This Page

has been moved to new address

Poco Poco Tak HARAM pulak?!

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Poco Poco Tak HARAM pulak?!

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

23 April, 2011

Poco Poco Tak HARAM pulak?!

Majlis Fatwa hormati Perak haramkan tarian

SEPANG: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak ber­­­ten­­tangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007.

Sebelum ini, timbul keraguan apabila tarian poco-poco yang banyak diamalkan masyarakat di negara ini diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.

Katanya, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu.





“Kita dimaklumkan poco-poco dibuat dengan pelbagai cara dan ada pandangan menyatakan ia baik untuk kesihatan.


“Bagaimanapun, kita nasihatkan umat Islam berhati-hati ketika mengamalkan sebarang tarian atau senaman termasuk poco-poco, jika tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan baik untuk kesihatan, kita tidak akan menghalang,” katanya pada sidang media, di sini.


Berita lanjut KLIK SINI

*Mana yang baik tu, wajib laa kita ikut. Etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat bukan sahaja dalam tarian poco-poco tetapi dalam semua tarian. Ye tak??

Labels: ,

10 Comments:

Blogger Train and place said...

bagus lah kalau sudah ada penerangan yang jelas

Saturday, April 23, 2011 8:57:00 AM  
Blogger Tanakwagu said...

bagus

Saturday, April 23, 2011 9:33:00 AM  
Blogger hanani0210 said...

hmm yang mana satu nak ikut ek? Tapi bagi saya, kalau suka-suka untuk senaman sendiri kat umah boleh la kot kan.. :)

Jom baca ni: Konsert Untukmu Loloq..

Saturday, April 23, 2011 9:47:00 AM  
Blogger leyzajamil said...

bagus senam rentak poco2 ni, peluh satu badan..time tido pun boleh ngigau poco2..

Saturday, April 23, 2011 10:56:00 AM  
Blogger KiD said...

train and place: yup.. makluman dari majlis mufti..

Saturday, April 23, 2011 11:13:00 AM  
Blogger KiD said...

tanakwagu: memang bagus.. setelah keputusan dibuat..

Saturday, April 23, 2011 11:13:00 AM  
Blogger KiD said...

hanani: bagi kid, semua tarian kalau ikut cara dan tatasusila serta adab, Ok je..

Saturday, April 23, 2011 11:14:00 AM  
Blogger KiD said...

leyzajamil: waaahhh.. terror poco2 eh.. pandai jaga step tu yea.. tukar step lain sket.. :)

Saturday, April 23, 2011 11:15:00 AM  
Blogger Cik Nad said...

kita bukan nak poco-poco... kita nak bako!

haha..

Saturday, April 23, 2011 2:15:00 PM  
Blogger KiD said...

cik nad: yea... kite bakor aje!!! hehehee

Saturday, April 23, 2011 2:24:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home