This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: November 2010

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

30 November, 2010

Restoran Mamak dah Canggih

Balik dari keje, selepas abis assessment...

Terus laaa balik ke rumah. Meninggalkan Kuala Lumpur yang sesak dan sebelum sesak jalan, baik aku balik. hahaaha.. Lapar laa pulak. Aku singgah kedai mamak laaa. Almaklumlah tak rajin nak masak!

Tiba-tiba aku dapat nih..


Aikk..??? apesal queue number?? Aku nak beli nasik goreng pun ada queue number? macam nak jumpa doktor lak. Padahal tunggu....


Mamak yang goreng nasik tuh.. Tapi bila aku usha di ceruk sudut, ada bende alah ni....


Waaaah.. dah pakai order berkomputer. Patut laaa.. Aku rasa untuk mengelakkan penipuan dan untuk keselamatan dari segi stok. Ewaaaahh.. leh jadi manager aku ni..

Restoran ni jugak orang panggil "mamak terowong" sebab kedainya dekat dengan terowong presint 9 menghala ke presint 11.


Niii dia Nasi Goreng Cendawan. RM4.20 sebungkus


Sekarang, semua nak canggih. Yea laaa kan. ikut peredaran zaman. Esok-esok mamak ni amik order online jer.. hehehehee

Labels: ,

29 November, 2010

30 Minit yang Mencemaskan

Fuuuhhhh.. Lega!!!
Akhirnya dah lalui 30 minit yang mendebarkan dan mencemaskan. Ni baru basic technical assessment. 20 soalan selama 30 minit.Macam-macam laa kan. nak predict soalan ape yang keluar. masing2 bertungkus lumus.

Kalo tak lepas 60%, kena re-seat. kalo tak lepas gak, jawabnya bye bye..

Sekarang amik ujian pun online dan ada limit time, memang takleh nak tipu laaa..

Ni laa salah satu soalan yang mencabar ingatan dan pemahaman minda.


Akhirnya, masa 30 minit berlalu begitu pantas. Rasa tak cukup je. Satu soalan average seminit setengah. Giler tul. hahahaaa.. ni bukan soalan teka teki. Kalau Abang Man MAS Kargo boleh laa kot dia jawab. hehehe

Ape-ape pun, hope dapat result yang bagus untuk semua batch 195.

Phewwwwwww....

Labels: ,

Tiada Lagi Jaundice

Apa itu Jaundice?

"Jaundice, (also known as icterus, attributive adjective: icteric) is a yellowish pigmentation of the skin, the conjunctival membranes over the sclerae (whites of the eyes), and other mucous membranes caused by hyperbilirubinemia (increased levels of bilirubin in the blood). This hyperbilirubinemia subsequently causes increased levels of bilirubin in the extracellular fluids." -wikipedia-

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.
-my bengkung-


Ni gambar Ilham masa aku balik kampung last weekend. Memang nampak ada kuning sket tapi dah turun dari 12 ke 11.5. Bacaan normal ialah 10.


Cuma kulit mukanya ada ruam. maybe sebab cuaca kat kampung yang agak panas pada tengahari.


Ni Ilham selepas mandi. Senang je mandikan sebab tak nangis. mandi air suam ler. Kalo ayor sejuk, mau meraung dia.. hehehee


Kuku pun dah panjang, so ketip lah kuku dengan berhati-hati sangat. Halus dan mulus... :)

Berita yang baru diterima, my Ilham dah sihat dari jaundice. tadi pegi ke klinik desa parit 4 sungai besar. Dah turun ke 9.4. Moga-moga berkekalan sihat hendaknya.. Ameen..

Labels: , ,

Pewaris Generasi ke-2 Pedang Star Wars?

Halo halo halo kopi ke milo...
Jom follow follow..

Korang pernah tengok citer Star Wars?
Pernah tengok Pedang Star Wars?
Haaaaa... yang bernama Lightsaber tu..
Salah satu lagi koleksiku...

Memperkenalkaaaaan....
Pedang Star Wars....


Hooooooooohhhhhhhhh

Dibandingkan dengan TV 21''
Hehehe... tak mahal bende ni, dulu aku beli RM5500 jer.. menggunakan bateri AA sebanyak 3 bijik. Dan ada sound effect.!! Berbaaloi kan.. Dan sekarang aku dah ada Pewaris Pedang Star Wars aku... my Ilham laaaa.. hehehee
Pemegangnya pun dah lebih dari 12 inchi.
Haaaa... sebenarnya aku terlupa letak titik antara angka 5 dan 0 tu.. so, korang dapatlah harganya.. hehehe :p

Labels: ,

27 November, 2010

Ku Membawa Diri

Salam...

Pagi-pagi di keheningan subuh, aku drive sorang sorang..

Menuju ke Sungai Besar seorang diri...
Balik ke kampung menjenguk anak bini...
Alahai seronoknya di dalam hati..
Tapi, korang jangan lupa kasi trafik tinggi..

hehehehe

Guys, cuti dua hari nih... yahoooooo!!!!

Labels: ,

26 November, 2010

Ujian yang Penuh Dugaan

Setelah hampir 4 minggu aku training nih. Macam macam yang berlaku. Seminggu soft skill kat Semua House, dan sekarang masih kat Menara TM untuk training. Kat sini aku belajar banyak sangat benda baru, dan ofcoz kawan2 baru.

Listening and Typing test dah lepas (ala2 MUET tapi lagi extreme.. 3 jam lebih baru dapat siap)
Online Assessment 1 dah lepas.. (lulus 90%)
Basic Troubleshooting Assessment.. (isnin 29/11/10)
Mock call dan Buddy session (20-24 Dec 2010) - Pick up call dgn senior
OJA - Final mock call (30/12-3 Jan 2011) - kena test sebelum hit floor

Huwaaaaaa.... rasa macam berdenyut2 je kepala hari2.. hahahahaa.. Malam tadi memang dah lost hanyut dah aku. Sebab pikir dah nak jumaat pastu nak balik kampung. Hurray!! heheheehe

Kekadang terasa beruntung gak sebab VADS ni adalah BPO yang terbesar kat Malaysia. Lepas ni aku dapat sijil listening dan typing tu. Kalo orang luar kena bayar RM300 wooo.. patut susah giler, susah dari MUET dan exam PTD.

Inilah catitan nota aku.. Awal2 boleh laa lagi..

Pastu dah makin cakar ayam...


Pastu lagi laa cakar cakar disebabkan kurang oksigen dalam urat mata yang menyebabkan mengantuk.. hehehee



Haaaa... korang mesti paham kan lukisan aku dalam mengantuk + lost + ke laut + kurang oksigen kat mata.. hahahhaa


Anyway anyhow.. aku dan rakan-rakan terutamanya batch 195 perlu teruskan perjuangan sebelum Hit Floor..

"Thank you for calling TM. Kid speaking, how may we assist you?" :p

Labels: ,

Menara TM Bergegar

25/11/2010

Seperti biasa aku pergi kerja pada sebelah petang minggu ni.
Dan petang tu, aku rasa lapar giler la pulak padahal dah makan tengah hari.
So, aku pun pergi lah mencari-cari makanan yang sesuai.
Nak cari kuih, jauh lak. Dah nak kul 4 petang.
Aku pun singgah kat..


1901..!!!

Aku suka mottonya.. LOVE, PEACE, HARMONY.. 1901 ni kat tingkat -1(macam Lower Ground laa) laa kat Menara TM nih


New York set aje... nyum nyum...

Lepas tu, aku teruskan perjalanan naik ke opis laa. nak naik eskalator je, ada amoi singgah kasi aku.
"abang, kita ada promotion sekarang. Boleh tengok2" pastu kasi aku ni..

Head and Shoulders..!! Kepala dan Bahu..? errrkk.. hehehee

Yang ada kupon RM3 kat belakangnya. Ok gak kan.. sebab aku pakai shaver gillette nih. :)


Lepas tu, aku nak naik ke lif, aku nampak sekumpulan orang pulak tengah tunggu orang keluar lif. Bila orang keluar je. "abang, kakak.. nak cuba perisa baru F&N?" lebih kurang gitu laaa. Aku pun yang nak masuk lif, terus dibaginya. Sejuk2 lagi tu. waaaaahhh.. dapat ayor pulak. hehehee


Tapi serious, air yang dia kasi ni, Teh Epal Ais.. memang sedap beb. Memang patut laa bergegar jap menara TM petang semalam. Aku naik kat Level 40, member-member ramai yang dapat gak. hahahahaaa.. rezeki laaa aku makan dengan 1901. Alhamdulillah..

Yang pasti, kat bawah ni bukanlah menara TM tapi adik beradik dia.. Korang tau ke??? hehehehee


Apakah nama Menara ini?

Labels: , ,

25 November, 2010

MyKiD dan JPN

halo halo halo neslo ke milo..
mari follow follow...


Hari ni aku pegi ke Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya.
Nak ambik MyKid Ilham yang mungkin dah siap.. mungkin tak siap..


Naper lak?? Camni... Biar aku story sikit.


Bila sijil kelahiran a.k.a. surat beranak dah disiapkan ahad lepas tu, staff kat situ bagi slip untuk ambik mykid.


Katanya boleh siap dalam 2 jam hari ahad lepas. Tapi call, katanya belum siap. Ada masalah teknikal. Takpelaaah..

Hari isnin, call lagi (nombor yang aku bulatkan tu..) Hah.. tak pernahnya dapat. Harammm nak dapat line. Selasa, Rabu pun call lagi. haraammmm pun tak dapat. Eh eh diorang tukar nombor ke, aku salah dail?

Number ni pakai hunting line ke, centrex ke.. susah bebenor nak call. ooopss.. maklumlah baru belajor pasal line TM..

Hmmm.. alih2 hari ni aku pegi je terus kat JPN. Tak laa marah, sebab mood aku baik dan tak urgent sangat benda ni. Kira dalam tempoh gak laa. Tapi, buat JPN, harap dapat laa upgrade kan lagi sistem dan kalo tak leh nak buat tu, jangan laa takat cakap je. Baru aku nak bagi compliment kat staff yang layan hari ahad. huh!

Anyway, dah dapay MyKid Ilham.. dan Ilham dah tujuh hari pada hari ni.. Alhamdulillah, demam kuningnya dah surut.

Labels: ,

MEGAMEN vs MEGAMIND

halo halo halo kopi ke milo..
meh sini follow follow...

Penat ke hulu ke hilir..
Kerja pagi sampai petang..
Kerja petang sampai malam..
Badan pun dah naik lemau..
Mata pun berpinau-pinau..

Takde tenaga, mula laa lesu..
Bila lesu malas laah kerja..
Ape lagi nak buat pun tak tahu... hehehehe
(ni pantun ke gurindam..?)

Untuk suppliment.. aku ada..

Memperkenalkaaaaan...

Mr. MEGA MEN..!!!!

Salah satu produk dari GNC. Oooopsss.. aku bukan nak meniaga kat sini ek. cuma nak berkongsi je. Sharing is caring.. eeewaaahh.. Mega Men, bukan MegaMind

Ok, tak laa lama aku makan suppliment nih. setelah diperkenalkan oleh member aku, farid dan ijoy. Diorang siap jadi member GNC lagi. Haaa, ni khas untuk LELAKI yea. Yang perempuan tak payah ngada ngada nak makan gak. Dah namanya MEGA MEN. Yang ni baru punya, MEGA MEN active. dulu MEGA MEN je.

Bagus tak bagus.. aku makan sebulan, lepas tu my Sha pregnant. Kebetulan atau sebaliknya Wallahua'lam. Setelah menunggu setahun tiga bulan. :) Sama macam member2 aku. Cuba cuba dulu mungkin serasi. Hasilnya Alhamdulillah. Harganya pun boleh tahan. RM150++ rasanya. But kalau member dapatlah diskaun 20%. Ada 90 biji tablet dan sehari dua biji lepas makan.

Yang specialnya, MEGA MEN ni adalah timed released. Maksudnya, suppliment ini akan tersimpan dalam badan, kalau diperlukan baru dia release. Berbeza dengan vitamin biasa yang lain. Lepas makan, kalau badan kita ok, terus akan keluar ikut najis. Haaaa, macam tu laaa kan. Sorry laaa kalo ada pakar perubatan kat sini eh.. hehehe

Okay, kalau nak dietary suppliment, aku syorkan MEGA MEN dari GNC.

MEGA MEN yea.. bukan MEGA MIND... :)

Labels: ,

24 November, 2010

Tali yang Menjerut Leher

halo halo halo... kopi ke milo..
jom follow follow..

Tali yang menjerut leher..
Bukanlah tali gantung..
tali yang aku nak citer ni adalah tali leher a.k.a. necktie..


Bila aku kemas-kemas bilik, baru laa ternampak tie2 aku dalam paperbag.. maklumlah, dah lama tak pakai tie.. (eh, baru beberapa minggu je.. hehehe)


Memperkenalkaaaan...!!!!

Mr Neckties..!!!!!

Kesemua necktie aku di atas adalah aku punya laaa.. tak laa banyak sangat, heheehe.. tapi boleh laa di pilih2 ikut baju dan tema. kesemua di atas jugak aku suka, yang sebelah kanan bawah tu, hadiah dari farewell aku kat FIC dulu.

Yang bawah ni, antara my peberet gak. Warna hitam putih.
Inilah yang paling mahal antara yang lain..



Sebab ia dari Alain Delon. Sebab hari tu aku beli satu sut baju, seluar dan tie dari Alain Delon..


Dan yang paling orang banyak tegur dan puji skali termasuk VIP adalah tie kat bawah ni. Tapi ni laaa tie pertama aku masa kerja dulu. Cantik tak? Tapi, murah jer dari yang lain2.. Aku beli kat carrefour je dulu.. hehehee


Sekarang, keje tak pakai tie dah. Kejap keje pakai tie.. kejap keje tak payah pakai tie.. hehehe..Tapi yang penting, kena ada skill pakai tie. Tipsnya, kena ada buat lekuk kat tengah ikatan tie bawah leher tu. Kalo golongan yang dah lama pakai tie.. mesti tau! :)

Korang ada tie?? hehehee

Labels:

23 November, 2010

Nak cari sengkuang cina...

Aku baru dapat berita tadi.. Ilham kena demam kuning. Kena hantar kat klinik Sg Besar. huhuhuu.. risau lak bila dapat sms dari my Sha tadi..

Orait.. nak rehat jap.. time nak gi keje nih.. Doakan my Ilham cepat sembuh dari demam kuningnya.. ameen..

Labels: , ,

My Magic Ball

Halo halo halo... kopi ke milo..
meh follow...

Ada satu benda..
ada kuasa elektrik..
kalo pegang ada elektrik kat tangan..
tapi tak laaa rasa sakit.. hehehee

memperkenalkaaaaan...


Mr. Plasma Ball..!!!!

Bercahaya dalam keadaan gelap...
Aku beli ni masa dengan bawak jalan2 student aku kat Sg. Wang. tertarik menarik kau memang d'bomb lak.. :)

Yang ni aku tengah cas kuasa letrik dalam badan aku.. hehehee


Yang pasti, aku akan ON kan lampu ni bila rasa boring takleh tido.. heheehe.. Boleh di ON secara suis manual.. atau mengikut suara.. Maksudnya, kalo kita bersuara or tepuk tangan.. lampu plasma ball ni akan ON dengan sendiri mengikut berapa lamanya suara tu.. kalo pasang lagu.. dia ON je laaa ikut lagu tu.. :)

Alaaa, masa kecik-kecik dulu kan ada gi petrosains.. dok pegang mende nih, sampai ada yang terpacak rambut.. hehee.. tapi ni tak laa camtu.. tapi ia COOL beb!! :)

Labels: ,

Beli Dua Percuma Satu!!! Beli Satu Percuma berapa?

Mari! Mari! Mari!
Beli satu percuma satu!
Beli dua percuma satu!
Beli percuma...??? eh eh.. buat lawak lak..

aku ada teringat entri hazmanfadzil.com pasal barang percuma kalo kita beli sesuatu barang.
beli ubat gigi dapat pinggan laa.. beli syampu dapat tabung laa.. beli tv dapat torch light laa..
kalo kat entri Barangan Free beliau dapat pinggan mangkuk, aku pulak....

Beli dua air kotak Peel Fresh (my favourite)


dan percuma satu gelas Peel Fresh..!!!


Memang khas untuk minum air peel fresh je laaaa.. hahahaaaa..
Aku beli ni kat Petronas Presint 9 Putrajaya, maklumlah sambil2 nak isi minyak/peraduan lagi.. hehehe
Korang? ada barang free gift..? hehehe

Labels:

22 November, 2010

Terima Kasih Semua

22/11/2010

Hari ni Ilham dah masuk 4 hari.
Hari ni Ilham jumpa doktor kat UMRA.
Doktor nak check jahitan mummy.

Dalam pukul 9 pagi Ilham singgah dekat tempat kerja mummy. Mummy nak bagi surat cuti bersalin. Bila Ilham sampai je, kawan-kawan mummy terus jumpa Ilham. Ilham tengah syok tidor. Sempat kawan-kawan mummy ambik gambar dengan Ilham. Aunty Wani, Aunty Aza, Aunty Aida, Aunty Liza dan Aunty Niza seronok jumpa Ilham. :)

Ilham pegi jumpa doktor kat UMRA. Dia kata ada kuning sikit tapi tak kuat laa. Ilham kena minum susu mummy, baru sihat dan kuat. Mummy pun ok, doktor bagi ubat sikit. Lepas tu, Opah Minah dan tokwan fadzil antar ke rumah Atuk Mail dan Tok Kam. Mummy nak berpantang kat sungai besar. Lagi 40 hari je..


Daddy pulak sedih.. sebab daddy kena tinggal sorang-sorang. Daddy kena kerja. Daddy kena buat kerja rumah sorang-sorang. (tapi daddy nak main futsal..hehehe). Daddy kena study lagi, nanti ada exam hujung bulan 12.

Mummy operation, mummy kena makan ikan haruan. Tokwan fadzil cari kat kajang, dapat laa 2 ekor. RM20 tu.... tapi, takpe laah. untuk mummy cepat sihat kan?


Daddy dah daftarkan nama Ilham semalam. Nasib kat JPN Putrajaya bukak hari Ahad. Daddy dah bubuh nama secara rasminya.. :)


MUHAMMAD NIZARUL ILHAM BIN HISYAMUDIN
[{Yang terpuji ; Yang memerintah ; (memberi) ilham; } anak lelaki (Kemurahan Agama)]


Daddy dan Mummy nikah pada bulan Zulhijjah.
Ilham lahir pada bulan Zulhijjah.
Daddy 17, Ilham 18, Mummy 19. Ilham kat tengah-tengah.
:)

Ilham nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Allah swt, Opah Minah, Tokwan Fadzil, Atuk Mail, Tok Kam, adik beradik mummy dan daddy, doktor-doktor di UMRA Shah Alam, nurse2, pelatih2 MASTERSKILL, kawan-kawan mummy dan daddy yang jauh dan dekat, di dalam ataupun diluar negara, secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih atas segala doa dan ucapan untuk Ilham, Mummy and Daddy.. Jazakallahu Khairan Kathira. God bless u all.

Kau ilhamku... kau ilhamkuuuu.... :)

Labels: ,

20 November, 2010

Disebalik Kelahiran Ilham...

20/11/2010..

Hari ni ilham dah dua hari..
ilham ada kat kajang, rumah opah Minah dan tokwan Fadzil..
Lusa, 22hb, doktor nak jumpa balik.. sebab nak check mummy dan ilham..
Lepas tu, atuk Mail dan tok Kam ambik ilham dengan mummy, nak balik sungai besar pulak..

Ramai yang tanya daddy, macam mana ilham?
Daddy tak cukup tido tu.. hehehe

Pagi 18/11/2010, air ketuban mummy dah pecah. Lepas tu, daddy bawak semua pegi ke Hospital UMRA shah alam. ilham dalam perut mummy lagi, tak tau bila nak keluar.
Doktor check jantung ilham, pukul 11 pagi.. Graf nadi tak cantik..
Pukul 12 tgh hari.. doktor check lagi.. graf nadi pun tak cantik.. Doktor tukar mesin, takut2 kalau tak betul bacaannya.. Pukul satu doktor check.. Graf lagi teruk.


Daddy tengok graf tu.. memang tak cantik.. Jadi doktor cadangkan untuk operation. Sebelum ilham lemas.. Sebelum ilham hirup udara luar.. Mummy dan daddy faham dan setuju. Daddy mohon kat Allah, harap semuanya selamat. Doktor bawak mummy ke bilik bedah.

Atuk Mail dan tok Kam dah sampai. Mak lang nita dan mak uda feka ada dah tunggu dari pagi tadi. Opah Minah dan tokwan fadzil pun datang balik dari kajang. kul 1.15ptg doktor start bedah.. akhirnya ilham berjaya keluar pukul 1.40ptg. Dapat ilham tengok dunia luar. Doktor bagitau dekat daddy, tali pusat ilham terlilit kat leher ilham. sebab tu ilham tak dapat bernafas dengan elok dan jantung ilham slow.

Alhamdulillah, semua buat keputusan yang tepat.. Sekarang ilham dah macam biasa. Boleh bernafas, menyusu dan sekarang ilham selalu tidor. hehehee
Daddy dgn mummy pulak yang tak cukup tidor.



Oh yea..
Ilham lahir 36 minggu 5 hari.. :)
2.54kg, 1.40ptg, operation..
Daddy 17/12... Ilham 18/11... Mummy 19/2
17-18-19.... Ilham duduk tengah-tengah.. yeayyy!!!

tq kepada doktor, dan semua staf UMRA Shah Alam

Labels: ,

18 November, 2010

Lahirnya Sudah Putera Kami...

18/11/2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431, sehari selepas meraikan Hari Raya Aildiladha..

Dalam pukul 6 pagi, air ketuban my Sha dah keluar..

Ooo.. dah kuar...
Aku dengan mamainya gi tipon mak...
Mak, macam mana? Mak kata sakit2 tak?
Lum lagi tapi sakit perut sikit2..
Oklah, aku cakap nak pi shah alam nih..

Aku taknak kelam kabut sangat..
buat rileks je dulu.. nanti tak leh nak pikir dengan normal..
hehehehee
aku rileks mandi, shave misai dulu,
solat subuh.. then dua orang adik ipar nak ikut skali..

Sampai kat Hospital Umra Seksyen 13 Shah Alam..
Doc wat checking.. and confirm air ketuban dah pecah..
And final scanning.. position ok..
Doc terangkan apa yang berlaku..
Dan kami buat keputusan untuk deliver baby di Umra

Then, bila checking nadi, graf tak berapa cantik.
Doc bgtau ada kemungkinan baby tak kuat untuk pernafasan dan perlukan mesin.
But skali lagi check nadi jantung dalam sejam..
Dalam kul 1pm doc kata its getting worse...
So, they decide to operate.
Then i said "just proceed it doc."

Dalam masa yang sama, ayah yang dah balik kajang tadi, nak datang. family mertua pun dah sampai. So, my Sha dimasukkan dalam Operation Theatre.. Maka, aku hanyalah duk kat luar..

1.15pm masuk OT..
Aku tak senang duduk.
Mesti laaa kan..
Tunggu punya tunggu punya tunggu...
1.40pm terdengarlah bunyi tangisan bayi...
Aku dari luar macam nak terpa je masuk dalam.. hhuhuhuu

Selepas dah baby dibersihkan..
aku dipanggil masuk..
Tengok uri.. dapat tengok baby..
Alahai, keciknya.. but still bagi support macam kotak lutsinar untuk oksigen

Then, aku diberi kebenaran untuk jumpa baby skali lagi.

Tatkala aku laungkan azan, hampir berderai airmata aku..
Seperti khusyuk dia mendengarnya, terus senyap sambil menghisap jari.. :)
Saat indah depan mataku yang tak mungkin aku lupakan..
Iqamat di telinga kiri dan ku baca surah An Nasyrah dah ayat Kursi..
Puas hatiku, lalu kukucup dahinya..
Cukup halus kulitmu...


Inilah dia Putera yang kami tunggu-tunggu..


MUHAMMAD NIZARUL ILHAM BIN HISYAMUDIN
yang terpuji ; yang memerintah ; (memberi) ilham

Baby still dalam pemerhatian doktor...
Sekian dulu..
11.19pm
Hospital Bersalin Umra, Seksyen 13 Shah Alam

Labels: ,