This Page

has been moved to new address

Terima Kasih Semua

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Terima Kasih Semua

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

22 November, 2010

Terima Kasih Semua

22/11/2010

Hari ni Ilham dah masuk 4 hari.
Hari ni Ilham jumpa doktor kat UMRA.
Doktor nak check jahitan mummy.

Dalam pukul 9 pagi Ilham singgah dekat tempat kerja mummy. Mummy nak bagi surat cuti bersalin. Bila Ilham sampai je, kawan-kawan mummy terus jumpa Ilham. Ilham tengah syok tidor. Sempat kawan-kawan mummy ambik gambar dengan Ilham. Aunty Wani, Aunty Aza, Aunty Aida, Aunty Liza dan Aunty Niza seronok jumpa Ilham. :)

Ilham pegi jumpa doktor kat UMRA. Dia kata ada kuning sikit tapi tak kuat laa. Ilham kena minum susu mummy, baru sihat dan kuat. Mummy pun ok, doktor bagi ubat sikit. Lepas tu, Opah Minah dan tokwan fadzil antar ke rumah Atuk Mail dan Tok Kam. Mummy nak berpantang kat sungai besar. Lagi 40 hari je..


Daddy pulak sedih.. sebab daddy kena tinggal sorang-sorang. Daddy kena kerja. Daddy kena buat kerja rumah sorang-sorang. (tapi daddy nak main futsal..hehehe). Daddy kena study lagi, nanti ada exam hujung bulan 12.

Mummy operation, mummy kena makan ikan haruan. Tokwan fadzil cari kat kajang, dapat laa 2 ekor. RM20 tu.... tapi, takpe laah. untuk mummy cepat sihat kan?


Daddy dah daftarkan nama Ilham semalam. Nasib kat JPN Putrajaya bukak hari Ahad. Daddy dah bubuh nama secara rasminya.. :)


MUHAMMAD NIZARUL ILHAM BIN HISYAMUDIN
[{Yang terpuji ; Yang memerintah ; (memberi) ilham; } anak lelaki (Kemurahan Agama)]


Daddy dan Mummy nikah pada bulan Zulhijjah.
Ilham lahir pada bulan Zulhijjah.
Daddy 17, Ilham 18, Mummy 19. Ilham kat tengah-tengah.
:)

Ilham nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Allah swt, Opah Minah, Tokwan Fadzil, Atuk Mail, Tok Kam, adik beradik mummy dan daddy, doktor-doktor di UMRA Shah Alam, nurse2, pelatih2 MASTERSKILL, kawan-kawan mummy dan daddy yang jauh dan dekat, di dalam ataupun diluar negara, secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih atas segala doa dan ucapan untuk Ilham, Mummy and Daddy.. Jazakallahu Khairan Kathira. God bless u all.

Kau ilhamku... kau ilhamkuuuu.... :)

Labels: ,

10 Comments:

Anonymous hazman aka species1980 said...

Bagus juga la JPN Putrajaya tu buka on daily basis.... memang membantu orang ramai dan rakyat malaysia secara amnya....

Monday, November 22, 2010 2:37:00 PM  
Anonymous Kancilbiru said...

owh kawan KB pun ada nama ilham..selalu org dok nyanyi2 nama dia...hehee

Monday, November 22, 2010 2:47:00 PM  
Blogger KiD said...

yup abg man.. esok nak gi amik mykid lak.. :)

kancilbiru : dia sekarang memang jadi ilhamku.. :)

Monday, November 22, 2010 2:55:00 PM  
Blogger Ainul said...

sedap nama baby..anak sedara nama ilham rania.
baby kena jundice ye.ainul dl bg sengkuang cina.Alhamdulillah turun cepat.ainul dl pun czer.ckp kt wife rajin2 la pakai bengkung.bagus sgt.

Tuesday, November 23, 2010 8:27:00 AM  
Blogger aima in luv said...

haha,, daddy sedih2 pulak...
tahniah ya dapat baby.. comel
nama pon sedap ^_^

Tuesday, November 23, 2010 8:54:00 AM  
Blogger KiD said...

tq ainul.. kuningn di tahap awal2 je lagi. sengkuang cina ek.. nanti akan di carik..

Tuesday, November 23, 2010 9:15:00 AM  
Blogger KiD said...

tq aima..
tiba2 dapat ilham nak nama tu.. hehehe

Tuesday, November 23, 2010 9:16:00 AM  
Blogger dhiyaz86 a.k.a mardhiyyah said...

ololo...cian daddy ye...tnggu thn dpn che wa bg kwn kt ilham ye.. hihihi...

Tuesday, November 23, 2010 10:35:00 AM  
Blogger suhaila said...

Tahniah for your new born..Ilham comel sgt..

Tuesday, November 23, 2010 6:10:00 PM  
Blogger KiD said...

tq su.. :)

Tuesday, November 23, 2010 11:59:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home