This Page

has been moved to new address

Selesaikan Masalah Streamyx anda Sendiri!

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Selesaikan Masalah Streamyx anda Sendiri!

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

05 April, 2011

Selesaikan Masalah Streamyx anda Sendiri!

Hai korang semua.. macam mana hari ni? macam mana surfing internet hari ni? okay tak? laju tak internet? Ada yang pakai streamyx tak? Kali ni kid nak share ape kerja kid hari-hari iaitu membantu customer untuk buat troubleshooting via phone.

*troubleshoot dibuat menggunakan window 7.

Okay, pertama sekali, kalau ada masalah connection internet streamyx, korang kena check, line / cable / socket dulu. (wall socket > splitter > satu ke phoneline > satu ke modem>pc)

Lepas tu, dengar phone ada tone tak? atau ada interfierence / noisy sound ke.. betulkan cable dan socket. Then, tengok lampu DSL / LINK dekat modem. Modem korang jenis Riger DB102 ke.. DB108, innocom 3100, 3400, ADSL 2640B, Billion BIPAC 5112S atau modem korang beli sendiri. Sambungkan kabel LAN dari modem ke PC anda.
Lampu Link / DSL / ADSL mestilah menyala STABIL.
Kalau lampu DSL anda OFF atau blinking, cuba buat direct connection. Tak payah pakai splitter, cable belakang modem tu direct sambung ke wall socket.

Cuba OFF kan modem dan ON balik selepas 15 saat. kalau DSL/LINK anda stable, cuba configure balik modem kalau anda guna Modem TM riger DB108, ADSL 2640B, Innocom W3100 atau 3400V. 

Masuk ke http://192.168.1.1 dan masukkan username: tmuser dan password: tmuser. Setting berlainan mengikut modem. PPPoe Personal dan Organization boleh aje configure modem ni. nanti aku wat entry khas untuk configure modem TM.

===============================================
Lepas tu, pegi dekat START > CONTROL PANEL > NETWORK AND INTERNET > NETWORK AND SHARING CENTER

 Dekat NETWORK AND SHARING CENTER, klik LOCAL AREA CONNECTION.
Lepas tu, klik PROPERTIES.
(window xp = start > connect to > Local Area connection > klik kanan > properties)

Then, pastikan INTERNET PROTOCOL VERSION 4 (TCP/IPv4) ditanda dalam kotak dan klik PROPERTIES.


Pilih "obtain an IP address automatically" dan "use the following DNS server addresses". Isikan di Preffered DNS server 202.188.0.133 dan Alternate DNS server 202.188.1.5  Klik OK!

Tutup semua window tadi termasuk control panel. Buka command prompt. Start > Run > taip CMD .
Atau start > all programs > accecories > command prompt.
Taip "ipconfig" (dalam huruf kecil)
lepas tu, tekan ENTER
Cari IP Address, subnet mask dan default gateway. Pastikan ada DEFAULT GATEWAY, bermakna pc/laptop anda ada bersambung dengan modem.

Okay, cuba OFF kan modem, lepas tu ON kan balik selepas 15 saat. Try buat connection, jika tidak boleh lagi, kena laa call 100 untuk suruh reset port. Kalau still tak boleh jugak, kena buat report dan technician TM akan datang untuk memperbaikinya.


Orait, panjang lebar pulak aku taip. Maklumlah troubleshooting ni basic untuk pengguna streamyx. Khas untuk korang.. Selamat mencuba!!!

p/s: kalau pakai MAC tu, lain laa sikit. :)
      Rajin-rajin laaa komen ke Blog Shakiddo ni kerana blog ni DO FOLLOW.. Backlink untuk komen anda.. chiaaauu cin caaauuu..!!!

Labels: , ,

20 Comments:

Blogger a n a s t a s y e a said...

Info yang menarik ! :D

anastasyea's latest post .. (VIDEO) Skandal Seks Pembangkang | Apa pendapat korang ?

Tuesday, April 05, 2011 11:25:00 AM  
Blogger Lieynanilaz said...

info yg bagus...:)

Tuesday, April 05, 2011 11:31:00 AM  
Blogger Miza Yusof said...

thanks for sharing :)
sangat-sangat berguna :)

Tuesday, April 05, 2011 11:44:00 AM  
Anonymous hazman aka species1980 said...

hurmmm... ada tak tips nak dapatkan UNIFI dengan murah ....ngeeee

Tuesday, April 05, 2011 11:57:00 AM  
Blogger KiD said...

ann: yupp.. thnaks kerana jenguk sini..

lieyna nilaz: yupp.. hope dapat membantu..

Tuesday, April 05, 2011 12:19:00 PM  
Blogger KiD said...

miza: most welcome.. kalo problem, sila tanya yea.. hehehe

abg man: caranya adalah menjadi staff TM selepas setahun dan memang murah.. (tapi dah dibekukan sebab terlampau ramai sgt staff ambik)

Tuesday, April 05, 2011 12:20:00 PM  
Blogger Nur Hanani said...

memang berguna la entri ni. tapi skang tak pakai lagi streamyx..maybe next time entri ni akan dugunapakai oleh saya. thanx sharing.. :)

Jom baca ni: Cerita selepas ABPBH 2010..Datuk Siti Nurhaliza, Yuna??

Tuesday, April 05, 2011 1:25:00 PM  
Blogger CikLilyPutih said...

kid,
so far aku pakai streamyx ni belom pernah timbul problem lagi itu yang aku suker tuh.

Tuesday, April 05, 2011 1:56:00 PM  
Blogger KiD said...

nur hanani: kid pakai streamyx ni pun sebab nak unlmited access.. terpaksa terminate broadband.. huhu

Tuesday, April 05, 2011 1:58:00 PM  
Blogger KiD said...

cik lily: okay laaa tu.. kid pun hope okay kat putrajaya sebab pakai kabel fiber optic.. line cyberjaya pun camtu.. giler laju surfing! hehehe

Tuesday, April 05, 2011 1:59:00 PM  
Blogger xazryx said...

time kasih bro !nnt aku try .panjang plak tutorial ny .HEHE .

Tuesday, April 05, 2011 1:59:00 PM  
Blogger KiD said...

xazryx: sama2.. hope dapat bantu kalo ada problem.. :)

Wednesday, April 06, 2011 8:15:00 AM  
Blogger NuR FaTiN said...

abg kid, cemana lau lupa password tmuser tu eh???

Wednesday, April 13, 2011 10:19:00 AM  
Blogger KiD said...

fatin: lupa password? kena call 100 aje laaa.. mintak reset password.. nak configure modem ke? :)

Thursday, April 14, 2011 10:45:00 PM  
Blogger kasmin said...

DNS server 202.188.0.133
Alternate DNS server 202.188.1.5

nombor2 ni memang fix ke? klo pkai nombor lain camne?

Friday, June 17, 2011 8:22:00 AM  
Blogger Rozuan Ismail said...

wan tak pakai stremyx tapi wan bookmark entri ni.manalah tahu in future pakai kan.senang sikit bila ada problem.

Tuesday, June 21, 2011 10:13:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

kalau dsl blinking non stop ape maksudnya? modem kong ker line yg problem?

Friday, August 12, 2011 12:04:00 PM  
Blogger KiD said...

kasmin.. tu dns server bagi streamyx

Sunday, August 14, 2011 2:37:00 AM  
Blogger KiD said...

anonymous: kalau dsl blinking non stop.. ada masalah line laa tu.. Kalau modem kong, simptomnya adalah lampu power OFF. atau bila pakai LAN cable tapi lampu LAN tak menyala..

cuba bukak command prompt dan taip : ping localhost

tengok ada reply tak? lost mesti 0.

Sunday, August 14, 2011 2:39:00 AM  
Blogger Haniel said...

okler.. tp ada jugak yang masih bebal nak buat sendiri..

Monday, August 22, 2011 10:35:00 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home