This Page

has been moved to new address

Ibu Jual Anak kepada Mat Karpet Pakistan sebab Tak Mampu Bayar Hutang!!

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Ibu Jual Anak kepada Mat Karpet Pakistan sebab Tak Mampu Bayar Hutang!!

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

03 February, 2011

Ibu Jual Anak kepada Mat Karpet Pakistan sebab Tak Mampu Bayar Hutang!!

“Disebabkan ibu tak mampu membayar hutang karpet kira-kira RM3,000, saya terpaksa berkahwin dengan lelaki Pakistan yang menjual permaidani itu untuk melangsaikan hutang.
“Namun, selepas berkahwin pada Mac lalu, baru saya tahu dia tidak jujur kerana selepas enam bulan, suami meninggalkan saya tanpa khabar berita,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hashimah, 29.





Dia yang kesal berkahwin dengan Mat Karpet itu berkata, semuanya bermula selepas ibunya membeli empat helai karpet daripada lelaki asing itu, tiga tahun lalu.
“Ibu saya beli secara bayaran ansuran RM30 sebulan, itu pun jika ada duit. Malangnya, ibu gagal membayar ansuran selama dua tahun sehingga bunga semakin meningkat.

“Lelaki terbabit meminta ibu menjelaskan hutangnya. Apabila ibu memberitahu dia tak ada duit, lelaki itu minta dikahwinkan dengan saya sebagai syarat untuk melangsaikan semua hutang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kuala Kedah, di sini, semalam.


Hashimah berkata, kerana tiada pilihan selain bimbang nasib keluarganya terancam dia hanya mengikut kata-kata lelaki itu dan keluarganya.


Menurutnya, majlis pernikahannya diadakan secara kecil-kecilan dengan dihadiri saudara-maranya serta beberapa rakan lelaki itu.

“Majlis kenduri termasuk akad nikah diadakan di rumah saya dan ia dibuat secara kecil-kecilan,” katanya.

Menurutnya, pada awal perkahwinan tiada apa berlaku, tetapi selepas enam bulan, baru dia tahu yang suaminya mengaut keuntungan berlipat kali ganda hasil perniagaan karpet.

“Dia beli sehelai karpet daripada rakannya RM65, tetapi menjualnya kepada orang kampung sehingga RM400 dengan mendakwa ia berkualiti selain sukar didapati di negeri ini. “Saya anggap ibu dan ramai penduduk kampung yang membeli karpet daripada suami saya tertipu,” katanya.


Hashimah yang bekerja di sebuah pasar mini, dekat sini, berkata sejak itu dia mula meragui suaminya, malah mendakwa penjual karpet dari Pakistan datang ke negara ini hanya untuk berkahwin dengan gadis tempatan sebelum meninggalkan mereka.


“Apa yang berlaku ke atas saya mengaibkan, namun saya sedia mendedahkan untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengalami nasib sama,” katanya.


Sementara itu, Harian Metro turut menemubual seorang Mat Karpet warga Pakistan di Jitra yang ketika itu rancak menjual permaidani kepada penduduk di Kampung Padang Sera, di sini.


Mat Karpet yang dikenali sebagai Bakti, 47, itu berkata, dia sudah lama menjual karpet di bandar ini, Jitra dan Perlis dengan menunggang motosikal sendirian sejak 20 tahun lalu sehingga mendapat taraf kerakyatan negara ini.


Katanya, karpet yang dijualnya itu buatan China yang dijual RM300 hingga RM500 sehelai dan pelanggan akan membayar ansuran RM30 hingga RM40 sebulan kerana tidak berkemampuan.


“Ada juga pelanggan tidak membayar ansuran bulanan, tetapi saya kasihan kerana ramai antara mereka orang susah.


“Ramai juga rakan saya yang menjual karpet berkahwin dengan gadis tempatan kerana ibu bapa mereka tidak mampu membayar hutang dan itu cara untuk melangsaikan hutang,” katanya yang mengakui lebih 10 rakannya menjalankan kegiatan menjual karpet di negeri itu.


Bakti mengakui harga sebenar karpet dijualnya jauh lebih murah, tetapi disebabkan mahu mengambil untung dan kos pengangkutan dia menjualnya pada harga tinggi.


Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail mengesahkan menerima lebih 20 aduan penduduk tempatan yang tidak puas hati dengan peniaga karpet, kebanyakannya rakyat Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.


“Bagaimanapun, kes membabitkan peniaga karpet dari Pakistan yang dikesan bernikah dengan gadis tempatan hanya dua iaitu di Kulim dan Kuala Kedah,” katanya.


Yusoff berkata, lelaki warga asing terbabit kebiasaannya menjual karpet pada harga dua kali ganda lebih mahal berbanding harga pasaran walaupun tidak bermutu tinggi.


“Biasanya, mereka akan memujuk pelanggan supaya membeli karpet dan boleh membuat bayaran secara ansuran serendah RM20 setiap bulan.


“Kes ini kebanyakannya dikesan di luar bandar membabitkan pembeli yang tidak mampu membeli secara tunai. Apabila mereka gagal melunaskan hutang, Mat Karpet memberi pilihan supaya dikahwinkan dengan anak gadis mereka dan semua hutang termasuk bunga yang tinggi dikira selesai,” katanya.


-sumber: harianmetro- 

ADOOOIII.. MACAM MACAM LAAA SEKARANG NIH.. YANG MAK DIA PI HUTANG CARPET TAK BAYAQ PASAI APA? SIAN KAT ANAK, JUAL KAT MAT CARPET.. PENGAJARAN NI TAU!!!
SAYANGI ANAK ANDA.. SAYANGI CARPET ANDA.. TAKDA CARPET PUN TAKPA, PAKAI TIKAR BULUH ATAU TIKAR GETAH PUN JADI.. -kid-

Labels: , ,

10 Comments:

Anonymous Cik Norfa said...

itu la mentaliti orang kita...bila tengok ansuran serendah rm20 sebulan, terus je sambar barang tu walaupun harganya mahal giler...

tak pikir kesan jangka panjang. kalau karpet2 camtu takde mahal dia nak jual der...bukan kena sewa tapak kedai kat KLCC pun nak jual mahal2...

aku harap anak2 sedarkanlah mak-mak yang rambang mata tengok karpet2 ni.bukan karpet je...tu yg jual kain ela skali. dorang ni pandai mengayat okey! minta dijauhkan lah....

Thursday, February 03, 2011 10:18:00 AM  
Blogger Tulus Sweet said...

rumah takde karpet!haha.selamat aku..hehe

Thursday, February 03, 2011 10:36:00 AM  
Blogger ct echa said...

mak aih..xnakkkk!!! x sangguupppppp~~~

Thursday, February 03, 2011 10:37:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

cik norfa: yea laaa kan.. RM20 sebulan, satu hari tak dapat bayar, kasi bunga naik.. sampai anak tergadai.. sampai ada jugak diri tergadai.. hmmm.. kid pun pakai tikai mengkuang je.. hehehe

Thursday, February 03, 2011 10:48:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

tulus sweet: takde karpet?? sama laaa kita... hehehe

Thursday, February 03, 2011 10:49:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

echa: tak sanggup takpe.. sebar2 bgtau kat orang2 kampung.. fuuuhhh.. mat karpet tuuu..

Thursday, February 03, 2011 10:50:00 AM  
Blogger Pencari Qurratuaini said...

yg dah besar pun dah dbg kt org..lain lagi yg masih kcik dibuang je... jom join contest kempen tak nak buang bayi

http://myqurratuaini.blogspot.com/2011/02/contest-kempen-tak-nak-buang-bayi.html

Thursday, February 03, 2011 12:04:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

syah: jom join gak!!!

Thursday, February 03, 2011 12:29:00 PM  
Blogger Unknown said...

lepas ni saya mau jadi taukeh karpet..jual karpet...boleh kaya cepat

bestlah mak dan ayah kamu dah pencen..boleh berehat dan gi jejalan..aisey man hari tu gi penjara kajang tak jumpalah pulak

Thursday, February 03, 2011 9:02:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

kak ina: jual karpet online pun boleh.. hehehee
mak ayah dah lama keje.. kasi rehat.. :)

Friday, February 04, 2011 11:36:00 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home