana yang baik tu, wajib laa kita ikut. Etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat bukan sahaja dalam tarian poco-poco tetapi dalam semua tarian. Ye tak??

Labels: ,

Rumah Aku Kena Pecah!! | Beribu Habis!!

Minggu lepas aku ada singgah kajang untuk celebrate besday my dad. Hari ni, aku singgah jap teman mak ayah aku ambik barang kat rumah kajang.. Skali aku pun terkejut daaaa... Abis kena pecah!! berselerak laaa jugak..

Kerja-kerja orang bikin pecah rumah

Bahagian Hall dibesarkan
tambah bilik lagi satu
 

Atas tambah satu bilik
Ni bakal jadi bilik encik hazman ke? hehehee
dari bahagian dapur
Haaaaa.. begitulah alkisahnya mengenai rumah kena pecah! Kena pecah dinding daa.. tengah renovation bikin bilik baru. habis laaa kena punggah barang. Sebab tu dulu kami dapat LELONG TUPPERWARE PERCUMA!! . So, buat masa sekarang, mak dan ayah lepak rumah kami kat Putrajaya laa.. terus jaga my ilham. :)

Kesulitan masa kini adalah untuk kesenangan masa depan.. hehehee

p/s: Rajin-rajin laaa komen ke Blog Shakiddo ni kerana blog ni DO FOLLOW.. Backlink untuk komen anda.. chiaaauu cin caaauuu..!!

Labels: , ,

22 April, 2011

Penangan Ikan Bakar Sekinchan!

Sejak aku buat entry pasal Restoran Ikan Bakar Sekinchan, nampaknya ramai pulak yang mencari info pasal restoran tersebut. Memang dah banyak branch dah restoran nih. Semuanya bakor.. sesuai bawak Usop Wilcha kat kedai nih.. Nanti pelayan tanya, "ikan ni nak masak ape yea?"


Ofcoz laa dia jawab.. KITE BAKOR AJE!!! KITE BAKOR!!!

Inilah penangan Ikan Bakor!!!


Tapi, ada jugak yang mencari macam mana nak hack Menara TM.. waaaahhh.. ingat blog aku ni ape ek? keyword ni aku dapat minggu lepas.. hahahahaa.. ini mesti nak tau cara nak hack atau crack Wifi / WEP, Curi password wifi

 

Oooppsss.. aku pun tengah pakai INTERNET PERCUMA..!!! sebab streamyx aku down jap :)

Labels: , , ,

21 April, 2011

BE ke 5 untuk tahun 2011

Selepas BE berganda dalam masa 24 jam, dan dua BE sudah metered earning. Kini, tambahan pula satu BE yang masuk pada hari ini. Sambil berehat, dan memikirkan bila nak makan CHICKEN CHOP KEPSI (lum lagi), satu BE dari KFC (dari fesbuk) menjengah blog Shakiddo!


Alhamdulillah.. Rezeki berblogging bertambah lagi.. buat pengunjung blog shakiddo, diucapkan terima kasih banyak-banyak dan nantikan sesuatu khas untuk korang semua.. jeng jeng jeng,... Tunggguuuuuu....!!!!

Labels: , ,

Sebab Trafik Blog Aku Naik!

Macam biasa laaa kalau dah takde topik, aku akan bagi tips sikit laaa. untuk korang semua pengunjung blog Shakiddo yang makin ramai ni.. yang makin menyesakkan sambil melepak kat blog aku ni.. thanks a lot dude!

Walaupun aku tahu, hanya ada yang singgah tapi tak tinggalkan komen, tetapi kedatangan anda juga direkod di blog Shakiddo ini. Hari ni aku cuti, dan saje nak tengok trafik blog. Refer kat Nuffnang yang baik hati.. Jeng jeng jeng...





Terima kasih kepada Blogger Bengkung Moden kerana membuat satu entry khas selepas membaca entry ISU GULA TAMBAHAN di blog shakiddo. Sekaligus membawa pengunjung blog bengkung moden ke blog shakiddo. Sekian trafik naik lagi..! :)

Labels: , , ,

The Great ChurpChurp RACE!!!!

Berita terbaru!! ChurpChurp menawarkan hadiah yang cukup lumayan untuk kempennya... Menangi iPad2, blackberry 3, iPod touch dan juga 100 tiket wayang!! Jom tengok dan KLIK INFO di sini dan di bawah.


Jangan lepaskan peluang!!! berlangsung selama sebulan!!! peluang earn churpchurp.. siapa yang belum daftar, sila REGISTER PERCUMA DISINI!!

Labels: , , , , ,

Nak Makan Chicken Chop?

Tiba-tiba lapar hari ni..Dan mengidam makan chicken chop. Dah laaa aku cuti dua hari ni. Macam nak cari chicken chop aje. Pastu nampak laaa KFC punya ciken chop nih.. waaaahhh... memang terbaik laaaa kan..

Lepas tu, boleh dapat CHEEZY WEDGES percuma kalau klik vaucher KAT SINI. Yahooooo!!! leh makan banyak2.

Labels: ,

19 April, 2011

Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung Bayi


Sekarang terdapat beberapa isu semasa mengenai penambahan gula di dalam susu tepung anak anda. Dakwaan mengenai lebih karbohidrat untuk  produk, maka lebihlah kandungan gula (ada kalkulator gula di laman web www.semakgula.com.my). Tetapi  adakah anda tahu, ia adalah tidak tepat kerana ada banyak bahan-bahan disenaraikan di bawah karbohidrat dimana ia BUKAN GULA.
Gambar hiasan : google
Okay,  pertama sekali adakah anda tahu apa itu karbohidrat? Jom kita cari apa maksud Karbohidrat di Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Karbohidrat . Karbohidrat juga mengandungi antaranya Oligosakarida (diet fiber) dan polisakarida (contohnya kanji dan glikogen, di mana kita boleh dapati di dalam nasi, mee dan roti) dimana ia bukanlah gula sepenuhnya.

Ada beberapa produk yang mengatakan TIADA TAMBAHAN GULA tidak semestinya lebih baik dan sihat dari produk yang lain. Ini adalah kerana nutrisi yang paling bagus untuk anak mengandungi banyak komponen selain dari gula seperti protein, mineral, vitamin dan lain-lain. Bergantung kepada keperluan anak anda, yang berkaitan dengan kajian sains juga perlu diambil kira untuk hal ini.

Pada pendapat aku, cara untuk semak gula dalam web www.semakgula.com.my tersebut adalah tidak tepat kerana:

-Kandungan karbohidrat adalah bukan gula sepenuhnya tetapi ada juga diet fiber, kanji, glikogen dan selulosa
-Kalkulator gula tersebut dikatakan hanya boleh mengira tambahan gula dalam susu tepung anak anda.  Cuba anda masukkan jumlah karbohidrat bagi produk bijirin atau minuman segera lain dan pasti akan ada ERROR
Oops! The value you have entered is invalid as this calculator can only be used for calculating added sugars in growing up milk powder
(Jadi, aku beranggapan, kalkulator ini mungkin hanya di set dengan formula sendiri untuk melariskan produk)

Sekarang kita rujuk pula kepada Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO). WHO menyokong tambahan gula tidak lebih 25gm/sehari (5 sudu kecil) untuk umur 1-3 tahun dan 34gm/sehari (7 sudu kecil) untuk umur 4-6 tahun. Dan WHO juga memberitahu bahawa tiada bukti khusus menunjukkan bahawa pengambilan “high sugar” (sukrosa) menyebabkan diabetes.  Diabetes hanya boleh disebabkan oleh obesiti atau terlebih berat dimana ada ciri-ciri kalori tinggi atau pengambilan lemak dan kurangnya aktiviti fizikal.
 
Sebenarnya aku masih mencari susu yang terbaik untuk anak sulungku yang kini menjengah lima bulan. Pelbagai produk susu tepung di pasaran untuk anak kita, tetapi mana satu pilihan bijak anda? Gula bukan tidak bagus untuk tumbesaran kita dan kita pula mengira dengan kalkulator gula. Betul ke cara pengiraan macam tu? 

Kesimpulannya, aku tidak setuju jika diambil karbohidrat sebagai pengukur TAMBAHAN GULA dalam kiraan kalkulator gula.

Labels: , , ,

Restoran Ikan Bakar Sekinchan, Jalan Reko Kajang

Ahad lepas, sempena menyambut ulangtahun my dad yang ke 56, kami sekeluarga meluangkan masa bersama di Restoran Ikan Bakar Sekinchan, Jalan Reko Kajang. Idea ni datang dari my brother yang juga ada BLOG PASAL MAKAN

Kebetulan hari ahad, dan aku juga cuti dari keje shift, maka segala anak menantu dan cucu kecuali adik aku di uitm semua berkumpul.
Landmarknya Petronas Jalan Reko, Kajang yang berdekatan dengan HOTEL REKO INN. Selamat menonton gambar ikan bakar.
Ikan pari ada.. ketam ada..

Kerang ada.. lala ada..
wifi pun ada.. WEP = rsibkajang123 (diorang pakai 1Mbps) hehehehe
ikan keli ada.. ikan kembung ada..
ishhh.. korang tengok sendiri lah harganya..
Suasana dalam Restoran Ikan Bakar Sekinchan, Jalan Reko Kajang
apa lagi... Order laaaa...
kami berlapan termasuk ilham..
Ikan Merah Bakar
Sotong Bakar dan juga ikan bakar lagi (ape ntah nama)

Ulam dan sambal
My peberet Epal Asam Boi dan tembikai laici (my sha)
Cencaru bakar
Dan juga.....
Makanan berkhasiat
Seekor BELUT
Yang menjadi BELUT BAKAR!!
Haaaaa... sedap dan menarik kan??!! Ada juga sup ayam. tapi tak sempat nak ambik gambar sebab sibuk meratah ikan, sotong dan belut bakar. Bapak aku pun kata... KITE BAKOR AJE!!!!

Tuuu dia.. Banyak lagi gambar aku nak letak, tapi karang jammed lak.. tunggu laaa my brother upload gambor dia.. so far, harga untuk semua tu adalah RM203.80 dan skali skala boleh laa makan kat sini untuk celebrate bersama family. Servis di tahap baik lagi.. cuma perlu susun kerusi meja yang agak rapat. Mungkin ramai sangat dan tak cukup kedai ni kalau satu corner lot.. (bisnes bagus laaa tu)

Eh, mana my ilham??
Kenyang minum susu daaa... hehehehee
Orait, buat korang yang nak cuba Ikan Bakar, boleh laaa ke Restoran Ikan Bakar Sekinchan, Jalan Reko Kajang. Ada banyak cawangan dah restoran ni.. amacam??? KITE BAKOR AJE!!! ekekeke

Labels: , , ,