This Page

has been moved to new address

Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung Bayi

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung Bayi

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

19 April, 2011

Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung Bayi


Sekarang terdapat beberapa isu semasa mengenai penambahan gula di dalam susu tepung anak anda. Dakwaan mengenai lebih karbohidrat untuk  produk, maka lebihlah kandungan gula (ada kalkulator gula di laman web www.semakgula.com.my). Tetapi  adakah anda tahu, ia adalah tidak tepat kerana ada banyak bahan-bahan disenaraikan di bawah karbohidrat dimana ia BUKAN GULA.
Gambar hiasan : google
Okay,  pertama sekali adakah anda tahu apa itu karbohidrat? Jom kita cari apa maksud Karbohidrat di Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Karbohidrat . Karbohidrat juga mengandungi antaranya Oligosakarida (diet fiber) dan polisakarida (contohnya kanji dan glikogen, di mana kita boleh dapati di dalam nasi, mee dan roti) dimana ia bukanlah gula sepenuhnya.

Ada beberapa produk yang mengatakan TIADA TAMBAHAN GULA tidak semestinya lebih baik dan sihat dari produk yang lain. Ini adalah kerana nutrisi yang paling bagus untuk anak mengandungi banyak komponen selain dari gula seperti protein, mineral, vitamin dan lain-lain. Bergantung kepada keperluan anak anda, yang berkaitan dengan kajian sains juga perlu diambil kira untuk hal ini.

Pada pendapat aku, cara untuk semak gula dalam web www.semakgula.com.my tersebut adalah tidak tepat kerana:

-Kandungan karbohidrat adalah bukan gula sepenuhnya tetapi ada juga diet fiber, kanji, glikogen dan selulosa
-Kalkulator gula tersebut dikatakan hanya boleh mengira tambahan gula dalam susu tepung anak anda.  Cuba anda masukkan jumlah karbohidrat bagi produk bijirin atau minuman segera lain dan pasti akan ada ERROR
Oops! The value you have entered is invalid as this calculator can only be used for calculating added sugars in growing up milk powder
(Jadi, aku beranggapan, kalkulator ini mungkin hanya di set dengan formula sendiri untuk melariskan produk)

Sekarang kita rujuk pula kepada Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO). WHO menyokong tambahan gula tidak lebih 25gm/sehari (5 sudu kecil) untuk umur 1-3 tahun dan 34gm/sehari (7 sudu kecil) untuk umur 4-6 tahun. Dan WHO juga memberitahu bahawa tiada bukti khusus menunjukkan bahawa pengambilan “high sugar” (sukrosa) menyebabkan diabetes.  Diabetes hanya boleh disebabkan oleh obesiti atau terlebih berat dimana ada ciri-ciri kalori tinggi atau pengambilan lemak dan kurangnya aktiviti fizikal.
 
Sebenarnya aku masih mencari susu yang terbaik untuk anak sulungku yang kini menjengah lima bulan. Pelbagai produk susu tepung di pasaran untuk anak kita, tetapi mana satu pilihan bijak anda? Gula bukan tidak bagus untuk tumbesaran kita dan kita pula mengira dengan kalkulator gula. Betul ke cara pengiraan macam tu? 

Kesimpulannya, aku tidak setuju jika diambil karbohidrat sebagai pengukur TAMBAHAN GULA dalam kiraan kalkulator gula.

Labels: , , ,

26 Comments:

Blogger grOundnUt said...

bagus info ni bro..bagi yang ada anak² tu kene lah berkongsi fakta yang terbaek untuk blogger² lain...Apa salahnya, sharing is caring..^^'

Tuesday, April 19, 2011 2:33:00 PM  
Blogger Unknown said...

wow...good research...bapa mithali betul ni, bertuah anak dan istri ;)

Tuesday, April 19, 2011 2:44:00 PM  
Blogger Syuk Ry said...

info yg terbaik..

Tuesday, April 19, 2011 3:00:00 PM  
Anonymous sHa said...

Amin...:)

Tuesday, April 19, 2011 3:08:00 PM  
Anonymous Kancilbiru said...

betul..aku pun percaya isu gula dalam susu ni adalah bertujuan untuk melariskan produk susu tettttttttttt....hehehe...

diabetes tu bukan berpunca drpd keturunan gak ke..ekekee

Tuesday, April 19, 2011 3:08:00 PM  
Blogger Kaka Cuckoo said...

mudin, aku br je nak buat entry psl gula dlm susu neh..nasib tak post lg sbb baru halfway wat research..thanks fren..gud research indeed!!

Tuesday, April 19, 2011 3:29:00 PM  
Blogger Sharinginfoz said...

penting kena tahu jumlah gula takut terlebih le pula

Tuesday, April 19, 2011 3:49:00 PM  
Blogger Fiza Rahman said...

Good Info.

Tapi bagi saya, susu yang terbaik di dunia adalah SUSU IBU sendiri.

Tuesday, April 19, 2011 3:51:00 PM  
Anonymous embun said...

Info yg bgs,,, so bg kiter yg d luar nie kn ber at2 dlm membuat pilihan,,,

Tuesday, April 19, 2011 8:43:00 PM  
Blogger aku ekynn said...

terima kasih atas fakta ni.

p/s: datang melawat

Tuesday, April 19, 2011 9:41:00 PM  
Blogger Matjoe said...

pure marketing gimmick from fonterra. no big deal sgt pun.

Wednesday, April 20, 2011 8:35:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

@groundnut: yups.. ini info dan kajian balas yang telah dibuat.. sharing2 yea..

@noriz: research yang ada gunanya untuk kita semua.. :)

@syuk Ry: hope dapat sampaikan info ni kepada yang lain yea...

@kancilbiru: haaa.. tu laaa kan. mula2 konfius jugak, tapi bila kaji2 balik.. ada betulnya..

Wednesday, April 20, 2011 9:07:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

@PnSeri: iput, haaaaa.. kira aku lagi advance laaa sket.. hehehe.. anyway, sampaikan info ni kepada yang lain yea...

@sharinginfoz: yup.. kita boleh refer kepada doktor atau WHO.. :)

@fiza: yesss.. susu ibu memang terbaik.. tetapi, macam wife saya, susu badan dah habis.. jadi, anak kena bergantung sepenuhnya kepada susu formula.. :)

Wednesday, April 20, 2011 9:10:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

@embun: betul tu.. pilihan amat banyak di pasaran.. buatlah pilihan bijak! kalkulator gula tu tak tepat.. :)

@aku ekynn: sama-sama.. jangan lupa sampaikan kepada yang lain yea...

@matjoe: haaaa... bro mesti tau pasal marketing stretegy nih.. bagus.. panjang2kan info ni yea... :)

Wednesday, April 20, 2011 9:12:00 AM  
Blogger Aina said...

gud info kid.

etceli sy pun dah pening nak pilih susu tanpa sukrosa ni...nak buat kira2 kat kalkulator tu x tahu nak letak value

x salh nak ajar anak dr kecil minum susu kurang manis.nk cari susu terbaik kata org yg mahal tu tentu terbaik.try tanya doktor, rsanya dia akan jawab semua sama.. asalkan anak(setahun ke atas)dpt sumber kalsium 1-2kali sehari pun dah memadai dengan pengamalan corak pemakanan seimbang.mungkin susu soya based boleh diletak sebagai pilihan pertama kalau mampu:)

Wednesday, April 20, 2011 9:57:00 AM  
Blogger Mardhiyyah Fadzil said...

huihh... gud! gud!

kesimpulannya : kita kena kira jumlah pengambilan gula seharian. bukan just dlm susu jer..

p/s : org pun mmg perasan gak yg kalkulator gula tu ada unsur-unsur direka utk lariskan produk ajerr.. huhu.. no gud! no gud!

Wednesday, April 20, 2011 11:21:00 AM  
Blogger Asyraf Hamasaki said...

harap maklum :-) wikipedia tidak diterima sebagai jurnal ilmiah bagi sebarang tujuan ilmiah kerana fakta adalah mudah di cabar dan juga di tambah/buang

Wednesday, April 20, 2011 11:15:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

@aina: yupp.. hope unfo ni dapat membantu

Thursday, April 21, 2011 8:50:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

@dhiyaz86: yes.. very good.. karbohidrat bukan sepenuhnya gula..

Thursday, April 21, 2011 8:50:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

@asyraf hamasaki: harap maklum juga.. yang isu sebenar disini adalah cara kiraan kalkuator gula TIDAK TEPAT. sebab karbohidrat bukan gula sepenuhnya untuk kita kira lebihan gula tu.. :)

Thursday, April 21, 2011 8:52:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

setuju setuju......

Thursday, April 21, 2011 5:03:00 PM  
Blogger ~IZZAH~ said...

fight for breasfeeding..
boleh relaktasi kalau dah pernah berhenti BF...

Thursday, May 05, 2011 8:37:00 AM  
Blogger Magnectic Aura said...

Cuba susu Ilham4u, susu yang dibuat khusus untuk bayi dan kanak2Saya adalah pengedar bagi kawasan Bangsar dan Cheras. Susu nie ditambah extract kurma, badam dan kismis dan terapi 30 juzuk Al-quran.Gula sangat kurang kerana telah manis dari buah kurma. dan penyembuh penyakit.Insyaallah

amirzain@myipo.gov.my

Monday, May 16, 2011 10:30:00 AM  
Blogger Magnectic Aura said...

Saya adalah pengedar susu Ilham bagi kaw Bangsar dan Cheras.Kurang gula kerana telah dicampur Kurma, Badam, Kismis dan dibacakan 30 juzuk Al-Quran. Merawat pelbagai penyakit.Insyaallah. amirzain@myipo.gov.my

Monday, May 16, 2011 10:34:00 AM  
Blogger drugs free medication for baby said...

en Kid,

take my history as lesson learnt. dlu my 1 st doter is being given susu murah sbb nk cut cost. bapak aihh!!manih leting susunyer, at 2 yrs old, she's obes sudah. & now omo bru 3yrs++ berat da nk dkt 25kg. onglen sebok nk pk mslh makan anak, i plak sebok nk dietkan anak :)-
kunun nak save sbb ms below 1 yrs mmg pakai susu yg mhl yg kureng la gule. tuka ducth lady 123 honey plak tuh..effeknye mmg troublesome 4 us..

Friday, July 15, 2011 5:04:00 PM  
Anonymous juanita said...

Very good info. Jadilah masyarakat yg tidak angguk2 geleng2 sahaja....GOOD...

btw, sejarah saya, anak pertama susu badan penuh selama 1 tahun 3 bulan, then campur fm sbb pregnant. Anak ke-2 susu badan 11 bulan sbb ganas sgt smp robek dadaku.....kesimpulannya, susu murah x semesti x baik, susu mahal tidak semestinye bagusssss....

Wednesday, August 17, 2011 8:46:00 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home