This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

19 April, 2011

Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung Bayi


Sekarang terdapat beberapa isu semasa mengenai penambahan gula di dalam susu tepung anak anda. Dakwaan mengenai lebih karbohidrat untuk  produk, maka lebihlah kandungan gula (ada kalkulator gula di laman web www.semakgula.com.my). Tetapi  adakah anda tahu, ia adalah tidak tepat kerana ada banyak bahan-bahan disenaraikan di bawah karbohidrat dimana ia BUKAN GULA.
Gambar hiasan : google
Okay,  pertama sekali adakah anda tahu apa itu karbohidrat? Jom kita cari apa maksud Karbohidrat di Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Karbohidrat . Karbohidrat juga mengandungi antaranya Oligosakarida (diet fiber) dan polisakarida (contohnya kanji dan glikogen, di mana kita boleh dapati di dalam nasi, mee dan roti) dimana ia bukanlah gula sepenuhnya.

Ada beberapa produk yang mengatakan TIADA TAMBAHAN GULA tidak semestinya lebih baik dan sihat dari produk yang lain. Ini adalah kerana nutrisi yang paling bagus untuk anak mengandungi banyak komponen selain dari gula seperti protein, mineral, vitamin dan lain-lain. Bergantung kepada keperluan anak anda, yang berkaitan dengan kajian sains juga perlu diambil kira untuk hal ini.

Pada pendapat aku, cara untuk semak gula dalam web www.semakgula.com.my tersebut adalah tidak tepat kerana:

-Kandungan karbohidrat adalah bukan gula sepenuhnya tetapi ada juga diet fiber, kanji, glikogen dan selulosa
-Kalkulator gula tersebut dikatakan hanya boleh mengira tambahan gula dalam susu tepung anak anda.  Cuba anda masukkan jumlah karbohidrat bagi produk bijirin atau minuman segera lain dan pasti akan ada ERROR
Oops! The value you have entered is invalid as this calculator can only be used for calculating added sugars in growing up milk powder
(Jadi, aku beranggapan, kalkulator ini mungkin hanya di set dengan formula sendiri untuk melariskan produk)

Sekarang kita rujuk pula kepada Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO). WHO menyokong tambahan gula tidak lebih 25gm/sehari (5 sudu kecil) untuk umur 1-3 tahun dan 34gm/sehari (7 sudu kecil) untuk umur 4-6 tahun. Dan WHO juga memberitahu bahawa tiada bukti khusus menunjukkan bahawa pengambilan “high sugar” (sukrosa) menyebabkan diabetes.  Diabetes hanya boleh disebabkan oleh obesiti atau terlebih berat dimana ada ciri-ciri kalori tinggi atau pengambilan lemak dan kurangnya aktiviti fizikal.
 
Sebenarnya aku masih mencari susu yang terbaik untuk anak sulungku yang kini menjengah lima bulan. Pelbagai produk susu tepung di pasaran untuk anak kita, tetapi mana satu pilihan bijak anda? Gula bukan tidak bagus untuk tumbesaran kita dan kita pula mengira dengan kalkulator gula. Betul ke cara pengiraan macam tu? 

Kesimpulannya, aku tidak setuju jika diambil karbohidrat sebagai pengukur TAMBAHAN GULA dalam kiraan kalkulator gula.

Labels: , , ,