This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

29 August, 2011

Ho ho ho balik kampung

Selamat. Hari raya kepada anda semua. Hari ni masih kerja dan lepas tu bertolak ke sg besar selangor... Kampung my sha. Diorang dah kat sana dah. Dok anyam ketupat dan ready untuk buat rendang. Kepada yang kerja pada hari raya, kerja elok-elok yea. Korang masyuk laa payday nanti bayor dabel triple.. Hehehe


okay.. Aku pun dah siap segala bagai ni. Kete semua ok.. Rumah dah kunci. Ermmm.. Selamat hari raya aidilfitri dan salam merdeka!!! Aku kembali raya kedua atau ketiga. Yeay!!!

-updated from samsung galaxy ACE-

Labels: , ,

09 August, 2011

Jom BBQ!

Dah kawin, dah dapat anak.. Baru aku nak guna hadiah kawin nih. Hahahaa.. Balik kampung hari tu, bawak laaa bende alah nih.. taddaaaaaa!!

Set barbecue!


Gedebuk gedebak, dah pasang... pling!!! haaaaaaa.. dah siap pun.. tapi ikannya mana?? nak panggang ayam ke, ikan? hehehheheee..

Labels: , ,

08 August, 2011

Bazar Ramadhan Sungai Besar, Selangor

Bazar Ramadhan Sungai Besar, Selangor. siapa yang nak singgah.. boleh laa yea.. dekat2 dengan KFC dan pasaraya TOP GIRL. Macam-macam adaaaa... Ramai orang lak tuh

Dalam lepas asar, boleh laa datang

Memang menangkap jiwa

Tapi beli separuh aje..

Samosa juga..

Buah tembikai manis!!

My peberet.. Air kodondong + asam boi.. perrgghhh

Pelbagai jenis kuih

Yang ni Pasar Ramadhan Sg Haji Dorani

Haaa.. jangan terliur lak ten gok entry nih. Besabar dan bersederhana dalam berbuka puasa, Jangan ikut nafsu, nanti lauk dan makanan tak habis.. hehehe. Selamat berbuka dengan keluarga..!! Aku nak gi DAPATKAN HADIAH TIKET JENJALAN!!

Labels: ,

Syoknya Balik Kampung!

Dah lama rasanya aku tak balik kampung. Walaupun mertua aku selalu datang dan kitorang balik kampung.. kesibukan aku bekerja macam lama tak balik kampung.. eh eh,, memang dah lama tak balik kampung pun.. maklumlah, keje shif.. huhuhu

Kali ni jadual aku memang best. Last minit ia bertukar.. hahhaaa.. Sabtu ahad off day, isnin selasa aku apply AL, rabu khamis memang off day. Apa lagi.. aku akan berehat selama ENAM HARI laa... yahoooo!!

Pagi sabtu balik kampung.. Seb bek si milah adik ipar drive. Sebab aku hanya tidur 3 jam lebih pagi sabtu lepas sebab singgah kajang sahur bersama nenek kat kajang. Nenek dah balik Penang.

sempat bersahur bersama nenek aku a.k.a. moyang ilham

Lepas singgah sahur kat kajang, kami terus balik ke sungai besar. Fuuhh.. syoknya tidor dalam kete ada orang drive, hehehehe. Tengah sesedap tido dekat sejam, aku tersentak.. Skali jalan jammed lak tiba-tiba. Aduyaaaaii.. rupa-rupanya...

Ada orang kaum India tengah celebrate upacara keagamaan menghala ke kuil mereka di Tanjung Karang. Lepas tu, kami terus meluncur laju ke Sungai Besar. Here we go!!! Parit 3, Simpang Lima, Sungai Besar...!!

Padi dah dituai..

Cool beb!! hilang 'kesesakan' jammed KL.

Budak kecik 8 bulan ni suka naik motor dengan atuknya

Bila bukak puasa kat kampung.. Maka lauknya ofcoz syok tak terkata. Hehehe


Sebab ada sotong goreng tepung!! waaaahhh.. nyum nyum

Maaf, ini entry bergambar makanan yea. Sabor2 tau! eh, korang cuti dua hari tak komen pun. Penting ni komen kat ENTRY SPECIAL.

Labels: , , ,

06 August, 2011

Balik Kampung Sungai Besar

Aku off day dua hari ni.. Jom balik kampung!


Lama tak balik kampung dek jadual keje aku yang shif nih. Nak rileks tengok sawah padi lak..

Labels: ,

04 May, 2011

Kerepek Murah di Sungai Besar

Nak beli kerepek murah? nak beli kerepek secara borong? Rasanya sudah tentu sedap. Murah?! memang murah! Jom ke Sungai Besar! Bila aku balik kampung, memang singgah laaa beli kerepek nih. Apatah lagi bila balik kampung time awal bulan.. hehheee


RM3-5 sepeket pun ader..

Kerepek tester pun ada untuk dirasa dulu.. harusss laaa kan..

Kalau beli undle ni, kat kilang pun lagi murah.. lebih kurang je harga.. hehee

Jangan lupa, LOT 62, PEKET 60

Ofcoz murah!! (dari harga Kelumpo laaa..)
Tepi jalan aje. Tapi sentiasa penuh dengan orang.
Kalau balik kampung, ada cuti 3,4 hari camni laa jadinya...





Haaa... bagi sesiapa yang nak cari kerepek murah, pegi laaa ke sungai Besar. Macam2 ada.. kerepek pisang, ubi, pisang tanduk, manis, BBQ, entah macam2 lagi laah.. Bila time puasa nanti, kuih raya ofcoz murah kat kampung.. almond london RM11-13 aje... hehehee.. JOM JALAN-JALAN KE SUNGAI BESAR!

Labels: , ,

03 May, 2011

Kambing Golek Sungai Besar

Cuti hari minggu sempena Hari Buruh 2011, dapat aku balik kampung ke Sungai Besar. Dapat juga nak berehat dari kesibukan kotaraya yang penuh menyesakkan. Hurray!!

Aku balik pagi ahad dari Putrajaya dan terus ke kenduri sepupu wife di Parit 3, Sungai Besar. Majlis aqiqah anak keduanya. Dua ekor kambing ditumbangkan.. Satu masak kari satu lagi masak KAMBING PANGGANG a.k.a. KAMBING GOLEK. hehehehe

Teringat aku kisah aku yang hampir sama di TRAGEDI BERDARAH AKHIR TAHUN 2010



Pagi-pagi Isnin di kampung, memang amat menyegarkan.. amat mendamaikan.. fuuuhhhh....

Cahaya suria pagi di Sungai Besar
Ilham?? Mana ilham..? makin hari makin aktif anak sulungku ini. Dah pandai meniarap. Meniarap ke kiri dan ke kanan. Kekadang tidur awal, kekadang tidur lambat.. Penat daddy melayan karenah si kecik nih.. Tapi hilang penat daddy bekerja seharian bila melayan my ilham ni.. hehehe

Daddy penat driving dari Sungai Besar ke Putrajaya. jalan jammed sikit dari tanjung karang ke kapar.. wwooohhooooo.. nasib gerak awal sikit. Nak rehat dulu yea.. esok kerja!!!

Labels: , ,

01 May, 2011

Balik Sungai Besar Lagi.. | Selamat Hari Pekerja 2011

Hari ni ahad dan esok pun aku cuti. jadual dua minggu lepas agak memenatkan aku kerana terpaksa mengharungi jalan jammed sejam lebih pergi dan balik kerja setiap hari! huhuhu...


So, sempena hari pekerja 2011 ini aku nak berehat balik ke sungai besar.. rileks dan tenangkan minda... yeaaaaaa...

My ilham dari pagi dok berjaga. Tak sabar nak balik kampung kot.. heheehheee


lepas mandi, dok leka main dengan mainan dia... hehhee...
Masa untuk berehat!!! JOM BALIK KAMPUNG SUNGAI BESAR. Nak makan kambing golek lah!

Labels: , , ,

01 March, 2011

Pak Uda Bernikah dengan Fatimah?! |Selamat Pengantin Baru

Korang kenal Pak Uda?? Hujung minggu lepas aku berkesempatan untuk menghadiri pernikahan Pak Uda dengan pilihannya iaitu Fatimah

Antara hantaran dari pihak Pak Uda

Kipas ni kat Masjid Pasir Panjang
Haaaa... ni lah Pak Uda. Nama sebenar Rozie. Pangkat pak Uda laa dalam keluarga family wife Kid. Alhamdulillah, dengan dua kali lafaz, maka mereka sah bergelar pasangan suami-isteri.


Semoga pasangan Pak Uda-Imah akan berkekalan bahagia sepanjang hayat dikandung badan. ameeeen..


 My handsome Prince nak bagi pose special untul semua blogger... MMMmmmuuaaaahhhh!!

Labels: , ,

28 February, 2011

Bengang dengan Saman PDRM!!

Minggu lepas, balik kampung ke Sungai Besar. Ada kenduri nikah Pak Uda. Time weekend, ramai lak yang kecoh sibuk2 nak bayar saman. Kid pun skali laa nak sibukkan diri. hehehee. 
Jom pi bayar saman!!

Ramai pulak orang beratur kat Balai Polis Sabak Bernam
Kid terus bergegas ke Pejabat Pos yang hanya beratus meter dari Balai Polis tu. Haaa.. tak ramai orang..
Haaaa... kan? lengang je.


Selamat datang ke Pos Malaysia Sungai Besar!! Jangan tikam nombor lak nih.. hehhee


Kid setahun sekali kena saman speedtrap nih. 2008, 2009 boleh bayar dan dapat diskaun 50%. Tapi saman bulan 12, 2010 tak dapat diskaun 50 katanya.. alaaaa.. ntah bila laaa nak bayar. Memang harapan laaa kalau nak bayar Full. Dah laaa saman ekor speedtrap 60 / 90 kmsj.. cisssss....Memang tak puas hati sangat laaa kan..


Ha.... korang dah bayar saman?? Cara-cara nak bayar saman leh tengok SEMAK SAMAN

Labels: , , ,

28 January, 2011

Jom Basuh!!

Balik kampung hari tu, time musim menuai.
Apa lagi.. bersepah laaa tanah liat kat jalan raya.
Terpalit kena kat kereta. Nak basuh sendiri tak larat. haduuiiihhhhh.. tengok aje laaaa..

dah jadi macam kelabu..


tengok je laaa selutnya


kasi zoom sikit


Kasi cuci Enjin sekali..

Snow wash

Cuci Luar dan Dalam...
 
Bersih berkilat balik
Haaaaa... dah selesai masalah. Aku ni jenis malas nak basuh kereta dah. Masa awal2 dulu rajin la. Sekarang dah tujuh tahun, hurrmmm... ke kedai aje laaaa..


Korang basuh kereta / motor sendiri tak??

Labels: , , ,

04 January, 2011

Tragedi Berdarah di Akhir Tahun 2010

Dah masuk ke tahun baru 2010...
Aku agak busy kebelakangan ni.. menguruskan hal yang penting bagiku.. tapi, yang tak dapat aku lupakan adalah tragedi berdarah pada hari terakhir tahun 2010..



bagaimana tragedi berdarah ni berlaku???
Macam ni ceritanya...
mula mula pak mertua aku suruh ambik kambing kat sekendi, sabak bernam.. maka aku pegi laa dengan pak sedara aku naik kereta Wira. Lalu ditangkap kambing tersebut, diikat dan di masukkan dalam guni dan diletakkan dalam bekas. Seat belakang diturunkan..

Inilah kambing tersebut: bernilai RM700
Lepas tu, ditambat di tepi rumah

Lepas solat jumaat, kambing siap sedia untuk disembelih..

Dan aku wakilkan Pak Uda untuk menyembelih kambing..


Dan bermulalah tragedi berdarah. Semasa kambing disembelih, aku yang memegang bahagian kepala kambing.. terkena pancutan darah yang deras mengalir. Terasa panas kejap bila darah menyembur ke lengan aku, tapi kambing tak ku lepaskan..

Kambing digantung untuk proses


Kulit di siat, dilapah
 
Proses keluarkan organ dalaman

Semua organ dalaman selamat dikeluarkan

Proses memotong daging
Semuanya dilakukan dengan cepat dan pantas. Dapat laaa dua talam untuk kambing nih. Seterusnya menjadi... KARI KAMBING!!!!

Gambar dari kamera hazmanfadzil.com
Haaaa... itulah tragedi berdarah untuk aku pada tahun 2010. Aku mengadakan majlis aqiqah untuk anak lelaki aku di Sungai Besar. Memang pengalaman aku laaa kan depan mata.. pegang kambing.. dan kena darah kambing.. Tapi, macam abang aku cakap, kari kambing ni tak peningkan kepala... Sedap lagi ada laaaaaa... :)

Alhamdulillah... selesai sudah majlis aqiqah...

Labels: , , , ,