This Page

has been moved to new address

Berhari Raya di Penjara Kajang

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Berhari Raya di Penjara Kajang

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

17 November, 2010

Berhari Raya di Penjara Kajang

17/11/2010.. bersamaan 10 Zulhijjah 1431

Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban, Hari Raya Haji...
Apa-apapun istilahnya.. ia Hari Raya bagi kita semua umat Islam. Ibadah Qurban dilakukan diseluruh pelusuk dunia oleh umat Islam.

Tahun ni, sekali lagi aku dapat berkumpul dengan keluarga di Kajang. Kecuali laaa abang aku yang koje di MAS. Dan seperti biasa kami ke Masjid Penjara Kajang untuk solat sunat Aidiladha.. Tahun ni, adik aku a.k.a. Che' Mard dan hubbynya ambik bahagian dalam Qurban nih.

Lepas solat sunat, aku cabut balik jap nak mencekik.. hehehee... Korang tengok gambor je laaa ek.. penat nak citer.




Ada satu lembunya besor macam ni... tapi ni dari JAKIM punya daa...

Banduan-banduan pun ada join untuk menjayakan ibadah Qurban ni.. Alhamdulillah...

Ayah tengah plan nak jatuhkan lembu tu.. hehee

Adik ipar aku wakilkan sembelihan kepada tukang sembelih

Bismillahirrahmanirrahim....

Allahu Akbar!! Walillahilhamd..

Ni gaya Che' Mard memegang kaki lembunya... :p


Koje melapah pun bermula...

Yang penting, pisau kena tajam..


Gotong royong bersama-sama...

Time ni memang kena hati-hati. Jangan sampai pecah karung perutnya...

Bersama Ayah Cik Zaki a.k.a. hubby Che' Mard

Jantung lembu.. makan ke? hehehe

Hati Lembu..

Mak aku lak, nak try ekor lembu.. Leh buat sup ekor!!!

Susah dowh nak siat kat ekor lembu.. hehehe

Sesi pembahagian daging. Che' Mard dan suaminya sudah keletihan.. hehehe


Ngam-ngan je semua lembu dah sembelih.. Hujan pun turun dengan selebatnya..
Penatnyaaa... korang tengok je laaa gambar-gambar kat atas. Ada banyak lagi tapi aku choose yang ok untuk tatapan korang. Dah nak masuk kul 2petang, masing2 dah penat dan nak balik makan. Lapaaarr.. heheehe..

Oh yea.. ada seekor lembu yang terlepas dari ikatannya.. Rasanya kuat sangat lembu tu meronta-ronta.. Sampai masuk dewan makan kat masjid tu, lepas tu menonong lari. Nasib baik takde sape yang kena sondol dek lembu tu. hehehe

Cengginilah sambutan hari raya aidiladha untuk aku tahun ni...

Masjid Penjara Kajang

Labels: ,

3 Comments:

Blogger dhiyaz86 a.k.a mardhiyyah said...

oii..oii...orang sembelih binatang bukan sebut "bismillahirrahmanirahim" la.... orang sebut "bismillahiallahuakbar" la... hadoiii.....

Wednesday, November 17, 2010 10:12:00 PM  
Anonymous hazman aka species1980 said...

owwh..... gitu sebutan yang cik MAR..... btw kalau dapat sup ekor tue sure sodap tue....fresh meat..

Thursday, November 18, 2010 12:50:00 AM  
Blogger kak ina kl said...

semalam pun tgk org sembelih lembu ..seram tgk darah banyak tu

Thursday, November 18, 2010 11:36:00 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home