This Page

has been moved to new address

Keputusan Penuh Kelantan vs Terengganu | FINAL Piala FA 2011 | Kelantan dapat CUTI

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Keputusan Penuh Kelantan vs Terengganu | FINAL Piala FA 2011 | Kelantan dapat CUTI

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

11 June, 2011

Keputusan Penuh Kelantan vs Terengganu | FINAL Piala FA 2011 | Kelantan dapat CUTI

Update LIVE: Keputusan TERKINI FINAL PIALA FA 2011 :  KELANTAN 1-1 TERENGGANU

Sudah menjadi hadiah buat Kelantan, diumumkan cuti umum pada Ahad 12 Jun 2011 sempena Kejayaan kelantan ke Final Piala FA 2011 malam ini. Perlawanan secara LIVE / langsung dari saluran ASTRO Arena 801 dan RTM 1 jam 8.45 malam.


Nantikan ulasan LIVE dan keputusan TERKINI dari blog shakiddo bagi mereka yang tak dapat tengok TV.  Mana satu pasukan anda? Skuad Kijang atau Skuad Penyu?

Perlawanan dimulakan selepas kedua-dua ketua pasukan Kelantan dan Terengganu membaca ikrar. Semua pemain memakai jersi yang mempunyai label INTEGRITI.

Min 10 - Terengganu mendapat peluang sepakan percuma di luar kotak penalti tetapi gagal menjaringkan gol

Min 20-  Terengganu mempunyai peluang untuk menjaringkan gol apabila berdepan dengan penjaga gol kelantan tetapi Khairul Fahmi menepis rembatan. Serangan bertali arus kedua belah pasukan dan permainan semakin rancak!

Min 23- Sharul idlan dijatuhkan diluar kotak penalti dan Kelantan mendapat sepakan percuma tetapi tersasar di atas palang.

Min30- Kedua-dua pasukan saling membalas serangan dan bola hanya berlegar di tengah padang

Min 40- Norshahrul idlan mempunyai peluang baik dengan rembatan kencang dari sebelah kiri gawang Terengganu tetapi ditepis umpama "spiderman" oleh sharbenee.

Min45- Masa tambahan 2 minit.


Tamat separuh masa pertama Kelantan 0-0 Terengganu

Minit 50- Sehingga kini, kedua-dua pasukan agak berhati-hati dengan sering serang balas.

Minit 51- Permainan terhenti seketika kerana terdapat lontaran mercun roket ke pintu gawang Terengganu.

Minit 60- Kedua-dua pasukan semakin kerap menyerang dan bertahan kubu masing-masing. Kekasaran semakin berlaku.

Minit 70- Permainan makin sengit dengan attacking dan defensive kedua pasukan yang sering berbalas. Terdapat seorang pemain terengganu cedera.

Minit 75- Statistik kad kuning : Terengganu 2-3 Kelantan

Minit 79- Nurul dari kelantan menjaringkan GOL PERTAMA!! larian dari tepi kiri padang..

Minit 85- Suasana semakin gamat dengan nyanyian sokongan dari penyokong Kelantan. Serangan-bertahan makin bertali arus dan serang menyerang antara kedua-dua pasukan.

Minit 90- Kelantan dan Terengganu melakukan pertukaran pemain. Tambahan masa 4 minit 

Minit 92- Peluang terbaik Terenggau di depan gol tetapi tandukan melantun terkena palang gol Kelantan 

Minit 95- Permainan masih diteruskan dengan Kelantan mendapat sepakan percuma di laur kotak penalti. Kelihatan seperti permaian dilengahkan. :) 

Minit 98 (masa tambahan)- Terengganu menjaringkan GOL.!! SERI 1-1 

Permainan  dilanjutkan ke Masa Tambahan : Kelantan 1-1 Terengganu 

Keadaan tertekan kepada Kelantan pula, meskipun ada penyokong Terengganu sudah meninggalkan Stadium. Keputusan / Result Terkini FINAL PIALA FA 2011 ; KELANTAN vs TERENGGANU akan diketahui selepas ini.

Permainan masa tambahan telah dimulakan.

Minit 95- Terengganu mendapat kad kuning ke-4 

Minit 100- Kelantan dan Terengganu saling serang menyerang serta bertahan di kubu masing-masing.


Minit 105- Keadaan seimbang. Masa tambahan kedua pula disambung semula.


Minit 108- Terengganu menjaringkan gol kedia dengan gol dalam kotak penalti! KELANTAN 1-2 TERENGGANU.

Minit 113- Kini laungan dan sokongan bergema dari penyokong Terenggau pula. 

Minit 119- Terengganu mendapat peluang sekali lagi di depan gol tetapi Khairul Fahmi dapat menyelamatkannya.

Minit-Minit terakhir menunjukkan Kelantan terpaksa akur dengan kemenangan Terengganu yang menang 2-1.


Apa-apa pun, Kelantan dapat cuti umum peristiwa pada 12 Jun 2011 (Ahad). Tahniah buat Juara PIALA FA 2011, TERENGGANU.!!!
 




Labels: , ,

5 Comments:

Blogger Mixhedryanson said...

Berebut remote tv.. susah betul..

Saturday, June 11, 2011 9:59:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

mixhedryanson: hehehee.. kita dah booking remote awal2

Saturday, June 11, 2011 10:15:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

tahniah buat Terengganu!!!

Saturday, June 11, 2011 11:59:00 PM  
Blogger Unknown said...

kelantan boooooo!!! hihi tak lah, adatlah permainan kan.

Monday, June 13, 2011 8:34:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

leyzajamil: guano mu nih.. penyu menang deh! ganu kite!! hehehe

Monday, June 13, 2011 8:49:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home