This Page

has been moved to new address

Angkara Cemburu dan Panas Baran

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Angkara Cemburu dan Panas Baran

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

05 May, 2011

Angkara Cemburu dan Panas Baran

PERAI: “Arwah pernah cerita mengenai tunangnya yang kuat cemburu dan panas baran serta cermin keretanya pernah dipecahkan suspek.
gambar hiasan google
 “Dia juga pernah beritahu lelaki itu ada hantar surat kepadanya sebelum ini yang menyatakan rasa puas hati terhadapnya,” kata Aishah Mohamad, 52, ibu angkat, Karimah Jusoh, 25, yang mati ditikam seorang lelaki dipercayai tunangnya sendiri di sebuah bilik persalinan di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai, di sini, pagi semalam.


Aishah turut mengakui tingkah laku anak angkatnya agak pelik sejak malam kelmarin, termasuk menyuap makanan kepadanya dan bersalaman serta memeluknya sebelum tidur.
“Pagi tadi (semalam) juga, arwah memeluk saya berkali-kali sebelum menaiki kereta untuk ke tempat kerjanya,” katanya yang dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan sekerja anak angkatnya itu. Dalam kejadian itu, mangsa yang juga pekerja stesen minyak berkenaan dikatakan tiba di tempat kerjanya itu sebelum masuk ke bilik persalinan itu kira-kira jam 6.30 pagi, diikuti seorang lelaki dipercayai tunangnya tidak lama kemudian.

Kira-kira sejam kemudian, lelaki berkenaan dilihat keluar dari bilik itu dan terus beredar dari stesen minyak itu.


Menyedari mangsa tidak melaporkan diri untuk bekerja kira-kira jam 8 pagi, rakan sekerjanya ke bilik berkenaan sebelum menemuinya dalam keadaan berlumuran darah lalu menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu. Mangsa juga seorang ibu tunggal selepas bercerai kira-kira setahun lalu dan mempunyai dua anak berusia lima dan tujuh tahun dikatakan bertunang dengan lelaki itu beberapa bulan lalu.


sumber : klik HARIAN METRO

Labels: , ,

14 Comments:

Blogger Just Call Me Bitt said...

astagfirullahhal'azim...

Thursday, May 05, 2011 8:20:00 AM  
Blogger leyzajamil said...

apa nak jadi dunia sekarang? lelaki zaman sekarang kenalah bijak kontrol emosi betul tak kid? tapi ni kes mana pulak? yang kes wanita dibunuh kekasih si chef tu lain eh? hey macam2 lah..ngeri @_@

Thursday, May 05, 2011 8:36:00 AM  
Blogger kema said...

sekarang mcm ramai orang sakit mental kt malaysia neh...huhu~

Thursday, May 05, 2011 8:49:00 AM  
Blogger ~ Cik Azz ~ said...

adoiiii.... sekarang ni takde dah nak berbincang dengan elok.. Asal ada salah sikit je, terus bunuh...

Manusia sudah semakin hilang akal...

Thursday, May 05, 2011 9:03:00 AM  
Anonymous hazman aka species1980 said...

hurmm..... rasanya dah semakin ramai kaum lelaki yang mengalami masalah stress dan tekanan jiwa / perasaan

Thursday, May 05, 2011 11:53:00 AM  
Blogger KiD said...

just call me bitt: masyaAllah.. inilah dunia...

leyzajamil: tu laaa.. bila hati menguasai akal.. hilang semua pertimbangan.. yang ni kat perai

Thursday, May 05, 2011 11:59:00 AM  
Blogger KiD said...

kema: yup... pastu ada yang bunuh diri.. lepas bunuh orang.. huhu

Thursday, May 05, 2011 12:01:00 PM  
Blogger KiD said...

cik Azz: bunuh.. senang aje sekarang kan? huhuhuhu

Thursday, May 05, 2011 12:01:00 PM  
Blogger KiD said...

abg man: itulah hakikatnya... ketika dalam marah, kita akan dihasuti syaitan.. huhuhu

Thursday, May 05, 2011 12:02:00 PM  
Blogger Myvitrd said...

zalim.. bila nafsu menguasai diri..nilah jadinya

Thursday, May 05, 2011 12:44:00 PM  
Blogger KiD said...

myvitrd: memang zalim.. bila akal tidak dapat berfikir dengan waras.. huhu

Thursday, May 05, 2011 2:49:00 PM  
Blogger Abu Talib said...

Minta dijauhkan

Thursday, May 05, 2011 6:53:00 PM  
Blogger kak ina kl said...

alahai seramnya tenguk pisau berdarah..semuga tak terjadi kepada keluarga kita.

bukan tak suka gi ke sungai besar..tapi tak sanggup nak harung jalan nak gi situ..

Thursday, May 05, 2011 7:36:00 PM  
Blogger KiD said...

abu talin: ameeen

kak ina kl: semoga kita semua selamat yeaa.. ameeen...
akak, memang jauh sket ke sg besar.. hehehe

Friday, May 06, 2011 8:57:00 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home