This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: February 2011

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

28 February, 2011

Bengang dengan Saman PDRM!!

Minggu lepas, balik kampung ke Sungai Besar. Ada kenduri nikah Pak Uda. Time weekend, ramai lak yang kecoh sibuk2 nak bayar saman. Kid pun skali laa nak sibukkan diri. hehehee. 
Jom pi bayar saman!!

Ramai pulak orang beratur kat Balai Polis Sabak Bernam
Kid terus bergegas ke Pejabat Pos yang hanya beratus meter dari Balai Polis tu. Haaa.. tak ramai orang..
Haaaa... kan? lengang je.


Selamat datang ke Pos Malaysia Sungai Besar!! Jangan tikam nombor lak nih.. hehhee


Kid setahun sekali kena saman speedtrap nih. 2008, 2009 boleh bayar dan dapat diskaun 50%. Tapi saman bulan 12, 2010 tak dapat diskaun 50 katanya.. alaaaa.. ntah bila laaa nak bayar. Memang harapan laaa kalau nak bayar Full. Dah laaa saman ekor speedtrap 60 / 90 kmsj.. cisssss....Memang tak puas hati sangat laaa kan..


Ha.... korang dah bayar saman?? Cara-cara nak bayar saman leh tengok SEMAK SAMAN

Labels: , , ,

27 February, 2011

CONTEST NAMA BABY SAYA

Kali ni nak join contest NAMA BABY SAYA. Lama dah mencari contest untuk si Kecil nih. Jom tengok Syaratnya..
SYARAT :
1) anda mestilah ayah atau ibu kepada baby berkenaan dan mestilah seorang blogger,
Sudah semestinya anak kandung saya dan saya seorang blogger. :) Boleh jugak tengok kat link Lahirnya Sudah Putera Kami...


2) Copy Banner di atas dan link kan
3) Buat satu entry menerangkan NAMA anak anda. Maksud nya. Siapa Yg Memilih dan Kenapa Nama itu dipilih.
Nama anak saya adalah MUHAMMAD NIZARUL ILHAM.

MUHAMMAD = yang terpuji
NIZARUL = yang memerintah
ILHAM =  (memberi) ilham

Pada mulanya, memang sudah Kid duga kehadiran bayi lelaki ini. Masa isteri mengandung, sikap isteri cergas, rajin buat kerja dan cuma alahan pada awal 4 bulan mengandung. Dua kali kid mimpi dapat anak lelaki. Tapi semua itu tak dapat dipastikan dari segi Teknologi moden iaitu "scan" pada bulan kelima dan bulan ketujuh isteri mengandung.

Masuk lapan bulan lebih, kami mengabil keputusan untuk membuat pemeriksaan di Hospital UMRA, Shah Alam dan scan menunjukkan anak lelaki. Sehinggalah lahirnya anak sulung dan cucu sulung bagi kedua-dua (keluarga dan mertua) pada 18/11/2010, rezeki dari Allah kurniakan seorang Putera.

Nama Nizarul Ilham adalah pilihan kami berdua. Kami mahukan anak ini menjadi seorang anak yang soleh dan menjadi seorang yang pandai dalam menguruskan semua hal. Jesteru, menjadi ketua sebagai seorang lelaki dan seandainya menjadi pemerintah, kelak menjadi ilham kepada semua yang dipimpinnya.

Kedua-dua keluarga dan mertua bersepakat untuk meletakkan nama MUHAMMAD yang bermaksud 'yang terpuji' sempena nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Semoga Pemerintah yang memberi ilham kepada semua adalah dari akhlak yang terpuji. ameeen.

Begitulah serba sedikit mengenai nama cahaya mata sulung kami, MUHAMMAD NIZARUL ILHAM BIN HISYAMUDIN
4) Tinggalkan entry anda di ruangan entry ini.( Cuba tengok kat entry tu.. hehehe)
5) dan menjadi Follower Idma Textile ( ID: KiD)

Ni Gambar Latest Muhammad Nizarul Ilham bin Hisyamudin



Terima Kasih. Pilih la saya untuk pemenang yea.. :)

Tarikh Penyertaan

01 Feb 2011 hingga 01 Mac 2011

Labels: , , ,

Kalau Aku Kaya, Aku Nak Beli Kereta Canggih ni!!

Semalam Kid tengok Raja Lawak 5 minggu ke 8. Yang Tajuknya adalah "KALAU AKU KAYA..."

Haaa.. dah sah-sah diorang buat lawak yang kadang2 tak masuk akal.. Sebab "kalau" aku kaya laa katakan. Semua boleh jadi.. hahaha..
Tapi bagi Kid, Kalau Aku Kaya.. Aku nak beli kereta ni...

KLIK untuk ZOOM ke web
KLIK untuk ZOOM ke WEB
Lepas ada kereta ni, nak jalan-jalan satu Malaysia sebab minyaknya jimat! Harga pun biasa laaa.. 6 speed lak tu. Yang best, nak try Bluetooth dengan kawalan suaranya.. Macam mana tu yea?

Haippppp.. korang nak beli kereta apa? Leh lawan spec kereta kat atas tu?

Labels: , , ,

26 February, 2011

Gelanggang Raja Lawak 5 Minggu Ke 8 | Episod Duka Leman

Gelanggang Raja Lawak 5 minggu ke 8 kali ini mempersembahkan tajuk KALAU AKU KAYA. Hanya tinggal 7 peserta yang tinggal

Agak bosan dowh minggu ni.. Yang aku nampak Final 3 adalah Nazmi, R2 dan Balas.

David Teoh: Skali datang lambat laa
Satya Babyface: steady je comment macam biasa..
Afdlin Shauki: suka dengan lawak R2 dan Balas macam lawak sengal.. hahaha

Kali ini, tiga peserta terbawah adalah EPY, MAN dan LEMAN . Kali ni peserta yang tersingkir adalah LEMAN


Sudah tamat GELANGGANG RAJA LAWAK 5 MINGGU KE 8.

Labels: , ,

25 February, 2011

Update Contest Tiket Wayang Percuma | 3 hari Lagi Closing Date

Hari ni Kid nak umumkan pemenang! eh, pemenang pulak.. Pengumuman yang Contest TIKET WAYANG PERCUMA dari Kid akan ditutup 3 hari lagi iaitu pada 28/2/2011

Pesertanya adalah:

lyn azlina


Haaa... terima kasih yang join ni yea.. yang mana belum join, sila-silakanlah yea.. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Tuah ayam nampak di kaki, Tuah anda kat blog ShaKiddo ni... :)

Okay, mana yang nak join tu masih sempat lagi. KLIK SINI untuk join Contest TIKET WAYANG PERCUMA!

Labels: , ,

24 February, 2011

Blog ShaKiddo Buat 7 USD Sehari!! | Ranking Alexa Berubah Mendadak

Hampir empat bulan kid membangunkan semula  yang diberi nafas baru ; ShaKiddo yang dulunya Blog kid3247.blogspot. Semuanya atas ajakan bertali arus dari Adik beradik Kid iaitu hazmanfadzil.com dhiyaz86.blogspot.com malyillusion.blogspot.com

Dan ketika awal bulan November 2010, kid resign dari jawatan Guru KH di Sekolah Swasta di Genting Highlands, Kid pulang ke Putrajaya untuk menumpukan kepada family.

Hari ni, saja nak usha blog shakiddo kat yahoo. Macam orang lain nak googling. Terjumpa ni kat yahoo...


Macam mana leh kata Blog ShaKiddo buat 7 USD sehari? 
7 x 3 USD (approx.) = RM21 SEHARI
Kalau RM21 x 30 sebulan = RM630 SEBULAN.. WOW!!! Leh bayar macam-macam nih.. Bil2 Astro, Berokband, Pampers Huggies ilham, Susu Anmum ilham.. waaaahhhh (kalau laa diorang nyer info leh jadi kenyataan....) Mana laa diorang dapat info nih?? huhuhu

Screenshot 6/1/2011
 
Screenshot 24/2/2011
Haaaa... Lega sikit bila lihat segala usaha kita, susah payah kita menampakkan hasil. Kid berblogging ni pun ada cabarannya. Pernah beberapa kali telah di'hack' shoutbox bila trafik agak meningkat. Tu keje diorang yang takde keje laaa. Sekarang dah ok balik shoutbox tu.

Sekarang kid tengah memikirkan untuk buat satu lagi blog. Khas untuk mencari side income. Kid tengok ramai blogger2 otai macam tu. apa pendapat korang? Ada tips tu, sharing is caring laa eh.. hehehee.. Perancangannya kid dah ada. Cuma nak tunggu masa yang sesuai nak bikin je. Lagipun tengah berkira-kira nak masukkan STREAMYX IN A BOX kat rumah kid, baru mantap sikit nak blogging! Yeeehaaaaaa....


Tapi, korang dah join contest TIKET WAYANG FREE dari Kid tak? Haaaaa.. kalau belum, cepat2.. ada masa sampai 28.2.11 je

Labels: , , , ,

23 February, 2011

Mesti Terjah Promosi Reload Celcom!!

Anda pengguna setia Celcom? Jangan lepaskan peluang anda. Reload dan reload untuk dapat keistimewaan dari Celcom! Anda boleh klik kat Web di bawah


Anda reload RM10, kali ke-5 boleh dapat FREE 100 minit kepada semua nombor Celcom. Kalau ke-7 kali, anda boleh dapat PERCUMA seminggu call ke 15/8pax anda. Dan kalau Reload RM10 kali ke -10, anda boleh dapat PERCUMA RM10 dan berpeluang untuk memenangi RM8888 cash!!


Sekarang Kid dah melepasi Reload ke-5. Nak tunggu reload ke 10 pulak. Baru gerek seyyhh..!!!

Kalau nak jenguk web #CelcomReload, boleh laa ke >>>CELCOMRELOAD<<<

Labels: , ,

Tips Trafik 10 Ribu Seminggu | Blogwalking dan Komen Entry

Betul kata Blogger Otai. Nak capai Trafik tinggi lebih mudah berbanding mengekalkan dan menaikkannya. Jom tengok Trafik Kid minggu ni.


Sekali lagi Kid bagitau eh, bukan nak menunjuk atau apa-apa tapi cuma nak berkongsi. 
Okay, kalau korang tengok trafik pada 20 dan 21hb, agak jatuh sedikit. Mungkin faktor Kid takde idea lagi nak post entry.. hehehe.. tapi yang pasti Kid kerja pada shif petang sampai tengah malam masa tu. so, agak terhad nak buat post entry, blogwalking dan ping walaupun boleh auto publish.

Dan sebelum Kid nak memantapkan blog macam blogger HAZMAN dan EYRIQAZZ yang tengah nak beli KERETA BARU 2011, Kid selalu tinggalkan komen ke blogger lain seperti....

CIK LILY PUTIH

KANCIL BIRU
JEJAI TERATAKARMO
Walaupun baru kenal dan jenguk blog-blog blogger sekalian, seboleh-bolehnya tinggalkan kesan kat entry post diorang. Bila dah selalu dan hari-hari, maka akan wujudlah satu perkara "build relationship" seperti kata BEAN MORENO

Oh yea, Kalau nak Blogging mesti ada line internet yang mantap kan? Macam-macam subscriber kat luar sana. Nak cepat dan unlimited download pakai laa streamyx. Tapi kesian pulak kat JOEGRIMJOW yang sebulan ada masalah streamyx (kabel kena curi daa..). Nanti kid emel yea.. dah check report tu malam tadi.

Okay, korang yang baca ni taknak komen ke? hehehee. tak pun pegi laa jenguk Blogger-Blogger yang kat atas tu.. hehehee

Labels: , ,

22 February, 2011

Resipi Roti Bakar Special Chef Shakiddo, Putrajaya

Kali ni kid nak kongsi resepi khas untuk hidangan makan minum petang. Mudah saje untuk membuatnya. Budak sekolah lagi pun boleg buat asalkan ada bahan-bahannya.

Memperkenalkan....

Roti Bakar Special
 Okay, seperti biasa, anda perlukan bahannya iaitu roti, tuna/salmon/sardin dalam tin.


Pembakar roti juga diperlukan. Lebih afdhal kalau guna yang hadiah kawin punya. dah dua tahun pakai.. hehehe

Sapukan tuna/salmon/sardin dalam tin ke atas roti. Tak payah banyak sangat nanti boleh jadi muak. hehehe.. ala kadar saja.

Lepas tu, letakkan cheese sekeping atas lapisan tuna/salmon/sardin tersebut. cheese yang biasa pun okay. tapi, cheesedale lagi mantop!!
 

Kemudian, masukkan dalam pembakar roti atau toaster. Tunggu lampu masak (hijau atau auto eject). Lepas tu siap!!!

Memang enak untuk hidangan makan minum pagi atau petang. Boleh dibuat ketika ada tetamu yang tiba2 datang rumah.. hehehee..

Haa.. Selamat Mencuba!!! SEDAP TAU!! Sambil-sambil makan petang, boleh berangan nak usha BUAH HATI SHAKIDDO YANG MANTAP!!!

Labels: , ,

Kenapa Churp Churp Earning Slow Walaupun dah Kempen?

Kenapa Earning Churp Churp slow? Kempen dah kempen.. dah letak sini situ sana.. tapi masih sikit je.
cuba korang tengok ni..
Earning minggu lepas..

Earning minggu ni..
RM14.18- RM13.15 = RM1.03 (eh, kenapa numbernya ada 18 sen? hehehe)

Hahaaaa.. kid pun tak pasti ape silapnya. Blogger-blogger otai boleh tunjuk ajar tak? tunjuk ajarku sifu!! Ntah bila nak cashout pun tak tau.. JEJAI punya earning dah leh cashout kut.. :)

Boring-boring duk kat rumah.. terpikir nak beli kereta baru. Kereta Proton sekarang dah masuk 8 tahun.. Nak tukar ke ek? Sebab aku ada tengok PROMOSI KERETA BARU ni.. canggih beb!!! (katanya laaa...) Amacam?? ada bran??

Labels: , ,

Give Away dari Magrib!


Jom laaa kengkawan.. Join giveaway pertama dari blogger Magrib Aristocard nih.. Nak promote blog beliau. Senang je.. Untung sabut timbul, untung giveaway dapat Hadiah dari Singapura! hehehe jom Join GIVE AWAY DARI MAGRIB!


kid nak tag dhiyaz

Join weh.. jangan tak join!!!

Labels: ,

21 February, 2011

Aduh Sayang.. Sakitnya!! Jangan Kuat-kuat Sangat Tau!

Sakit tak? Aduuuhh.. aduuhhh aduh sakitnya.. Bila ditusuk ke badan kita.

Kid memang tak berapa faham tulisan tu.. Tapi faham sikit-sikit aje lah.. Cucuk sebelah kanan, kiri dan sekarang kanan balik.. Cucuk kat peha.. hehehe.. Itulah yang wajib kita lakukan untuk anak kecil. Sebulan sekali bawak ke klinik untuk check up. Dua bulan pertama, pegi Klinik Desa Sungai Besar aje. Sekarang dah ke ......


Memang dekat dengan rumah. Kini, my ilham dah inject 3 bulan. Cepat tul dia membesar. hehehee. Segalanya lancar. Cuma nangis sikit laa masa kena cucuk. Jangan nangis kuat-kuat sangat tau ilham..!!! Berat dah 5.8kg dan panjang 62cm.

My Prince.. MUHAMMAD NIZARUL ILHAM

Labels: , ,

20 February, 2011

Resipi Spaghetti Bolognaise Chef Shakiddo, Putrajaya

Haaa.. korang ingat Kid tak pandai masak? selain TELUR DADAR JADI MURTABAK dan goreng ayam, kid jugak boleh masak SPAGHETTI..!!

Jom tengok bahan-bahannya:

 -Spaghetti (brand San Remo lebih best), Sos Prego (tradisional), daging kisar, hot dog, fish cake, fishball, carrot, cili benggala, bawang (tumis) dan garam secukup rasa.

bahan-bahan boleh digantikan juga dengan udang (yang dikopek kulitnya lagi sedap) dan juga banyak mana yang nak letak bergantung kepada berapa orang yang nak makan. Yang ni, Kid masak untuk 6 orang aje.

hentam aje nak potong macam mana
Fishcake dan fishball pun sama

Cili benggala yang kaler hijau atau kuning pun boleh

Bahan yang telah disediakan. Daging kisar, separuh je pun cukup
Tumis bawang merah, bawang putih (kalo nak), pastu masukkan Sos Prego, carrot, daging kisar. Biar lama sikit pastu taruk fishcake, fishball, hotdog, cili benggala dan garam secukup rasa.


Rebus spaghetti sampai kembang
Dah kembang, boleh laa gaulkan spaghetti dengan sos yang telah kita buat awal tadi. Kalo ramai, kena buat dua kali atau dua kuali laaa.. hehehee..


Amacam?? mudah kan?? Yang penting, KENYANG..!!! buuuurrppppppppp... Alhamdulillah.... Sekian Resipi Spaghetti Bolognaise Chef Shakiddo, Putrajaya... tehehe...

Korang masak ape tu??

Labels: , ,

Tips Trafik 1500UV Sehari 26K PV Seminggu

Pertama sekali Kid nak bagitau, bukan tujuan Kid untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya sekadar memberi inspirasi kepada rakan-rakan blogger yang lain terutama yang baru menceburi blogging macam kid juga.


Rata-rata blogger otai memberi tips juga dan biasanya mereka berkata "BERBLOGGINGLAH UNTUK KEPUASAN DIRI, BUKAN UNTUK MENGEJAR WANG RINGGIT"


Yup, betul kata mereka. Bagi kid, kalau nak kejar trafik untuk mengejar wang ringgit, mungkin ada cara lain. HB, Ads, PPC dan lain-lain boleh mendatangkan duit jika tahu caranya. Ada juga blogger yang mempunyai lebih dari satu blog. Satu untuk blog personal atau biasa, manakala satu lagi blog untuk cari duit poket, join contest, bussiness atau lain-lain.


Tak kisahlah semua itu, asalkan boleh handle dan cukup masa untuk semua itu. Mungkin Kid akan buat satu blog lain khas untuk bisnes je.. yea tak?


Jom tengok trafik Kid minggu ini (12 feb-18 feb).

Ni yang paling tinggi, tak dapat potong BLOGGER JUTAWAN.. hehehe
Salah satu sebab trafik kita naik adalah dari Keyword. Bermain dengan Keyword mesra SEO jugak mengambil masa untuk meletops! Tapi tak mustahil anda semua boleh buat.

Keyword Shakiddo 19 Februari
Seterusnya Kid akan buat ping selepas entry kid dipostkan. Kid selalu ping ke:
ping-o
pingler
pingoat
Blogged.My


Pastu Blogwalking sampai lebam. hehehe. Cara manual ni lebih kid suka kerana dah biasa dari dulu. So pergi laa terjah ke blog-blog lain. Kid singgah ke Shoutmix atau Cbox, Komen, dan juga Follow diorang. Untung blogwalking nih sebab untung sabut ada orang ikhlas bagi KEJUTAN HADIAH BLOGWALKING!


dan lepas tu, kalau Kid takde buat ape.. Free aje.. dah abis komen dan kacau blog orang, Kid gi laa gatal tangan Join Contest atau Giveaway Blogger. Memang banyak sangat jemputan macam jemputan kenduri kawin tak putus-putus lak. hehehe.. InsyaAllah Kid akan cuba join.


Sekian entry Trafik Kid kali ini..
-ShaKiddo-

Labels: , , , ,

19 February, 2011

Hadiah dari Blogwalking | Kejutan dari Blogger

Tengah berehat kekenyangan selepas makan Spaghetti, Kid dikejutkan dengan kedatangan abang Kurier.

Wahhhhh.. serius terkejut giler. Ingatkan keychain ke.. fridge magnet ke.. fuiyooo.. mahal ni kan?


Note skali dengan Hadiah

Orang yang suka adalah ofcoz Kid dan juga my Sha sebab dia suka sangat colour orange! hahahaa.. tapi perfume ni untuk MEN. So, Kid aje laa pakai yea.. hehehee
Jom terjah blog leyzajamil.blogspot.com SETADAH RAMPAI HARUM SEMERBAK!!! Sebagai penghargaan, Kid letakkan Blog Leyza ni kat Bloglist Kid. Inilah yang dinamakan Blogwalking. Kid singgah, komen, follow dan kebetulan follower beliau yang ke 50. tak tahu laa pulak tiba-tiba dia mintak alamat dan contact number.

Haaa.. buat LEYZA JAMIL, Kid ucapkan jutaan terima kasih dan Kid terima hadiah ini seadanya. Barang sampai dengan selamat dan cantik bungkusan tu. TQ SO MUCH LEYZA JAMIL.

Labels: , ,

CONTEST TEKA LIRIK LAGU

Kid jugak dijemput untuk join contest nih. jom ramaikan majlis tuan rumah!!


kid nak tag GULA-GULA CINTA, EBAD ABID, TUKANG MEREPEK
tarikh tutup : 28.02.2011 (isnin)
jom join!!!

Labels: , ,

Contest Review Blog Kak Ina Kl Dot Com

Ingatkan entry ni dah ditutup. tapi Kak Ina KL telah membuat reminder kepada semua blogger di Seluruh Malaysia. So, kid nak join lah sebelum tarikh tutup luput.

1. Buat satu N3 tentang/review blog akak. Macam apa yang tak perlu di kekalkan dan perlu di buang kat blog ini. Bukan cerita mengenai akak tau.

Pertama kali mendengar blog yang di promosikan oleh abang Kid iatu hazmanfadzil.com. Bila melihat address http://www.kakinakl.com/ persepsi pertama kid adalah macam ni: 
WWW.KAKINAKL.COM = KAKI NAKAL

Tapi bila baca betul-betul dan tengok webnya, kid tersipu malu sebab pemilik blog www.kakinakl.com adalah seorang isteri dan ibu kepada anak-anak.

Okay, kalau orang review betul-betul, memang Kid tabik spring kat Kak Ina KL ni, sebab banyak aktiviti yang dia dah join. Dan memang menjadi inspirasi Kid untuk majukan diri dan blog Kid dari Blogger Otai seperti Kak Ina KL. Nanti harap ada slot untuk menjadi duta kukis kak ina ni. heheheh..

40 post join Aktiviti Nuffnang
49 post entry HANGAT DAN HANGIT
4 sponsored POST NUFFNANG
13 Duta Kukis Kak Ina KL

Daripada blog Kak Ina ni, blogger baru seperti Kid makin teruja a.k.a. bersemangat untuk mencapai apa yang Kak Ina telah capai. Kerana tak mustahil Kid boleh sampai ke tahap macam Blog Kak Ina ni. background putih suci membuatkan pembaca tak laa sakit mata sangat, widget2 pun takde yang ala2 fancy gitu.

Lepas tu, jom tengok speed blog kakinakl.com nih. okay lagi, laju je kid bukak blog nih.

Then, kita tengok ranking alexa blog kak ina nih. Terbaikk!!!!!
 
Ape ada hal kalau PR pun macam ni..!! Mantop!!
Last but not least, dulu kid ada tengok label kak ina ni kat sebelah bawah, tapi sekarang kat sidebar lak. For me, okay je kalau letak sidebar atau bottom.

Dan yang kid rasa nak kena remove adalah 

sebab kid tengok macam agak panjang sangat. lagipun just nak tengok dari mana visitor tu. Tapi, kid sebagai pembaca dan follower blog nih.. scroll aje laa.. Akak tak romove pun takpe. hehehe

2. Sila salin dan tampal ayat di bawah dalam satu entri di blog anda. Nak letak gambar tu boleh, tak nak letak pun boleh. Suka hatilah labu.





kakinakl.com sedang mengadakan contest. Jomlah join...hadiah menarik menanti anda.

3. Setelah siap sila tinggalkan link N3 anda di dalam ruangan komen sebagai penyertaan. Kalau tak tinggalkan link akak tak kira yer.

Cer akak tengok kat komen entry akak tu.. Pling!!! ekekekeke

4. Seorang pemenang hanya layak menang satu kali sahaja.

Yea akak.. Hope kid menang satu kali aje. kalau menang dua kali, yang lain tak dapat lak hadiah kukis akak tu.. hehehee. lagi satu kan.. kid nak rasa kukis kak ina nih. sebab kat rumah dah habisss...


Okay kak ina. hope dapat terima review blog kak ina ni. Segan jugak nak review sebab blog Kid bukan bagus sangat lagi pun. Tapi untuk memeriahkan majlis dan segala review blog akak ni adalah tulus dari hati, bukan ada paksaan dari mana-mana pihak. Semoga kak ina teruskan berblogging, mana nak tau lepas ni kak ina nak VLOG lak.. ekekekee


Orait.. Adios astalavista.. Assalamualaikum...

-ShaKiddo, Putrajaya-
12.20pm @ 19 Februari 2011

Labels: , ,