This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

24 August, 2011

Jaga-jaga dengan Web anda | Check malware

Pernah tak korang bukak blog atau web, tiba-tiba ada keluar satu pop up! Korang klik 'X' baru ok. Dan tiba-tiba tengah surf web tu, pun ada keluar pop up lagi. Ini menunjukkan web itu mungkin dijangkiti malware.

Apa itu malware?
Malware, short for malicious software, consists of programming (code, scripts, active content, and other software) designed to disrupt or deny operation, gather information that leads to loss of privacy or exploitation, gain unauthorized access to system resources, and other abusive behavior.[1] The expression is a general term used by computer professionals to mean a variety of forms of hostile, intrusive, or annoying software or program code - Wikipedia-

Terjemahan (google translator): 
Malware, singkatan untuk perisian berniat jahat, terdiri daripada pengaturcaraan (kod, skrip, kandungan aktif, dan perisian lain) yang direka untuk mengganggu atau menafikan operasi, mengumpul maklumat yang membawa kepada kehilangan privasi atau eksploitasi, mendapatkan akses kepada sumber sistem tanpa kebenaran, dan lain-lain kesattingkah laku. [1] ungkapan ini adalah istilah umum yang digunakan oleh golongan profesional komputer bermakna pelbagai bentuk perisian yang bermusuhan, mengganggu, atau menjengkelkan atau kod program.

Jadi disini aku nak share korang satu cara untuk korang check sama ada web atau blog korang selamat dan bersih dari malware. Korang cuba ke LINK INI


Masukkan link web atau blog anda dan tekan button "scan link". Hanya beberapa saat, ia akan scan link anda jika ada malware atau harmful treats.
Haaaa... mudah kan?? pantas dan efisiennya!! hehehee.. Okay, sekarang aku nak menggerakkan 'robot-robot' untuk crawl di laman sesawang. Adakah penangan (Search Enginine Optimization) SEO lagi? sebab aku bukan 'robot'. Jangan lupa submit url anda ke google, yahoo dan bing. Sambil-sambil tu jom cepat ikut aku beli JAJAN YANG SEDAP!

Labels: ,

22 August, 2011

Kenapa Baju Pompuan lagi Mahal haaa??

Bila kita kaum lelaki jenjalan, kita akan tengok jugak harga baju. cuba korang tengok, kenapa baju perempuan lebih mahal dari baju lelaki??

Ini kain yang lembut punya. Sepasang. Bukan keras. licin dan selesa dipakai. Tapi Apesal Baju Pompuan lagi Mahal haaa?? Cer citer.. cer citer..

Labels: ,

19 August, 2011

Apa ingat aku puasa yang yuk ke?!

Kejadian berlaku tengahari semalam. Dengan perut yang lapar dan mengantuk, aku ke dapur. Waaaahh.. ada nasi goreng my Sha buatkan tapi aku tak sempat makan sahur.

Jam 12 tengahari
Tengahari nak ketuk ketuk kuali di dapur. Alahai kena slow-slow laaa. haaaaa.. korang jangan salah sangka yea. Aku bukan tak puasa, tapi ni nak panaskan nasi goreng untuk bekal berbuka. Maklumlah keja minggu ni 2.30pm sampai 1 pagi.. Memang berbuka kat tempat keje laa..

Ape ingat aku puasa yang yuk ke?

Labels: , ,

18 August, 2011

Hiasan Hari Raya di Office

Memang sana sini dah mood hari raya. Bagi aku laa. Macam tak sabar nak beraya tahun ni di kampung mertua. Sebabnya ni kali pertama beraya bertiga dengan si kecik my ilham.

Kat office pulak dah dihiasi dengan hiasan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan juga hari merdeka.
Hiasan tingkat 6

Hiasan tingkat 1
Kat office boleh hias, takkan kat rumah tak leh hias.. tul tak? kemas-kemas sikit rumah nanti yea. Aku pun nak kena mop lantai segala bagai nanti.. Saper ada buat open house 2011?? hehehee

Aku nak MAIN GAME SAMPAI LEBAM KAT SINI!!

Labels: , ,

FREE Download Lagu Raya

Sana sini ada lagu raya. Semua mood dah nak raya. mari kita dengar lagu raya. hari raya hari gembira. Jom download lagu raya! yaaaaa... lagu download lagu raya

Lagu Raya - Lagu Nostalgia raya - Hari Raya Aidilfitri - Raya Syawal - Balik kampung - Takbir raya - FREE DOWNLOAD


Takbir Raya
Sudirman - Balik Kampung
Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal
Al-Jawaher - Mohon PadaNya Sujud PadaNya
Junainah - Suasana Riang di Hari Raya
Saloma - Selamat Hari Raya
Aishah - Pulanglah
Aman Shah - Kepulangan yang Dinanti
Azlina Aziz - Indahnya Beraya di Desa
Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang
Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
Fazidah Joned - Selamat Hari Raya
Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
Cenderawasih - Bersama di Hari Raya
Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
Jamal & Saleem - Lambaian Aidilfitri
Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
Noor Kumalasari - Pulang Di Hari Raya
Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri
Siti Nurhaliza - Suara_Takbir
Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran
Siti Nurhaliza - Meriah Suasana Hari Raya
Siti Nurhaliza - Mekar Hari Raya
Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma
Krisya - Satu Hari Di Hari Raya
Erra Fazira - Suara Takbir
Aishah - Senandung Lebaran
Aishah - Setitis Cahaya DiAidilfitri
Amy Search - SentuhanDiHariRaya
Amy Mastura - Bersama di HariRaya
Elite - Di Pagi Aidilfitri
Feminin - Kurniaan Di Hari Raya
Jeffrydin - Musafir Di Aidilfitri
Amy Mastura - Setahun Sekali
Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya
Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya
Asha Malik - Pulang Di Hari Raya
DJ Dave - Menjelang Hari Raya
P Ramlee - Dendang Perantau
Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri
Raihan - Satu Pagi Di Hari Raya
M.Nasir - Suatu Hari Di Hari Raya
Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
Hattan - Selamat Datang Sayang
Sanisah Huri - Aidilfitri
UNIC - Muhasabah Ramadhan
Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Sudirman - Selamat Hari Raya
S.Jibeng - Musafir di Aidilfitri
Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
Raihan & Man Bai - Harapan Ramadhan
Akma & Felix - Hari Raya Hari Bahagia
Artis Veteran - Aidilfitri
Rabbani - Hikmah Ramadhan
Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai - Lebaran Ini
Siti Nurhaliza - Aidilfitri Di Alaf Baru
Ziana & Awie - Halaman Asmara
Opik - Cahaya Hati Ramadhan Tiba
Tompi - Ramadhan Datang
Acha & Irwansyah - Menuju Puasa

"Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna"

Labels: ,

17 August, 2011

CUBA NAMA ANDA DALAM BAHASA JEPUN

CUBA NAMA ANDA DALAM BAHASA JEPUN: 
Gambar sumber gugel
A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, 
F=lu, G= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, 
L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, 
R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= z
Watashi : (Rikiarifukarindotekito lukatezkita) = Nama saya : Hisyamudin Fadzil
Anata ? = Awak?

Letakkan nama anda di komen.. Wachaaaaaa!!!!

Labels: , ,

11 August, 2011

(Gambar) Hisap Puting sampai Kecut!

Ni yang dapat ambik gambar semalam.. Korang jangan tanya siapa punya kerja okay... huhuhuhu

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
GAMBAR PUTING KENA HISAP SAMPAI KECUT

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

kecut dah puting tu
Asalnya macam ni..
Dah.. korang gi sambung buat keje. Aku takpe, tengah Off Day.. lalalaalaa.. Petang ni ada majlis berbuka di Bangi pulak. Selamat rileks semua yea.. Puasa makan minum.. puasa nafsu.. :)

Labels: ,

04 August, 2011

Inilah jumlah perlu dibayar!!

Bila tengok bil nih.. hmmm.. nak kena bayar ke? Korang dah dapat bil? Errrrmmmm..


Inilah bila air dan elektrik aku setiap  bulan. Aku dah biasa wat camni. Bayar bil biar in advance. Hahaaaa.. biar sampai negative. Then, kalau ada satu bulan tu nak pakai duit, leh laaa skip bayar bil. Tul tak? :)

Aahh.. Jap lagi aku nak gi
AMBIK HADIAH SAMSUNG!!

Labels: ,

01 August, 2011

Bila Dapat Gaji...

Bila hujung bulan.. dapat laa gaji.. Bila dapat gaji... Errmmmmm... benda ni laaa yang kena setel dulu.


Sebulan spend dalam RM200 untuk semua bil-bil nih. Kid suka bayor lebih2.. takpe, nanti next next bil jadi negative.. hehhehee. korang dah bayor bil??

Labels: ,

28 July, 2011

Makan Jeruk | Mengidam ke?

Bila buka peti ais, ada lagi jeruk. Tak makan-makan lagi. Banyak jugak bapak aku belikan dari Penang.  Jom makan.. ada dua bekas lagi nih. Hijau kuning lagi maaakkk!

Jeruk kedondong dan pelam. Memang enak di makan begitu saja.. makan sampai batuk. keh keh keh

Labels: ,

Model Terbaru Ray-Ban

Korang ada ray-ban tak? Jejai mesti banyak koleksi spek ray-ban, oakley dan macam2 lagi. Yang ray-ban aku ni pun student aku kasi dulu.




Ni haaaa.. bukannya ader ape. Ada model terbaru RAY-BAN. Nak menyelit kat Blog ShaKiddo jap.
Tadddaaaaaaaa..!!!

Hye uncle, aunty, abang dan kakak.. Nama saya ILHAM.

Heheehehe.. comey sungguh anak sulungku ini. Baru 8 bulan dah pandai bergaya. Anak sapa laaa ni...? Anak daddy yea.. hehehehe.. LOVE YOU SO MUCH ILHAM!!!!

Labels: , ,

27 July, 2011

Nasi Kerabu Hari Rabu

Hari ni kan hari rabu. So, korang kena makan nasik kerabu! Pernah makan nasik kerabu tak??


Jom makan weh... Hari Rabu Makan Nasi Kerabu

Labels: ,

25 July, 2011

Kereta Meragam | Nak Beli Kereta Baru?

Hadooiii... kereta buruk ni meragam pulak. Motor kipas untuk aircond dah burnt. Power window punya suis rosak dan suis lampu high beam dengan wiper rosak. Adoooii.. ni mesti ada kena mengena dengan wiring nih.

Inilah motor kipas aircond yang rosak

Kena ganti baru laaa.. aircond tak sejuk

Suis power window ni tukar sendiri je

Stereng lak jammed tak leh nak bukak. Kena gi kedai tayar suh bukak

Bende alah ni pun rosak dan jammed

Dah diganti baru.
Hmmmmm... melayang lagi $$$$$. Adooooiiii.. belum gaji lagi. Bulan depan puasa. marilah sama-sama kita berpuasa nanti yea. Kete aku ni dah aku pakai 8 tahun dah.

Boleh tak aku usha KERETA BARU MANTAP NIH?

Labels: , ,

24 July, 2011

Harap Lulus Assessment

Minggu lepas kid ada bagitau nama dah naik untuk migrate ke contact centre unifi. Streamyx dan unifi adalah dua benda yang berbeza. So, kid diberi peluang untuk ceburi bidang baru.

Bersama KING yang dapat 3 tahun kontrak

Aku jawab ni sambil tidor je.. wakakkakaa
Fuuuhh kanan.. fuuuuhh kiri.. member satu batch dah ada 3 orang gi training unifi. Hope dapat follow laa untuk belajar mende baru ni. Walaupun sedey nak tinggalkan streamyx.. Bendanya sama.. internet. Cuma sistem yang digunakan bagi kami CUSTOMER SERVICE yang agak berbeza.

unifi unifi unifi go go go... (entry di pagi ahad) hahhaahhaa
happpy weekend semua!!!

Labels: , ,

18 July, 2011

Yeay.. Dapat Hadiah 100 plus!!

Yahoooo!!! korang dapat hadiah dari 100 plus tak? Macam Mat Joe Tokey Rumah  dapat dari 100 plus RM50. tapi hadiah aku ni lain sikit. Cer tengok.. Cer tengok lagi...


Beli dua 100 plus, dapat HADIAH CARABINER. yeay!! dapat hadiah 100 plus!! (macam poyo je rasanya..hahaha)

Carabiner tu ape? alaaa.. yang tempat sangkut kunci siap ada hook tu. Yang ni siap ada kompas lagi? Senang laaa aku nak mengembara. keh keh keh.. ooopsss.. Ada GPS kat my Samsung Galaxy. Belum buat review lagi laaa.. nak seminggu dah ni.. heheheee

Lepak-lepak jap laah hari ni. nak gi Usha Cara Buat Body Mantap!

Labels: ,

16 July, 2011

Kenapa nak Tau Pasal Kemaluan Wanita??

"Kenapa nak tau Pasal Kemaluan Wanita? Saya ni seorang lelaki.. kena tau jugak ke?"
Pasal Mitos, Vagina, Pap Smear, Keseksualan, Coli, Payudara dan Period. Semua tu hal orang-orang perempuan. Kenapa yang lelaki beriya-iya nak tau? Kenapa perempuan kena itu.. kena ini.. ishhh.. macam-macam lah!!

Cerita banyak takde, Korang nak tau kenapa orang suka sangat pasal benda-benda di atas, korang boleh KLIK SINI.


-from my SAMSUNG GALAXY ACE-

Labels: , ,

13 July, 2011

Tunaikan Hajat Moyang ILHAM

Hari ni, masih lagi cuti. Jadi kali ni mak dan ayah aku bawak nenek aku ke Putrajaya. Minggu lepas ada datang dah, tapi tak sempat nak bawak jalan-jalan. Nenek aku berumur dalam lingkungan 87 tahun. Tu je laa pun nenek yang aku ada. My ilham sangat bertuah, kerana sempat jumpa moyangnya tu! hehehe.. dengan moyang nyer pun dia nak suruh dukung..

So, kali ni, nenek aku nak singgah ke dua masjid di Putrajaya ni iaitu Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) dan juga Masjid Putrajaya. Nak aku bawak ke Flora Putrajaya 2011 atau Alamanda, takut letih lak dia.. huhuhu. Jadi, kami singgah solat sunat di kedua-dua masjid ini. Cer tengok.. cer tengok...

Salah satu pintu masuk Masjid Besi

Ruang Kubah dalam Masjid Besi
Ruang Solat Masjid Besi
Gambar kenangan di Masjid Besi
Di hadapan Masjid Putrajaya
Ruang Kubah dalam Masjid Putrajaya
Bakal Imam Muda.. Ameeen...
Gambar Kenangan di Masjid Putrajaya
Ada Wifi tu.. Best!!
Amacam pakcik dan makcik.. shaye henshem tak? heheheee
Alhamdulillah.. selesai sudah tunaikan hajat nenek aku yang juga moyang ilham. Kami semua jaganya bagi dia seronok. Jangan lupa, tak ada orang lama, tak ada juga orang baru.. sentiasa ingat orang lama. Lepas singgah solat sunat di kedua-dua masjid, kami pegi makan? Nak tau makan apa... Tungguuuuuuuu...

p/s: Korang sempat jumpa moyang korang tak??

Labels: , , ,

11 July, 2011

entry test

Ini adalah entry khas. Di bawa khas dari samsung galaxy.
Jumpa di lain entry yea... Samsung rockss!!!

Labels:

10 July, 2011

Tahniah! Blogger Eyriqazz dapat Anak Lelaki?

Tahniah!! Blogger eyriqazz dapat anak lelaki. Itulah yang kata-kata yang aku ucapkan kepada blogger eyriqazz a.k.a. Mat Tiger. Ni mungkin sebab aku ada baca entry post nya.. Baby Girl or Baby Boy?


Tapi kan... tapi kan....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Aku hanya mimpi di malam minggu. Ish.. macam tak caye je Mat tiger masuk dalam mimpi aku. hahahahaha. By the way, kalau rezeki Mat Tiger dapat anak lelaki, Dapat sepasang laaa.. :)

Labels: , ,

04 July, 2011

Laman Web Disekat SKMM Boleh Diakses Semula!

Kecoh dulu bila SKMM umumkan nak sekat 10 laman web di Malaysia yang menyebabkan polemik hangat di negara kita. Di dalam berita nya.. di dalam suratkhabar nya.. di blog masing-masing nya.. Cuma yang tahu ni, hanya senyap saje. Aku tau, ader korang yang nak SEO, ader yang nak tanya pendapat, ada yang saje nak kecohkan keadaan.. dan ade jugak yang MENIPU.. ooopppss...


Dan kisah ini ditenggelamkan oleh kisah sekat BERSIH 2.0 yang akan berlangsung Sabtu ni. Woohhooo.. aku kena gi keje awal-awal, mesti sekatan jalanraya dari Sg besi ke Jalan Istana tu.. camner nak gi keje nih? hehehe. Orait, korang tau kan sepuluh laman web yang disekat tu. alaaa.. korang google aje laa. takpun korang pun dah buat entry pasal tu.. hehehee

Ni entry baru lagi.. sebab aku baru je masuk.. Cer tengok.. cer tengok... (yang lain tu, korang bukak laa sendiri)

MEGAUPLOAD
FILES TUBE
FILE SERVE

MEGAVIDEO
Korang dah bukak ke? aku baru pertama kali bukak benda ni. Bukannya aku guna pun menda nih. hahahaa..Cuma yang aku nampak disini. SEKATAN dari SKMM yang dicanangkan itu, masih boleh ditembusi. Dari awal kewujudan Anonymous yang tenggelamkan kisah kartun Malaysia yang menghina hukum Islam, aku memang tidak percaya benda ni.

Kalau dah hackers laa katakan.. Benda macam ni, takkan laa diorang tak leh tembus sekatan. Aku cili-cili padi ni pun boleh bukak web-web tu ape. Kalau nak tau lain-lain, leh tanya BEAN MORENO pasal hack sebab dia suka gul-gula HACKS. hehehehe.. Propa saper laa punya keje nih. huhuhu. Dah laaa, baik korang wat citer isu semasa lain. Aku nak BERSIHkan kereta aku laa khamis ni. Lama tak basuh.. hehehhe

p/s: nak bukak laman web yang disekat tu, mesti laa ada caranya kan? Propa.. propa...

Labels: , , , ,