This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: October 2010

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

28 October, 2010

My Mafia Wars...

Kali ni aku nak blogging khas untuk antara favorite aku.

Hye all...
Did you online your facebook today? What the most thing you have done with facebook? Did you play games? hahahaaa

I wanna share with you. That what I've done day by day.

Facebook > Mafia Wars > Do Job > continue.. (fight, rob, wars, etc.) hahaaaa

This Mafia Wars make me addict as I played almost 2 years which is my level now is 648 and I didnt bought for any Godfather or Marketplace.


Have a lots friends around the world. We shared what we need. We gave what we want. Its a teamwork.! Like i joined HGM - (Home Grown Mafia) that we helped eached other whether declared wars, jobs, loots, collection or defeated the boss!! hahahaa.. one from a tired fight to defeat that Boss.


I'm not a professional Mafia Wars player, but I enjoyed it!! Sure you felt same with me. We try and try to played this Mafia Wars like never ending story.. :)
Anything you did, anywhere you are.. I'm sure that you like Mafia Wars.. becoz you saw this post in my blog. :p

So, do add me. Search Hisyamudin Fadzil or My Facebook profile . Be My Mafia!!!

Adios amigos!!!! Around the world..
-Credit to all Officers and HGM members-

p/s: sorry laa geng, ayat skema sket.. hehehe

Labels:

27 October, 2010

i-city

Sambungan dari Putrajaya Cruise...


Selepas menggoreng nugget, maka semuanya yang keletihan berehat di depan tv. Perrghhh.. lena jap.
Pastu kami singgah semula ke Masjid Besi untuk solat Maghrib. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Shah Alam. Mak, ayah, adik, adik ipar, wife dan aku tak sabar gak nak gi tengok i-city nih.. asyik tengok gambor orang je kat dalam fb.. hehehe

Dekat sejam, maka sampai laaa kat i-city shah alam. Laaa.. area seksyen 7 ghupenye. Plumbum, platinum, uitm ader kat situ.. yang hadooo jer.. hahaha

Then, masuk parking RM10 (walaupun jalan tar dan parking tak berapa nak siap lagi). Ape lagi, terus snap..snap..snap.. dan snap gambar. Colourful. Wonderful. Beautiful. Ramai sungguh orang malam tu. Macam gi uptown damansara satu ketika dulu lak.. hehehe..


Sementara menunggu order makanan dan minuman
 Lepas tu, terus laa pusing dan pusing dan pusing seluruh pelusuk i-city tu.. Penuh dengan pokok-pokok tiruan yang dilimpahi dengan mentol-mentol bercahaya.. wow!! brape laaa bil letrik untuk satu malam tu..

Cactus


Kuch kuch hota hai

ShaKiddo

dhiyaz86 a.k.a gula gula cinta dengan si somi

Maly raws and dhiyaz86

You and Me
Jalan-jalan.. dah kul 11 malam dah. maka kami pun pulang.. Masing-masing letih + kenyang + happy.. yeaahhhoooooo

Labels:

Putrajaya Cruise

Sebelum si Gula Gula Cinta mengepos blog pasal Putrajaya Cruise, baik gue dulu yang bikin.. hahahaa..


16 September 2010, Hari Malaysia cuti umum.. semuanya takde buat ape. Kebetulan masa tu cuti penggal sekolah. So, my mum called nak datang rumah jalan2 kat Putrajaya.. So, si Gula Gula Cinta ni pun malas nak menjadi tuan rumah maka singgah laa semua di istana hinggap kami di presint 9. heheehe


Tengah hari, lepas lunch semua dah tunggu kat Putrajaya Cruise.. dekat dengan Masjid Putrajaya. Yang gue pulak ada kat cyberjaya tengah interview. Ngam2 habis kul 2pm terus berdesup pegi amik my Sha kat rumah then ke Cruise. Cruise dah bunyik hoonn..honnnnn.. sebab 2.30 nak jalan daah.. Seb bek sampai jugak. Cian jugak kat my Sha.. terkocoh2 dengan bawak perutnya lagi.. lega bila sempat naik.


Ni kali kedua aku naik cruise putrajaya nih.. dok pusing2 keliling tasik 45 minit.




Kat dalam, ramai lak orang Iran.. diorang tak berapa nak cakap arab. diorang cakap persian. so, ada laaa penterjemahnya.. 45 minit, dok pusing tengok bangunan2 dan monumen kat putrajaya.. rileks jap beb!




So, kitorang berehat2 setelah penat pusing. gue masak nugget je laaa.. sebab malam nak jalan-jalan lagi.. hehehe


to be continued...

Labels:

Mari Memasak Spaghetti

Memasak?!!
Kenapa nak kena memasak?
Sebab nak makan laaa.. hahahaaaa


Okay, sebab baru je berlaku.. Nak share sikit laa pengalaman memasak. Almaklumlah, selaku cikgu KHB yang disayangi, anak2 murid pun nak merasa cikgu masak. hahaha..
Pikir punya pikir... Masak spaghetti je lah yang senang. Takkan nak masak megi kut?! (tapi spaghetti pun lebey kurang dgn megi gak.hahaahaha)


Pastu pegi laa dapatkan bahan-bahan kat batang kali and gohtong. Nak masak untuk 21 orang laaa katakan.


Bahan-bahannya:


Spaghetti (cap San Remo disyorkan)
Sos spaghetti (cap Prego memang best)
Fishball dan fishcake
Carrot
Tomato
Sos Cili
Daging kisar (cap Ramly the best!)
Minyak, bawang merah, bawang putih (untuk tumis)
Garam secukup rasa




oooppsss... daging kisar takde dalam gambor. Sebab tu laaa mula2 nye.. kite rendam daging kisar tu bagi lembut dulu. Kalo nak cepat, taruk air panas laa.. hehehe
Sesi cikgu memasak ni kena cepat. Almaklumlah cuma ada dua period je (80 minit) untuk setelkan dari mula sampai abisss.. Maka, pakailah dua tungku dapur.


Mula2, panaskan air dalam periuk untuk rendam spaghetti. Taruk sikit2 dulu.
Satu lagi, panaskan kuali yang ada minyak sket.. taruk bawang2, tumissss.
Pehtu taruk sos prego, sos cili, daging kisar.. kaco,kaco,kaco,kaco.. taruk laa fishcake pastu fishball, pastu tomato, pastu carrot, kaco,kaco, kaco.. pastu ikut laaa nak tambah ape lagi.. udang kaa, ayam ka, kambing kaa.. eh, ape daaa kambing..


Haa.. dah nak siap dah. taruk laa garam secukup rasa. Angkat spaghetti yang direbus, masukkan ke dalam kuali yang kita buat sos spagetti tadi.. eh eh.. spaghetti tu rebus lama2 sket tau.. 10 minit pun boley.. then gaulkan semuanya dalam kuali. tapi untuk masak untuk 21 orang nih, cikgu gunakan teknik pengasingan dua kuali. Haaaa.. sampai khusyuk semua nak makan. Lapar laa katakan bila terbau spaghetti yang sedap nih..
Terus buat ayor teh blackberry je.. terbaeekkk dari cameron highlands.. hehehe


Tat tadaaaaa.. hasilnya spaghetti bolognese khas dari Genting Highlands.. untuk pelajar2 tingkatan 1 excel. yeeehaaaaa...!!!! Berjaya!!!


So, korang nak memasak??!! simple2 je beb.. berbaloi-baloooiii...

Labels:

Kemunculan My Re-Blog

Salam...
Kepada semua pengunjung blog kid3247, brett kid's collection.. dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa blog tersebut telah ditutup. Sudah setahun tak berblog. Kini, rindu kembali untuk menghadap blog di depan lappy ni.. Mungkin masa yang agak suntuk, sibuk dan 'agak malas'.. hehehe


Dan dengan sukacitanya, dimaklumkan blog baru saya.. ShaKiddo. Coz takde idea dalam masa yang terdekat ni. hehehe. Okay, kepada rakan-rakan baru.. rajin2 jenguk blog ni yea..


Adios...!!!


KiD