This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

16 August, 2011

Kenapa ramai berbuka puasa di Bangi?

Kenapa ramai berbuka puasa di Bangi? Dan juga Kajang. Sebab ramai blogger tinggal di bangi.. atau kat bangi banyak pilihan kedai berbuka puasa? Buffet ramadhan di bangi yang murah menyebabkan ramai yang mencarinya dan nak mencubanya.

Rasanya sebab ramai nak cari buffet berbuka puasa murah di bangi. Ni pun tips SEO. penggunaan perkataan anda mesti jelas, terang dan nyata. Elakkan guna shortform. Sekali sekalai boleh laa.. tapi jangan setiap entry nak buat shortfom nanti enjin pencarian tidak dapat mencari dengan betul. Skema tak ayat aku ini?

Sekian, terima kasih. Aku nak rehat jap yea..

Labels: , ,

12 August, 2011

RM27 Buffet Berbuka Puasa | Rimba Klasik Bangi

Semalam hari kesebelas berpuasa, aku ada jemputan berbuka puasa di bangi. Seperti tahun-tahun lepas officemate my Sha akan buat majlis berbuka puasa bersama-sama. So, aku join aje ler bukak posa orang gomen nih. BKJ, Kementerian Kesihatan, Putrajaya. hehehhee

Orait, kali ini lokasi baru dipilih dengan acara buffet di RIMBA KLASIK, Seksyen 10 Bangi. Blogger-blogger yang duduk disekitar bangi mesti tau meh.. Restorannya terletak antara SOHO dan Shell. Sebelum ni aku pernah makan di SOHO, YANKIES HUT dan VILLAGE VIEW. Jom kita terjah ke RIMBA KLASIK...

Pintu Masuk Utama

My Sha, My ilham and adik ipar si Milah

Ruangan Buffet

Ikan dan sayuran

Kuih, bubur dan sup

Lauk pauk

Buah-buahan dan air

Meja dah di booking

Antara decoration restoran

Ini aku punya

Ni my Sha punya

Ni adik ipar Milah punya

ni pun adik ipar punya

Amboi amboi.. sayang yea...
Aku bersama Pasa Ramadhani, Azie, my ilham dan my Sha
Haaaa.. itulah dia serba sedikit review dari aku mengenai buffet berbuka puasa di RIMBA KLASIK, Seksyen 10, Bangi ini. Makanan memang sedap! Harganya memang murah iaitu RM27 seorang. lokasi mudah dicari. Cuma satu aje.. Buffet buka puasa ni tak ditambah macam hotel. Mana lauk yang ada, itu aje laaa. Tapi banyak dowh.. ada 40 jenis lauk dan kuih-kuih untuk berbuka. Memang dah berbaloi dengan harganya laaa..


Orait, kepada yang nak try berbuka puasa di RIMBA KLASIK ini, boleh laa yea sebab aku kasi 3.75/5 bintang bagi restoran jenis ni.

Jangan segan segan-segan Share FB, Retweet dan yang penting sekali KLIK BUTTON  tapi bukan kat sini, kat button di bawaaaahhh skali setiap habisnya entry post di blog nih.

Labels: , , ,

27 July, 2011

Steak Unta Di Austin Steak House

Dah lama aku mengidam dan mencari ni. Aku selaku penggemar makan-makan (tak laaa sehebat HAZMANFADZIL.COM) dah lama nak makan daging unta. Bulan posa dah brape banyak kali, tapi murtabak unta tak jumpa-jumpa.. Sekeping katanya RM25 tapi tak jumpa. Biasa laaa.. nak rasa sikit. heheheehe


Camel Steak (Stik Unta) dekat RM35. Aku harap berbaloi laa bila rasa nanti. Amacam? Ahad ni OFF.. hik hik hik.. Aku dah makan belut, landak, rusa, arnab, itik, ostrich dan beberapa lagi. Cuma target selepas ini adalah aku nak makan daging kuda. Amacam?? Ada bran nak join?? Asalkan halal, aku Bismillah.. :)


CikLily enggak mau join? cer cari.. cer cari... dekat dengan sg ramal dalam dan seksyen 7 kalau tengok peta tu. Ni, aku dapat dari brochure post box umah aku.. hehhehee.. Jom bangi bangi ahad ni...!!!

Labels: , ,

07 February, 2011

Ingatkan hazmanfadzil.com nak Kawin.. Tapi.. | Ayam Penyet Terbaik di Bangi

Kebetulan aku cuti hari ahad. Dan masing-masing ahli keluarga free. Semua dapat berkumpul. yea.. abangku HAZMAN nak open table. Ingatkan nak buat "announcement" penting tapi katanya saje blanje2 makan sambut belated besday mak 2/2 lepas..

Mula-mula nak makan Nasi Beriani Gam ANJE tapi kedai tutup jadi kami pilih second option iaitu AYAM PENYET, SEKSYEN 15 BANGI. So, jom check it out!!

Masing-masing dah lapar

Yang ni pun lapar.. lapar susu.. hehehe

kami aje yang conquer kedai

Minuman yang menyegarkan
Air Peach aku punya!!!
Set Ayam penyet dan Lele Penyet

Ayam. Ikan Keli, ulam, sambal, tempe, tauhu

Adik adik aku dan adik ipar pun ada

Inilah hasilnya dari pinggan aku. Macam mana boleh licin lak nih? hahahha

Aku dah kali kedua makan kat situ.dulu masa bujang ada port kedai Ameer Ali dekat2 situ. Memang port mapley laaaa tengok bola. hahahaaha.. Anyway, thanks so much kat my BROTHER sebab belanja makan2 nih. Ingatkan nak Buat Pengumuman Kawin tapi.... Makan2 je.. hehehe

Okaylah... kenyang lagi.. sebelum ni Pot Luck CNY... 

AKU KENYANG LAGI!!!

Hai.. Saye ilham.. Daddy saye sudah kenyang!!! heheehee

Labels: , , ,

20 January, 2011

Bangi Kopitiam | Roti Portugis Sedap!

Bangi Kopitiam Seksyen 9 Bangi.


Aku ader pegi ke situ kelmarin. Breakfast dengan manager a.k.a. Mr Jai. Lepak-lepak sambil citer pasal keje masing2. Haaaa.. kalau nak tau pasal TADIKA INSAN KAMIL dan nak buat FRANCAIS TADIKA, korang boleh ke WEB ni..


Tapi aku nak citer pasal breakfast kat situ. Di pagi yang lapar, aku pilih


Roti Bakar Portugis dan Teh Tarik gelas besar!!!

Sedap tu weh... roti spesel bakar pastu ada marjerin dan kaya kat tengah. Harganya RM4.20 tak silap aku. berbaloi beb!! kenyang aku sampai tengahari. Lagi lagi kalau orang belanje. thanks Jai. 

Suasana kat situ memang rileks time pagi-pagi. Sesuai untuk bos-bos dan kuli2 melepak bekpes. lepak sampai 2 jam pun takpe.. ekekkeeke. Aku suka 'motto' nya.. OUR LIFE, OUR CULTURE..


Setahu aku laaa kan, Kedai ni adalah kepunyaan / share KID SEARCH. Tengok ajelah hiasan dalaman kedai nih. gambar kid pun ader. So, kedai ni jadi kedai aku laaa.. sebab aku pun KID jugak... hahahahaa.. Anyway, Bangi Kopitiam ni rasanya banyak cawangan, tapi aku suka lepak kat sini kekadang. Time malam lagi laaa penuh. Balik main futsal masa muda2 dulu pun, nak singgah tak jadi.. sebab ramai orang. Bisnes ok laaaa tu.. Makan minum sedap.. :)


Okay, kalau korang ke Bangi, singgah laaa kat Bangi Kopitiam nih.. Seksyen 9. Dekat dengan Hospital Az Zahrah Bangi.

Labels: , , , ,

Tadika Insan Kamil Bangi | Terbaik untuk Anak Anda | Francais Tadika

Semalam aku breakfast+lunch dengan member aku a.k.a. Manager, Mr Jailani. Waaahh.. dah lama tak jumpa macam2 laa cerita pasal kerja masing-masing. hehehee.. Sambil pekena roti bakar dengan teh tarik, dua  jam aku borak2 dengan Mr Jai. Dekat mana? Dekat Bangi Kopitiam, Bangi... nanti aku post entry pasal bangi Kopitiam eh..


Ok, ak dijadikan cerita, Mr Jai adalah di bawah MASTER REACH NETWORK SDN BHD. Officenya di Bangi dan Taman Desa. Tapi sekarang tengah jalankan projek Tadika di bangi. Namanya TADIKA INSAN KAMIL. Haaaaa.. sesuai dengan islamiknya tadika untuk anak-anak berumur 4-6 tahun.

Jom usha kat situ..






Dan juga kepada sesiapa yang ingin membuka tadika, ada juga disediakan francais. Mungkin di kawasan anda belum lagi ada tadika yang terbaik untuk anak-anak kecil, inilah masanya untuk anda hubungi Tadika Insan Kamil.

Peta ke tadika tu anda boleh tengok kat SINI.
Dan anda boleh terus hubungi Mr Jailani untuk maklumat lanjut.

MR JAILANI
Office : +603 79824929
H/P : 012 9449486 (Jailani)
012-2450269 (Rashid)
019-3731749 ( Pn Nurul )
email : info@tadikainsankamil.com


p/s: masa tadika dah ada belajar pakai PC.. fuuuhhhh

Labels: , , , ,