This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

29 June, 2011

Review Transformers 3: Dark of the Moon

Baru tadi, aku bersama my brother, ke Screening filem yang dinantikan, TRANSFORMERS 3: DARK OF THE MOON. Walaupun orang ramai dan sibuk pikir kerana tiket habis, sold out termasuk GOLD CLASS, kami rileks aje. Maklumlah dapat tiket dari nuffnang! tq nuffnang.


Kali ini, walaupun tanpa lakonan heroin Megan Fox, filem ini tetap berjaya. Permulaan yang agak memerlukan pemahaman kerana mempunyai hubungkait dengan angkasawan Appolo 11. Sebuah kapal Autobots tercampak di bulan setelah Sentinal Prime dapat menyelamatkan diri.

Kehadiran Sentinal Prime pada mulanya seperti ingin membantu Autobots tetapi pengkhianatannya kepada Decepticon mengundang bencana. Sebuah robot decepticon yang hebat telah memusnahkan pelusuk bumi. Decepticon mempergunakan Sentinal Prime untuk mewujudkan dunia baru untuk Cybertron.

Errrmmm... kali ini aku tengok, tak banyak geng decepticon ditonjolkan, tetapi lebih kepada autobots. Optimus Prime dan Bumblebee memang hebat dan menjadi penyelamat sehingga akhirnya Optimus Prime berlawan menggunakan satu tangan. hadoooiihhh.. dan.. oooppss.. ada unsur freemason dalam transformers 3? check it out masa Sentinal Prime mula-mula nak hidupkan teras. :p

Dan nak dijadikan cerita, rezeki aku dan abangku berganda-ganda kerana kami memenangi DUA (2) TIKET TRANSFORMERS 3 lagi masing-masing. Ooooppss.. aku nak kasi kat wife yea.. Nyaris aku menang tshirt transformers limited edition tapi orang tu kata sebab aku dah menang dah. hahahaha..

Ni laaa yang ada.. dua tiket transformers 3 lagi dan sticker kete. Yasmin hani, harith iskandar dan suki pun ada tengok screening awal ni. Tapi diorang tengok 3D punya.. hehehee. orait, kepada sesiapa yang tak tengok lagi, bersabar aje laah yea kerana tiket memang sold out.

Korang nak menang hadiah lagi? baik klik >>SINI<< yang banyak hadiah!!!

Labels: , , ,

12 June, 2011

'Our World, Their War'

Anda peminat TRANSFORMERS? Anda ingin menonton filem yang penuh aksi sentuhan dari pengarah terkenal iaitu Micheal Bay, pelakon Shia LaBeouf, John Turturro, Josh Duhamel, Tyrese Gibson dan lain-lain lagi? Jom kita tengok trailer Transformers 3: Dark of the Moon. 




Aku ingin menyertai Nuffnang Premiere Screening – Transformers 3: Dark of the Moon pada:
Tarikh: 29 June 2011 (Rabu)
Masa: 9.00 pm
Lokasi: GSC MidValley


Terima kasih kepada GSC-EON Bank Credit Card yang menawarkan "exclusive screening" bagi filem Transformers 3: Dark of the Moon. Jangan lupa follow The Ultimate Movie Card Facebook fanpage untuk mendapatkan maklumat terkini dan berpeluang memenangi hadiah!

Hadiah utama:

Plasma TV 42" dengan a 3D Blu-ray Player + Combo Kit bernilai RM4,999 dan 2 Transformers: Dark of The Moon Premiere Movie Passes

Saguhati:
2 GSC in-season movie passes untuk Transformers: Dark of The Moon

Untuk Transformers 3 kali ini, aku memilih:
- Option A: Tell us how you would protect the world from the Decepticons, and which Autobots character you would like to transform into to protect the world
Dan aku memilih OPTIMUS PRIME!
Gambar dari The Ultimate Movie Card Facebook Fanpage
Ini kerana OPTIMUS PRIME telah memimpin Autobots selama bertahun-tahun, dan ia hanya yang terakhir dari pemimpin Autobots yang terdahulu. OPTIMUS PRIME memandang sejarah dunia Autobots dan telah menguasai tentang kehormatan dan tugas, dan hidup hidupnya sesuai dengan prinsip-prinsip yang didirikan oleh para pemimpin masa lalu.

Koleksi Peribadi TRANSFORMERS aku punya!

Kepintaran dan kecekalan OPTIMUS PRIME menjadi semangat buat semua Autobots termasuk Bumblebee. OPTIMUS PRIME perlu mengumpulkan semua Autobots yang ada dari zaman dahulu hingga sekarang seperti sahabat baiknya Bumblebee, Ironhide,  Ratchet, Sideswipe, Jetfire, Si Kembar Mudflap dan Skids, Jolt, Arcee, Chromia, Elita One dan lain lain lagi.

OPTIMUS PRIME tetap akan menjadi Ketua yang hebat untuk Pertempuran Epik ini.

Ini kerana pertempuran kali ini merupakan yang terhebat di antara peperangan robot di dunia ini. Sudah tentu OPTIMUS PRIME mampu mengetuai pertempuran epik di antara Autobots dan Decepticon yang mempunyai kekuatan yang padu juga seperti Megatron, Starscream, Brawl,  Barricade,  Bonecrusher, Scorponok, Frenzy, Blackout yang sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan kuasa Autobots di bumi ini.

Gabungan Autobots diperlukan untuk membina ROBOT yang BESAR!

Dan apabila semua Autobots dapat dikumpulkan, maka OPTIMUS PRIME perlu menjadi ketua untuk menggabungkan semua Autobots untuk menjadi sebuat robot yang besar. Satu gabungan robot-robot yang dapat menguasai ruang udara, darat, air mahupun bawah tanah! Sudah tentu Decepticon tidak mampu menakluki dunia kerana Autobots yang sememangnya menyayangi dan melindungi manusia akan bertempur habis-habisan.

Autobots sememangnya menyayangi dan melindungi manusia.. :)

Jika Autobots yang diketuai OPTIMUS PRIME dapat mengalahkan Decepticon yang ingin membuat kerosakan di bumi ini, sudah tentu semua manusia dapat hidup dengan aman dan sentosa. Bumi kita menjadi "pertempuran epik" bagi mereka. Selamatkan dunia kita!

AUTOBOTS.. READY TO TRANSFORM..!!!!

Labels: , , ,

28 May, 2011

Menangi Segera Hadiah 68 TIKET WAYANG!

Anda mahu memenangi Tiket wayang dan hadiah? Anda mahu mencuba nasib peraduan yang mudah?
Jangan lupa untuk join GAME INI. Sebanyak 68 tiket wayang untuk dimenangi! Saper terror main game, boleh laa try. Better than nothing kan??

KLIK UNTUK PLAY!!
Hadiah untuk Pemenang!
Haaa... jangan lupa kepada sesiapa yang boring pada hujung minggu boleh main game ni. Asyik2 game sama aje.. Ni siap ada hadiah tau! cubalah.... :)

Aku nak rehat jap laa.. Balik kampung ada kenduri kawin lagi.. hehehee.. Selamat berhujung minggu!!
Jangan lupa jenguk Boleh Cashout Earning Churpchurp Pertama!! Tapi......

Satu lagi hadiah besar, boleh cuba try testy CONTEST LAGI BEST!!

Labels: , , , ,

25 April, 2011

PERCUMA! | Tiket Wayang Transformers : Dark of The Moon

SIAPA NAK TIKET WAYANG PERCUMA!? MENONTON MOVIE TRANSFORMERS : DARK OF THE MOON .

Release Date: 30 June 2011
Language:
 English
Subtitle:
 Info Not Available
Genre:
 Action / Science Fiction
Running Time:
n/a
Director:
 Michael Bay
Cast:
 Shia LaBoeuf, Rosie Huntington Whiteley, Hugo Weaving, Josh Duhamel 
KORANG BOLEH TENGOK TRAILER DI OFFICIAL WEBSITE


Okay, kalau korang nak cuba dapatkan tiket wayang PERCUMA ni, boleh laa try buat entry kreatif di SINI . Terma dan syarat ada skali yea.. Tayangan pada 
Date: 29 June 2011 (Wednesday)
Time: 9.00 pm
Venue: GSC MidValley


 Selamat mencuba!!!!

Labels: , ,

15 February, 2011

Nak Tengok Wayang di GSC?? | Ada Tiket FREE tak?

Lama dah Kid tak tengok wayang. Last masa tengok TRON LEGACY. Itupun dari tiket my brother.
Rasa macam nak tengok wayang balik laaa.. Dulu sebulan sekali mesti layaaaann.. 

Jom Kita tengok Filem apa yang akan ditayangkan bulan Mac ni kat GSC.

UNDERDOG SOLDIERS  
THE FIGHTER  
127 HOURS  
(2D) 127 HOURS  
THE ADJUSTMENT BUREAU  
(2D) THE ADJUSTMENT BUREAU  
BEASTLY  
RANGO  
BIG MOMMAS: LIKE FATHER, LIKE SON  
UNKNOWN  
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (MLY) 
MARS NEEDS MOMS  
(3D) MARS NEEDS MOMS  
APOLLO 18  
RATU THE MOVIE (MLY) 
MEN SUDDENLY IN LOVE (CANT) 
WORLD INVASION: BATTLE LOS ANGELES  
THE DILEMMA  
THE EAGLE  
MORNING GLORY  
(2D) SUCKER PUNCH  
SUCKER PUNCH  
DORAEMON: NOBITA & PERANG IKAN (MLY) 
… DALAM BOTOL (MLY) 
PARANORMAL ACTIVITY: TOKYO NIGHT  
HOP  
JUST GO WITH IT  
DON'T GO BREAKING MY HEART (MAND/CANT)

Tapi yang Kid nantikan adalah Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides Release Date: 19 May 2011  
Harry Potter 14/7/2011. Transformer tak perasan ntah bila pulak.. huhuhu  

p/s: Salam Maulidur Rasul

Labels: , , , ,

05 January, 2011

If I Were the Green Hornet

Green Hornet

27 Januari 2011..
Satu cerita di wayang yang bertajuk THE GREEN HORNET.

Bahasa: English
Subtitle:
 English / Chinese
Genre:
 Action / Adventure
Pengarah:
 Michel Gondry
Pelakon:
 Cameron Diaz, Christoph Waltz, Edward Furlong, Jay Chou, Seth Rogen

Cerita ini dalam 3D action -comedy. Sudah tentu aksi-aksi yang melucukan. Superhero hijau ni, kalau aku jadi... senang je. Nak mengatasi kriminal dan penjahat2.

Kalau orang lain gunakan senapang, pistol, kereta kebal..
aku pulak akan panggil nih untuk bergabung dengan aku... iaitu...

Geng Harry Potter!!!!
Dah tentu penjahat kena EXPECTO PATRANOM!!! hehehehe
Kalau tak boleh jugak, aku panggil Hantu Kak Limah ni. Sure penjahat semua ketar lutut serah diri. hehehehe

Kak Limah
Dengan kedua-dua cara aku ni, maka seluruh penjahat dan kriminal akan tewas juga. :)
Jadi, aku harap dapat laa menang tiket The Green Hornet dari Nuffnang nih.

Labels: , ,

16 December, 2010

Tron Legacy BEST tapi....

halo halo halo kopi ke milo
jom follow follow..


haaaa.... Ini ada satu berita dan cerita panas.
Dan sure ada ramai antara nuffnangers kita yang akan tulis pasal nih...
Cerita pasal Preview Screening TRON : LEGACY 

Special thanks tu My Brother sebab mengajak aku untuk tengok wayang nih. dan juga kepada NUFFNANG kerana bagi tiket ni.. yeahoooooo!!

Aku datang dan sampai awal. Maklumlah, dari Menara TM ke Sunway aku ikut NPE je. Malas nak ikut federal highway yang unpredictable traffic flow nya.. Berdesup.. 15 minit dah sampai dah. Haahh... Kul 4.45pm. Aku nak buat ape? kekeekee.. Screening kul 8.45pm. Abang aku lak baru naik tren.


Ni laa iklan untuk TRON : LEGACY kat TGV Sunway Pyramid. Kalau ada motor betul, aku dah naik dah.. hahahaha


Batch Button Nuffnang. I looikkee...!!! hahhaaaa
 
Tiket Preview Screening TRON : LEGACY di TGV Sunway Pyramid
Kami yang pertama beratur kat meja daftar Nuffnang. Ingat ada hadiah khas ke untuk yang daftar awal.. ekekeeke.. So, sebelum tu, aku dan abang aku mencekik dulu kat KFC. Aku ambik Burger yang baru tu ntah ape nama dia dan Krushers. Campuran Lemon dan daun Pudina rasanya.. perrghhh... 


Lepas tu, baru termenyesal sebab baru perasan ada SUBWAY kat Sunway Pyramid tuh.. hohoho.. Lain kali je laaa gamaknya..



Okay, setelah aku tengok Preview Screening citer TRON : LEGACY ni, Aku leh kasi 3.5 bintang dari 5 bintang. 2 Jam 5 minit terasa kejap laaa pulak. Ini bermaksud, aku yang agak mengantuk baru balik keje concentrate dengan jalan ceritanya. Wow!! Mesti best kalau tengok versi 3D. Cerita pasal anaknya yang mencari ayahnya di dalam satu dunia program yang lain. 


Dengan motornya.. dengan kapal terbangnya.. semuanya grafik yang memuaskan. Cuma aksi berlawan tu patut lebih gempak sikit. (curik sikit pandangan abang aku.. ahhahaa)


So, konklusinya TRON : LEGACY best tapi...
Semua mobile phone, PDA, laptop dan semua gajet audio/ video device tidak dibenarkan masuk ke dalam panggung wayang. Dan rules ini menyebabkan kesesakan ketika tamatnya cerita dan orang berpusu-pusu nak dapatkan barang semula dari kaunter khas. Tamatnya cerita ini bersamaan dengan Hall lain jugak.


p/s: diorang siap pakai scanner khas lagi untuk scan body. (tapi, kalau nak lepas, boleh je.. ada caranya.. ekekeke)


Orait, kalau korang nak tengok.. Boleh laaaa.. tak laaa rugi pun. Macam ada sambungan je citer TRON nih.. so, check it out.



Thanks to My Brother : hazmanfadzil.com

Labels: , , ,

15 December, 2010

Birthday Voucher dari GSC..!!

jom jom jom!!!
Bulan ni adalah Bulan Hari Jadiku... Disember.
So, GSC pun ada bagi:

GSC WEBSITE MEMBERS BIRTHDAY TREATS!!!

Mula mula, masuk ke web GSC.


Lepas tu, scroll ke bawah sekali:
Di bawah Item Website Member's Reward, click Birthday Vouchers

Dengan vaucher ni, anda boleh tengok free movie kat mana-mana GSC dan 20% potongan di Glitters Cafe. Tapi free movie dalam bulan yang sama dan cerita yang bertanda (*) asterik atau cerita yang dah 2, 3 minggu ditayangkan di pawagam. Sate tiket aje laa dapat. Hahaaaaaaa... bila aku nak gi nih? hohoho..

ermmm.. print dulu lah...!!!

Labels: , , , ,