This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

09 August, 2011

Kecoh di Imigresen Kajang

Apa yang berlaku nih? Kecoh.. Dari sebelum puasa dah kecoh. Ramai sangat orang. Ramai sangat yang sanggup bersesak. Ini semua korang boleh tengok di Jabatan Imigresen.


Keadaan tiba-tiba jadi agak kelam kabut tetapi dikawal baik oleh pengawal keselamatan disitu.


Aku pun tak nak cakap banyak laa.. Diorang ni ikut prosedur ke, underground ke.. Aku tengok ramai je kaki-kaki ulat dan agensi. Tu kena tanya pihak berkenaan. Ini adalah program pemutihan oleh Kerajaan. Apa laaaa masalah lagi nih. hhmmmmm...

Baik ikut aku beli SMARTPHONE CANGGIH UNTUK BLOGGING!

Labels: ,

25 July, 2011

Kereta Meragam | Nak Beli Kereta Baru?

Hadooiii... kereta buruk ni meragam pulak. Motor kipas untuk aircond dah burnt. Power window punya suis rosak dan suis lampu high beam dengan wiper rosak. Adoooii.. ni mesti ada kena mengena dengan wiring nih.

Inilah motor kipas aircond yang rosak

Kena ganti baru laaa.. aircond tak sejuk

Suis power window ni tukar sendiri je

Stereng lak jammed tak leh nak bukak. Kena gi kedai tayar suh bukak

Bende alah ni pun rosak dan jammed

Dah diganti baru.
Hmmmmm... melayang lagi $$$$$. Adooooiiii.. belum gaji lagi. Bulan depan puasa. marilah sama-sama kita berpuasa nanti yea. Kete aku ni dah aku pakai 8 tahun dah.

Boleh tak aku usha KERETA BARU MANTAP NIH?

Labels: , ,

03 July, 2011

Nenek dah Datang!!

Yeay yeay.. nenek datang ke Kajang. Dari Penang ayahku ambik semalam. Haaaa.. nak bersama anak, cucu dan cicitnya. Dah lama tak jumpa nenek. Kitorang panggil Tok. Umurnya dah 80++ sebab tak pasti umur sebenar berapa dulu takde IC.. heheh.. Jom tengok ape Tok bawak untuk aku.

Durian kampung

Rambutan Kampung jugak...

Haaaaa.. terbaik dan segar dari ladang. eh silap.. dari dusun. kampung mari punya.. Mana taknya.. Pokok durian dan rambutan depan rumah Tok je. Rugi abangku HAZMAN TOKEY WAYANG yang keletihan balik dari Family Day opis dia.. Gue dah sambar kasi habis. Muahahahaaa.. Buat adikku PEGAWAI FORENSIK PDRM yang menunggu hari nak bersalin, selamat-selamat semuanya. Ape-ape, kasi halo okay!

Korang, esok Monday Blues.. Selamat bekerja esok.. hahahahaa.. dah, gua nak gi rembat HADIAH TIKET WAYANG KAT SINI.

Labels: , ,

16 May, 2011

Luncheon di Secret Recipe Kajang

Semalam aku cuti. So bawak laaa my sha dan my ilham ke kajang. Tujuan asalnya nak cuci gambar FREE kat satu kedai gambar ni. Dapat laa cuci gambar 12R dua keping. Setengah jam siap katanya. Jadi, sementara menunggu, aku lunch laaa.. perut dah lapar.. hehehe

Jom terjah Secret Recipe di tengah bandar sesak Kajang.

Nak makan set tengahari lah!

ilham nak mamam ape yea?

Suasana cool Secret Recipe Kajang

Ilham minum susu aje lah.. hehehe

Hazel nut cheese dan Durian Cheese

iced lemon tea..

grilled mushroom chicken

fried rice with satay


ilham dah kenyang.. jom balik!

Haaa... masing-masing dah kenyang dan happy pada hujung minggu. Skali skala boleh laa makan macam ni dengan my wife.. Penat nak memasak, bawak aje makan kat luar.. hehehee..

Jom LUNCH!!!! kalau taknak lunch, MAIN LAA GAME KAT SINI..!!

Labels: , ,

07 May, 2011

Terima Kasih Aney!!!

Pagi semalam aku, mak, ayah dan adik bawak ilham ke kajang. Saje nak tengok rumah yang tengah renovate. Sebelum tu, bawak ilham ke sini..


Berkat hari jumaat, nak cukurkan rambut ilham sekali lagi buat kali kedua. sebab rambutnya jadi tak sekata sejak cukuran yang pertama dulu. hehehee

Tapi, aney kedai gunting rambut tu kata, hanya mesin aje boleh, cukur dia tak berani sangat sebab takut budak gerak2. Yea laaa kan.. takut angin lak anak ku ini.. kita yang dewasa ni pun takut2 gak. hehehe

My ilham tak nangis langsung dari masuk kedai, masa tengah mesin rambut.. dan lepas abis..

Sebab semua ada kut.. Tokwannya ada...

Achu nana ada skali...

Haaa..... dah setel kan?? Jadi laaaa.. tak sampai 6 minit aney tu bikin. hehehe. dulu aku cukur rambut ilham sampai sejam.. yea laaa.. masa umurnya 3 bulan.. hehehe

Hensem tak saye??? heheheheee
Heheehe.. Thanks  a lot kepada aney kedai gunting rambut di Kajang kerana sanggup dan berani memesin rambut anakku yang berumur hampir 6 bulan. Mula-mula tanya dia dulu.. dia kata OK, haaaaaa... jalan aje... hehehehe

Labels: , , ,

23 April, 2011

Rumah Aku Kena Pecah!! | Beribu Habis!!

Minggu lepas aku ada singgah kajang untuk celebrate besday my dad. Hari ni, aku singgah jap teman mak ayah aku ambik barang kat rumah kajang.. Skali aku pun terkejut daaaa... Abis kena pecah!! berselerak laaa jugak..

Kerja-kerja orang bikin pecah rumah

Bahagian Hall dibesarkan
tambah bilik lagi satu
 

Atas tambah satu bilik
Ni bakal jadi bilik encik hazman ke? hehehee
dari bahagian dapur
Haaaaa.. begitulah alkisahnya mengenai rumah kena pecah! Kena pecah dinding daa.. tengah renovation bikin bilik baru. habis laaa kena punggah barang. Sebab tu dulu kami dapat LELONG TUPPERWARE PERCUMA!! . So, buat masa sekarang, mak dan ayah lepak rumah kami kat Putrajaya laa.. terus jaga my ilham. :)

Kesulitan masa kini adalah untuk kesenangan masa depan.. hehehee

p/s: Rajin-rajin laaa komen ke Blog Shakiddo ni kerana blog ni DO FOLLOW.. Backlink untuk komen anda.. chiaaauu cin caaauuu..!!

Labels: , ,

19 April, 2011

Restoran Ikan Bakar Sekinchan, Jalan Reko Kajang

Ahad lepas, sempena menyambut ulangtahun my dad yang ke 56, kami sekeluarga meluangkan masa bersama di Restoran Ikan Bakar Sekinchan, Jalan Reko Kajang. Idea ni datang dari my brother yang juga ada BLOG PASAL MAKAN

Kebetulan hari ahad, dan aku juga cuti dari keje shift, maka segala anak menantu dan cucu kecuali adik aku di uitm semua berkumpul.
Landmarknya Petronas Jalan Reko, Kajang yang berdekatan dengan HOTEL REKO INN. Selamat menonton gambar ikan bakar.
Ikan pari ada.. ketam ada..

Kerang ada.. lala ada..
wifi pun ada.. WEP = rsibkajang123 (diorang pakai 1Mbps) hehehehe
ikan keli ada.. ikan kembung ada..
ishhh.. korang tengok sendiri lah harganya..
Suasana dalam Restoran Ikan Bakar Sekinchan, Jalan Reko Kajang
apa lagi... Order laaaa...
kami berlapan termasuk ilham..
Ikan Merah Bakar
Sotong Bakar dan juga ikan bakar lagi (ape ntah nama)

Ulam dan sambal
My peberet Epal Asam Boi dan tembikai laici (my sha)
Cencaru bakar
Dan juga.....
Makanan berkhasiat
Seekor BELUT
Yang menjadi BELUT BAKAR!!
Haaaaa... sedap dan menarik kan??!! Ada juga sup ayam. tapi tak sempat nak ambik gambar sebab sibuk meratah ikan, sotong dan belut bakar. Bapak aku pun kata... KITE BAKOR AJE!!!!

Tuuu dia.. Banyak lagi gambar aku nak letak, tapi karang jammed lak.. tunggu laaa my brother upload gambor dia.. so far, harga untuk semua tu adalah RM203.80 dan skali skala boleh laa makan kat sini untuk celebrate bersama family. Servis di tahap baik lagi.. cuma perlu susun kerusi meja yang agak rapat. Mungkin ramai sangat dan tak cukup kedai ni kalau satu corner lot.. (bisnes bagus laaa tu)

Eh, mana my ilham??
Kenyang minum susu daaa... hehehehee
Orait, buat korang yang nak cuba Ikan Bakar, boleh laaa ke Restoran Ikan Bakar Sekinchan, Jalan Reko Kajang. Ada banyak cawangan dah restoran ni.. amacam??? KITE BAKOR AJE!!! ekekeke

Labels: , , ,