This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

04 July, 2011

Laman Web Disekat SKMM Boleh Diakses Semula!

Kecoh dulu bila SKMM umumkan nak sekat 10 laman web di Malaysia yang menyebabkan polemik hangat di negara kita. Di dalam berita nya.. di dalam suratkhabar nya.. di blog masing-masing nya.. Cuma yang tahu ni, hanya senyap saje. Aku tau, ader korang yang nak SEO, ader yang nak tanya pendapat, ada yang saje nak kecohkan keadaan.. dan ade jugak yang MENIPU.. ooopppss...


Dan kisah ini ditenggelamkan oleh kisah sekat BERSIH 2.0 yang akan berlangsung Sabtu ni. Woohhooo.. aku kena gi keje awal-awal, mesti sekatan jalanraya dari Sg besi ke Jalan Istana tu.. camner nak gi keje nih? hehehe. Orait, korang tau kan sepuluh laman web yang disekat tu. alaaa.. korang google aje laa. takpun korang pun dah buat entry pasal tu.. hehehee

Ni entry baru lagi.. sebab aku baru je masuk.. Cer tengok.. cer tengok... (yang lain tu, korang bukak laa sendiri)

MEGAUPLOAD
FILES TUBE
FILE SERVE

MEGAVIDEO
Korang dah bukak ke? aku baru pertama kali bukak benda ni. Bukannya aku guna pun menda nih. hahahaa..Cuma yang aku nampak disini. SEKATAN dari SKMM yang dicanangkan itu, masih boleh ditembusi. Dari awal kewujudan Anonymous yang tenggelamkan kisah kartun Malaysia yang menghina hukum Islam, aku memang tidak percaya benda ni.

Kalau dah hackers laa katakan.. Benda macam ni, takkan laa diorang tak leh tembus sekatan. Aku cili-cili padi ni pun boleh bukak web-web tu ape. Kalau nak tau lain-lain, leh tanya BEAN MORENO pasal hack sebab dia suka gul-gula HACKS. hehehehe.. Propa saper laa punya keje nih. huhuhu. Dah laaa, baik korang wat citer isu semasa lain. Aku nak BERSIHkan kereta aku laa khamis ni. Lama tak basuh.. hehehhe

p/s: nak bukak laman web yang disekat tu, mesti laa ada caranya kan? Propa.. propa...

Labels: , , , ,

01 July, 2011

Jom Bowling dan Menang RM100

Mula-mula macam malas nak masuk. tetapi hati bagaikan terpanggil-panggil. Kelab Rukun tetangga tempat rumah aku ada buat lawan bowling. masuk RM10 aje..


Tapi hadiahnya... (ada sponsor laa tu)

Aku nak masuk! aku nak masuk!!adakah sejarah dua tahun lepas berulang kembali. Hingga ada pakcik2 jeles dengan aku. hehehehe.. i'm sorry.. aku main sehabis baik! alang-alang menyeluk pekasam biar sampai dapat hadiahnya.. hahahaaha

Gambar 7 may 2009
Aduuuhhh.. ada lima hari lagi.. nak buat stamina dan polish skill balik.. steadyyy.. doakan aku berjaya!!! RM100 tu je.. :)

Labels: , , ,

14 April, 2011

Penangan Pilihanraya di Sarawak 2011 Streamyx Down

Pilihanraya Sarawak 2011 menyaksikan pelbagai kisah dan kempen di kalangan calon-calon dari parti pembangkang dan kerajaan. Sungguh hebat penangan pilihanraya Sarawak 2011 kali ini. Aku baru balik dari kerja. Banyak call, masalah dari Sarawak! Sampai dah terasa sakit tekak jawab call tak tak henti-henti.

Sekadar gambar dari google

Masalah telah dikenalpasti, terdapat gangguan di Sarawak. Aku sebagai pengguna streamyx dan juga CSR streamyx agak mengeluh, kerana beberapa laman web "ada masalah untuk diakses". Kenapa laman web http://www.malaysiakini.com tidak dapat diakses sejak beberapa hari lalu??? Dan ini menyebabkan aduan yang begitu banyak dari pengguna. Siapa yang mempunyai kuasa dalam hal ini? Serangan siber? huh...


Nak tau?? kita dengar apa kata MB Selangor di >>SINI<<


p/s: Maaf, penulis tidak memihak kepada mana-mana pihak. Cuma pendapat peribadi. Sila buat kajian anda sendiri...

Labels: , ,