This Page

has been moved to new address

Event OREO DADDY DUNK di One Utama | Selamat Hari Bapa 2011

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Event OREO DADDY DUNK di One Utama | Selamat Hari Bapa 2011

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

28 June, 2011

Event OREO DADDY DUNK di One Utama | Selamat Hari Bapa 2011

48 hours Sponsored Post

Ahad lepas bersamaan 19 Jun 2011, merupakan sesuatu yang bermakna bagiku kerana merupakan tahun pertama aku menyambut Hari Bapa. OREO dengan segala hormatnya menjemput semua bapa bersama keluarga untuk meraikannya di One Utama pada hari tersebut. Aku tidak mahu lepaskan peluang untuk meraikannya bersama-sama. Pagi-pagi lagi anakku ilham macam tak sabar-sabar nak ke One Utama.
 
Aku, isteri dan ilham sampai di One Utama dalam jam 12.30tgh hari. Aku tengok agak ramai orang yang datang ke lokasi OREO DADDY DUNK itu. Sampainya di sana, seorang staff event OREO tu telah memberikan belon kepada my ilham dan ucapkan”HAPPY FATHER’S DAY” kepadaku. Waahh..  terharu rasanya.

Kemudian kami nak daftar untuk tebus Tshirt OREO DADDY DUNK tetapi  sebelum itu kena beli barangan biskut OREO sebanyak RM10 dan ke atas dan bawa resit ke kaunter. Seorang staff event OREO ini telah memberi sample biskut OREO untuk dirasa terlebih dahulu. Kemudian, my wife dan aku memilih 2 perisa Chocolate Cream dan 2 perisa Original.
 
Dan pada masa ni, MY BROTHER, blogger HAZMANFADZIL.COM pun sampai selepas tengok wayang. Kemudiannya aku dapat T-Shirt OREO DADDY DUNK. Yeay!!! Aku punya yang hujung sebelah kiri sekali.

Dalam masa tu jugak, tiba-tiba orang ramai berpusu ke pentas kerana ada beberapa games dijalankan. Dan yang best sekali sudah tentu ada AARON AZIZ! Haaaa.. tengok tu, ramai sedang menyerbu pentas.


Dalam pada masa itu, ternampak juga blogger-blogger lain iaitu EYRIQAZZ dan KAK INA KL. Sempat jugak laaa kami berposing bergambar kenangan bersama. Adik perempuan aku yang juga blogger DHIYAZ86 pun sampai dan jenguk my ilham.
Blogger Eyriqazz, hazmanfadzil, shakiddo, kak ina kl
Blogger Dhiyaz86
Selain tu, di OREO ada mempromosikan OREO MILKSHAKE untuk pengunjung di event ini . Sedap tau! Cara buatnya pun mudah. 

Satu lagi adalah OREO DADDY DUNK! Di mana ayah dan anak perlu duduk di atas suatu platform dan akan dijatuhkan secara tiba-tiba sambil mengambil gambar mereka.  Kira macam gambar terkejut jatuh bersama anak yang kemudiannya boleh di print untuk kenangan.


Selepas itu, Aaron Aziz pun beredar untuk rehat sementara dan digantikan dengan DJ dari SINAR FM iaitu Khairil, Najman, dan Salleh Yaakob. Kali ini pun ada games. Jawab soalan mudah dan dapat barangan OREO. Dan aku pula join games untuk daddy ni. Lima peserta diperlukan. Cara game ini best kerana peserta perlu letak biskut OREO atas dahi dan tanpa menggunakan tangan, perlu memasukkannya dalam mulut dengan menggerakkan mata, pipi dan segala otot muka yang ada. Cool kan?!


Cuba tengok mana Biskut Oreo?
Haaa.. aku hampir-hampir untuk menang. Beza beberapa saat aje dari uncle yang menang tu. Dapat masukkan juga biskut OREO ke dalam mulut tanpa gunakan tangan. Horray!! Aku dapat hadiah dari OREO!
 
Fuuuhhh.. penatnya dan lapar pulak tu. Kami semua pergi makan sekejap dan datang balik semula ke OREO DADDY DUNK. Aaron Aziz kembali di pentas untuk sessi autograph bersama peminat. Kelihatan juga isteri dan 3 orang anak-anaknya yang begitu ceria menyambut HARI BAPA 2011 di OREO DADDY DUNK ini. 


Nak tahu apa hadiah yang aku dapat dari OREO? Tadaaaaaa…



Sedap kan? Jom dapatkan OREO! Dan terima kasih juga kepada OREO DADDY DUNK yang sememangnya best ini dan aku harap perlu diteruskan lagi pada tahun hadapan. Kalau ada hadiah-hadiah menarik lagi best kan? 
 Jom makan OREO!!

Labels: , ,

15 Comments:

Anonymous hazman aka species1980 said...

good event from OREO.... cuma harap2x next diorang dapat kasi hadiah yang lebih menarik...voucher OREO contohnya....

Tuesday, June 28, 2011 7:19:00 AM  
Blogger Unknown said...

event yang terbaek!!!!! sesuai untuk seisi famili. tak acilah, hari tu mommy's day ada tak OREO mommy dunk?

Tuesday, June 28, 2011 7:48:00 AM  
Blogger Unknown said...

pergh,memang havoc lah . serius best,mak aih,besarnya oreo dia ye

Tuesday, June 28, 2011 8:21:00 AM  
Blogger Kancilbiru said...

mak aiii seronoknya dapat stok oreo banyak tu..

Tuesday, June 28, 2011 9:52:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

seronoknya..oreo... :)

Jom baca ni :INTERLOK : Apa kesudahannya? Jadilah novel yang..

Tuesday, June 28, 2011 9:53:00 AM  
Blogger grOundnUt said...

terliur tgk oreo ko ni bro..jap lagi masuk carefour carik oreo laa..yummy!^^

Tuesday, June 28, 2011 11:27:00 AM  
Blogger kak ina kl said...

puas makan oreo kan ..wah tabik springlah dengan kamu..baru berblog dah dapat pr 4..chaiyok

Tuesday, June 28, 2011 2:59:00 PM  
Blogger sarah said...

wow happening ya event tu bro..tp your baby lg cute hehe

Tuesday, June 28, 2011 10:55:00 PM  
Blogger Matjoe said...

perghh, advertorial!!

Wednesday, June 29, 2011 9:38:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

abg man: yup.. dan kalau buat dalam shopping mall mesti lagi ramai serbu.. :)

Wednesday, June 29, 2011 9:09:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

leyzajamil: hehehe.. ni untuk daddy aje..

wan: makan laa oreo banyak2.. hehehe

Wednesday, June 29, 2011 9:11:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

kancilbiru: borong jangan tak borong oreo tu... sedap!!

Wednesday, June 29, 2011 9:12:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

hanani: yeaahh.. memang sedap dan lazat!

groundnut: haaa.. jangan lupa beli banyak2!

Wednesday, June 29, 2011 9:13:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

kak ina kl: alaaa.. baru 4, belum seploh.. hehehee

sarah: hehehee.. dia lah peneman kid..

Wednesday, June 29, 2011 9:14:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

matjoe: hehehe.. selesai sudah dua post.. jap je kan?

Wednesday, June 29, 2011 9:16:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home