This Page

has been moved to new address

Polis kena Pukul | Parah Dibelasah

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Polis kena Pukul | Parah Dibelasah

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

11 January, 2011

Polis kena Pukul | Parah Dibelasah

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis parah di kepala selepas dibelasah menggunakan batang besi dan pedang samurai oleh sekumpulan kira-kira 10 lelaki berasal dari Sabah ketika mangsa melakukan siasatan terhadap seorang daripada suspek yang mencurigakan.
Dalam kejadian 5.30 petang kelmarin, mangsa yang berusia 32 tahun lari menyelamatkan diri bagi mendapatkan bantuan sejurus dikepung dan dibelasah kumpulan penjenayah terbabit yang disyaki bermaharajalela di kawasan Bukit Bintang, di sini.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menghantar teman wanitanya untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran kawasan itu.

Difahamkan mangsa yang menunggu teman wanitanya di luar klinik berkenaan bagaimanapun melihat seorang lelaki warga Myanmar bersama seorang lagi lelaki Sabah dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki Sabah terbabit memegang tiga telefon bimbit dan disyaki ada hubung kait dengan aktiviti jenayah samun. Susulan itu mangsa menghampiri suspek sebelum menunjukkan kad kuasa polis dan meminta kerjasama suspek untuk diperiksa.


“Bagaimanapun, suspek menjerit dan mencetuskan huru-hara dengan mendakwa mangsa polis palsu dan cuba merompaknya. Taktik terbabit sengaja dilakukan bagi membebaskan dirinya daripada diberkas,” katanya.


Menurutnya, pada masa sama, kira-kira 10 rakan suspek yang lengkap membawa batang besi, kayu dan pedang samurai muncul di tempat kejadian sebelum mengepung mangsa.

“Mereka menyerang mangsa beramai-ramai. Kejadian serangan nekad itu menyebabkan kepala mangsa cedera dan berlumuran darah.

“Mangsa yang berlumuran darah bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri apabila sebuah kereta peronda polis melalui kawasan terbabit sebelum mangsa menahannya bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Tiga anggota polis di dalam kereta peronda itu membantu mangsa dan membawanya semula ke tempat kejadian.


“Mangsa bagaimanapun berjaya mengecam seorang penyerangnya yang masih berlegar-legar di kawasan terbabit. Suspek yang memakai baju dan seluar putih menyedari kehadiran kereta peronda polis melarikan diri apabila cuba ditahan.


“Anggota polis mengejar suspek lebih 100 meter sebelum suspek diberkas ketika cuba menyembunyikan diri di dalam sebuah restoran di Jalan Nagasari, di sini,” katanya.


sumber : harian metro

hurmm.. macam macam kan.. Polis pun tak selamat dah. Malang tak berbau polis kena pukul. Takkan nak usung pistol 24 jam. Kesian polis kena pukul tu yea..

Labels: ,

4 Comments:

Blogger Mknace said...

:) :) :) terbaeekkk!!!!

Tuesday, January 11, 2011 5:55:00 AM  
Blogger Eyriqazz said...

Malaysia boleh..anything can happen in Malaysia...

Tuesday, January 11, 2011 10:19:00 AM  
Blogger KiD said...

Mknace: hahahahaaa

Tuesday, January 11, 2011 5:57:00 PM  
Blogger KiD said...

eyriqazz: Malaysia memang boleh!! macam2 boleh kan..

Tuesday, January 11, 2011 5:59:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home