This Page

has been moved to new address

Be My Valentine | Pesanan Umat Islam

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Be My Valentine | Pesanan Umat Islam

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

10 February, 2011

Be My Valentine | Pesanan Umat Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak mencetuskan pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau sambutan hari kekasih beberapa hari lagi.


"  Yang itu kita kena tahu nak buat macam mana, nak pergi kawal macam mana. Sat lagi pi berkatok, bergaduh dengan orang, (jadi kes) polis pula...

" Jadi dah jadi langgar peraturan,"   katanya ketika ditanya sama ada beliau menyokong cadangan Pemuda PAS itu.

Ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa tempatan di negeri Pakatan Rakyat diarah bekerjasama dengan polis dan rela bagi menghadapi hari kekasih.

Katanya, dewan itu sendiri bersedia bekerjasama dengan jabatan agama di negeri-negeri untuk "gaya hidup yang tidak sihat" dapat dibendung.

Pada sidang media selepas mempengerusikan Wacana Dakwah melalui penyiaran di Putrajaya petang tadi, Jamil Khir berkata sambutan itu bukan amalam Islam.

Bagaimanapun, katanya, umat Islam sendiri mestilah mempunyai programnya sendiri sebagai alternatif kepada sambutan setiap 14 Februari itu.



Sebagai contoh, katanya, esok Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan forum dan pelancaran kempen "anti hari Valentine" di Putrajaya.

"Maknanya kita kena ajak orang ramai supaya fahami bahawa itu (hari kekasih) budaya asing," katanya.

Sementara itu, Jakim juga mengedarkan kenyataannya kepada media dengan memetik kembali pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005 amalan merayakan hari kekasih tidak pernah dianjurkan Islam.

"Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," kata pegawai perhubungan awam Jakim Asiah Alkharib Shah, memetik keputusan muzakarah majlis itu.


sumber: malaysiakini

Kepada umat Islam, Kid ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan mesej "kempen anti Valentine". Moga kita tidak terpesong. Banyak lagi perayaan yang boleh kita sambut. :)

TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA!!!!

Labels: , ,

10 Comments:

Anonymous Anonymous said...

sambut hari kekasih ari2 boley..??

Thursday, February 10, 2011 9:37:00 PM  
Anonymous Haw said...

camner nak tunjuk sokong?.. apa yg elok semua kita sokong.. yg tak elok kita bantah.. alang2 nak buat, nape tak buat bantah dedah aurat.. budaya asing gak tuh!

Thursday, February 10, 2011 10:19:00 PM  
Blogger wanacesh said...

aku rs Haw nak smbut hari valentine,,mgkn nti awek dia mrajuk kot klo x smbut,,kah3,,

bgi aku bgus buat program maulid rasul je,,pastu jgnla asik ceramah je,,mna la bdk2 nk join,,buatla mcm menarik sket contest ke,pastu kalo der perarakan selawat,,kasila milo free ke,,nh blik2 org tua je join

Jom Kepung Dia!

Friday, February 11, 2011 5:43:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

miss_neeya: hari2 hari kekasih..?? kawinn terus je.. hehehe

Friday, February 11, 2011 10:45:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

haw: kempen bantah dedah aurat pun kita sokong!! :)

Friday, February 11, 2011 10:47:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

wanacesh: haa'aahh.. bagus jugak idea hang.. leh tarik semua perin gkat umur.. :)

Friday, February 11, 2011 10:48:00 AM  
Blogger grOundnUt said...

hahahaha...nak kene tunggu hari valentine ke??alaa..hari² pon boleh bercinta kann??ekekeke...^^'

Friday, February 11, 2011 3:26:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

groundnut: bencinta pun boley.. hahahaha

Saturday, February 12, 2011 10:44:00 AM  
Blogger ChAzStYlo said...

singgah2 la ye ^^
http://chazstylo.blogspot.com/

Sunday, February 13, 2011 9:44:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

jom singgah2 semuaaa...

Sunday, February 13, 2011 7:07:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home