This Page

has been moved to new address

Kolam untuk Anjing Berenang??

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Kolam untuk Anjing Berenang??

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

10 June, 2011

Kolam untuk Anjing Berenang??

“Usahkan orang Melayu, kami yang bukan Islam juga tidak senang dengan pembinaan kolam renang anjing itu.
“Malah, jika kolam itu mula digunakan, pasti acara komuniti yang membabit penduduk terganggu berikutan kolam itu bersebelahan tempat riadah,” kata peniaga, Harban Singh a/l Tara Singh, 48, penduduk Beverly Height, di sini.


Menurutnya, penduduk tidak tahu apa alasan pihak berkuasa meluluskan pembinaan kolam itu sedangkan ia terletak di kawasan perumahan.
“Walaupun penduduk di sini berbilang kaum, kewujudan kolam renang anjing sesuatu yang pelik, tambahan pula didirikan di kawasan yang tidak kena lokasinya,” katanya.


Tinjauan Metroplus mendapati, kolam seluas 10 meter x 2 meter itu hampir siap sepenuhnya dan dijangka digunakan dalam masa terdekat.

Tinjauan juga mendapati kolam itu bersebelahan tempat riadah penduduk serta berdekatan kolam renang untuk orang awam.

Kontraktor, Mutalib Hassan, 45, berkata jika kolam itu digunakan anjing, ia dibimbangi mengganggu aktiviti riadah penduduk terutama yang beragama Islam selain air kolam itu yang tercemar dengan najis haiwan terbabit.

“Saya bimbang air dari kolam itu melimpah ke kawasan riadah serta ke kolam renang awam terutama jika pihak terbabit mahu menukarkan kandungan airnya yang tercemar dengan najis binatang itu,” katanya.
Mutalib berkata, selain masalah itu, dia juga memikirkan keselamatan kanak-kanak dan orang awam yang datang untuk beriadah dan melakukan barbeku.

“Jika setiap hari anjing dibenarkan berenang di kolam ini, pasti kanak-kanak tidak berani untuk berada di kawasan ini kerana bimbang dikejar binatang itu.

Berita selanjutnya dari sumber : HARIAN METRO

Labels: ,

3 Comments:

Blogger qasehraihan said...

eiiii mcm2 la ek..dh kalau sensitif xyah a buat..

mcm kes entry sy ni..jom baca..

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/boikot-je-la-konsert-final-af-tu.html

salam kenal..sy letak awk kat bloglist sy ni.hehe

Friday, June 10, 2011 7:21:00 AM  
Blogger MARIA LIZA said...

Kenala fikir sensitiviti semua orang...Memang pentingkan diri sendiri la orang yang buat kolam ni...

Friday, June 10, 2011 7:52:00 AM  
Blogger Unknown said...

kolam untuk anjing?perlu ke?menyusahkan org ramai je.dah la sebelah tmpat org riadah.

Friday, June 10, 2011 3:06:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home