This Page

has been moved to new address

CONTEST NAMA BABY SAYA

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: CONTEST NAMA BABY SAYA

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

27 February, 2011

CONTEST NAMA BABY SAYA

Kali ni nak join contest NAMA BABY SAYA. Lama dah mencari contest untuk si Kecil nih. Jom tengok Syaratnya..
SYARAT :
1) anda mestilah ayah atau ibu kepada baby berkenaan dan mestilah seorang blogger,
Sudah semestinya anak kandung saya dan saya seorang blogger. :) Boleh jugak tengok kat link Lahirnya Sudah Putera Kami...


2) Copy Banner di atas dan link kan
3) Buat satu entry menerangkan NAMA anak anda. Maksud nya. Siapa Yg Memilih dan Kenapa Nama itu dipilih.
Nama anak saya adalah MUHAMMAD NIZARUL ILHAM.

MUHAMMAD = yang terpuji
NIZARUL = yang memerintah
ILHAM =  (memberi) ilham

Pada mulanya, memang sudah Kid duga kehadiran bayi lelaki ini. Masa isteri mengandung, sikap isteri cergas, rajin buat kerja dan cuma alahan pada awal 4 bulan mengandung. Dua kali kid mimpi dapat anak lelaki. Tapi semua itu tak dapat dipastikan dari segi Teknologi moden iaitu "scan" pada bulan kelima dan bulan ketujuh isteri mengandung.

Masuk lapan bulan lebih, kami mengabil keputusan untuk membuat pemeriksaan di Hospital UMRA, Shah Alam dan scan menunjukkan anak lelaki. Sehinggalah lahirnya anak sulung dan cucu sulung bagi kedua-dua (keluarga dan mertua) pada 18/11/2010, rezeki dari Allah kurniakan seorang Putera.

Nama Nizarul Ilham adalah pilihan kami berdua. Kami mahukan anak ini menjadi seorang anak yang soleh dan menjadi seorang yang pandai dalam menguruskan semua hal. Jesteru, menjadi ketua sebagai seorang lelaki dan seandainya menjadi pemerintah, kelak menjadi ilham kepada semua yang dipimpinnya.

Kedua-dua keluarga dan mertua bersepakat untuk meletakkan nama MUHAMMAD yang bermaksud 'yang terpuji' sempena nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Semoga Pemerintah yang memberi ilham kepada semua adalah dari akhlak yang terpuji. ameeen.

Begitulah serba sedikit mengenai nama cahaya mata sulung kami, MUHAMMAD NIZARUL ILHAM BIN HISYAMUDIN
4) Tinggalkan entry anda di ruangan entry ini.( Cuba tengok kat entry tu.. hehehe)
5) dan menjadi Follower Idma Textile ( ID: KiD)

Ni Gambar Latest Muhammad Nizarul Ilham bin Hisyamudin



Terima Kasih. Pilih la saya untuk pemenang yea.. :)

Tarikh Penyertaan

01 Feb 2011 hingga 01 Mac 2011

Labels: , , ,

5 Comments:

Blogger Peeka Syuhada said...

nizarul sgt chumil !!! best of luck . iAllah . (:

Sunday, February 27, 2011 6:29:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

shafika: waaahh,.. tq tq..

Sunday, February 27, 2011 9:38:00 PM  
Blogger Nur Hanani said...

saya tak de anak lagi..huhu tak boleh join contest ni..
Entri Terkini: Join 1st GA dari Mak Dara. Tajuk Drama..

Sunday, February 27, 2011 10:58:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

hanani: nanti ada anak, leh laa join contest.. :)

Monday, February 28, 2011 4:05:00 AM  
Blogger Unknown said...

goodluck sis :) tq sudi join

Monday, February 28, 2011 3:47:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home