This Page

has been moved to new address

Hati-Hati dengan TELUR anda!! | Saiz dan Rasanya

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Hati-Hati dengan TELUR anda!! | Saiz dan Rasanya

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

07 April, 2011

Hati-Hati dengan TELUR anda!! | Saiz dan Rasanya

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.



Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.


Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
- Bernama



KID: APE DAAA.. TELUR PUN NAK BIKIN PALSU.. BUAT LAA MINYAK PETROL PALSU KE.. JIMAT SIKIT MINYAK GI KEJE.. KEH KEH KEH...

p/s:  i tulen bang... ooucchhh...! ekekekee..

Labels: ,

16 Comments:

Blogger saya_arief said...

entah la..
bikin orang lain susah je.
sengal betol.

Thursday, April 07, 2011 10:58:00 AM  
Blogger beaty said...

napa la orang2 skg ni mau cipta benda makanan palsu

Thursday, April 07, 2011 11:00:00 AM  
Blogger KiD said...

saya_arief: kalo dapat telur kenduri kawin.. lagi haru...

Thursday, April 07, 2011 11:16:00 AM  
Blogger KiD said...

beaty: hurmmm.. tu laa china memang terkenal dengan tiru2 nih... (made in china)

Thursday, April 07, 2011 11:16:00 AM  
Blogger budak awam said...

oh tidak!
telur nih dah sampai kat malaysia ke?
sebelum ni aku ada baca pasal telur ni kat blog orang lain tapi masih belum lagi masuk pasaran malaysia..
nampaknya sekarang telah dijual di sini makanya kita sebagai warganegara perlulah berhati2 apabila membeli telur..
euw~

Thursday, April 07, 2011 11:35:00 AM  
Blogger dwaty said...

tidak mempunyai pusat telur tu maksudnya... kuning telur tu ker??? oh tidak... aku suka makan telur... masak apa2 pun ada telur... takut ni...

Thursday, April 07, 2011 11:44:00 AM  
Blogger KiD said...

budak awam: kid baru je goreng telur dadar.. hehehe

dwaty: kalau makan kat kedai.. macam mana ek telur diorang beli? aiyak!!

Thursday, April 07, 2011 11:59:00 AM  
Blogger a n a s t a s y e a said...

Bahaya betul telur tiruan nie !

anastasyea's latest post .. Tak reti ke nak parking kereta betul-betul sikit ?

Thursday, April 07, 2011 12:35:00 PM  
Blogger Haizul- antique said...

kalau aku dapat org yg buat telur 2.aku ambil telur dia .aku bagi yg palsu baru dia tau....

Thursday, April 07, 2011 3:28:00 PM  
Anonymous Kancilbiru said...

ee sampai rasa takut nak makan telur kan..

Thursday, April 07, 2011 8:36:00 PM  
Blogger Sharinginfoz said...

telur pun org tiru sekarang, macam2 betul

Thursday, April 07, 2011 9:51:00 PM  
Blogger adrenalina said...

alamak...saper lah yg xberhati perut jual telur palsu nih...ni mcm membunuh jugak lah

Thursday, April 07, 2011 10:03:00 PM  
Blogger KiD said...

ann: ofcoz laaaa.. bukan telur ada khasiat

haizul: hahhaaa... bagus idea bro!

Friday, April 08, 2011 8:28:00 AM  
Blogger KiD said...

KB: telur dadar, telur bungkus, telur bistik... adoooiiii

sharinginfoz: nak untung laa tu

adrenalina: memang pun.. siut je kan?

Friday, April 08, 2011 8:29:00 AM  
Anonymous hazman aka species1980 said...

adusss....lepas nie susah la nak makan lauk TELOR BUNGKOS dahhh...huhuhu

Friday, April 08, 2011 11:31:00 AM  
Blogger KiD said...

ape ape yang berkaitan dengan telur.. pasni kena hati2 laaa pulok!

Friday, April 08, 2011 12:07:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home