This Page

has been moved to new address

Tak Puas Hati Dengan Maybank Auto Finance | Cuba nak Kelentong Aku!!

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Tak Puas Hati Dengan Maybank Auto Finance | Cuba nak Kelentong Aku!!

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

21 January, 2011

Tak Puas Hati Dengan Maybank Auto Finance | Cuba nak Kelentong Aku!!

Actually, benda ni berlaku hujung tahun lepas. Tapi aku nak kongsikan buat tatapan blogger dan pembaca sekalian. Sorry kalo ada yang keje kat Maybank Auto Finance atau ada sedara sepupu sepapat keje kat situ.




Pada 23/11/2010, payment untuk kete aku dah habis dibuat di Maybank Auto Finance Kajang. Geran kete tu ada kat Maybank Auto Finance Puchong. So, tambah RM10 laa untuk kurier. Dua hari lepas tu dia suruh datang untuk collect tapi call dulu sebelum datang.


Tapi masa tu aku training kat menara TM waktu pagi, tak dapek laa nak datang. Dua minggu lepas tu, aku keje petang, so aku call laa dulu sebelum collect tu. Tapi bila aku call dia kata tak hantar lagi. Esok baru hantar. Hmmm... 


Dua minggu lepas tu, 23/12/10 pulak aku call lagi. Ingatkan dah sampai tapi Maybank Auto Finance Kajang kata belum dihantar lagi. Aku punya laaa nak mengamuk masa tu. terus aku kejar dari Putrajaya ke Kajang. Haaaa.. bila suruh explain, baru kata dah hantar hari ni. Esok sampai!! Hoiitt!! ape punya belit laaaaa...!!!

Aku tanya geran kat mana? still kat Puchong. Aku call Maybank Puchong tanya apesal tak hantar lagi.. DAH SEBULAN!! tapi diorang kata takde pengesahan dari Maybank Kajang. Sebulan tak cukup masa ke?? Bayar dah habis.. Sebulan pun tak setel lagi.. Maybank Auto Finance ni, kalo lambat bayar, pandai pulak hantar notis.. Ni dah bayar habis tak pandai lak nak kasi geran kat owner.

Aku tanya lagi, Geran baru petang nak pos. Aku cakap tak payah!! Aku pegi sana ambik sendiri. RM10 diorang pulangkan balik. Aku bebel bebel jap kat situ, dia bagi alasan tak munasabah. Balik rumah, aku emel kat customer service.


Dua Hari lepas tu, Assist. Manager Maybank Auto Finance Kajang dengan Puchong call.. Dua-dua mintak maap kat aku atas kecuaian diorang, siap offer aku untuk LOW INTEREST LOAN lagi. Yang sini kata dah bagi pengesahan, yang sana kata belum terima. Sudahnya sebulan tak setel. Nasib aku tipon.


So, korang korang.. Follow up laa selalu. Hati2 laaa dengan belit2.. walaupun kes terpencil. Huh!! aku masih EMO dengan Maybank Auto Finance. bengkek!!!

Labels: ,

16 Comments:

Blogger grOundnUt said...

Ni mesti nak lepas tangan punye kerja..kejap cakap itu...kejap cakap ini...kes nya sama ngan kes kawan aku nyer P1 max...macamĀ² putar belit...aaiiizz...berniaga wat la cara nak berniaga kannn...

Friday, January 21, 2011 5:09:00 PM  
Blogger Rama2Ungu said...

menyampah kalo cakap belit22 ni..bak sini aku belit leher depa..hahahahaha

Friday, January 21, 2011 5:30:00 PM  
Blogger nUmara... said...

aaaaaaaa.... bank memang camtu...
time lmbr bayar boss push ma.. slagi x antor, boss asik tanye ma..
tp bile time selesaikan perkara.. haaaaaa mcm2 plak prosedurnye.. kne approve situ approve sini..
xpon, sifat sesetengah org mcm ni.. yg tu A yg handle dari awal, so B xmo amek tahu.. walaupon dlm department yg same.. ade jugak mcm tu.. xmahu tolong mnolong.. pasai pa? sbb takut die kne handle terus perkara tu sampai sudah.. huhu..

Friday, January 21, 2011 5:35:00 PM  
Blogger misza said...

kalau bayar cantik setahun @ 2tahun dah boleh mintak geran. tak perlu tunggu sampai abis bayar. sebab kalau pindah memang leceh nak suruh dia orang pos. kita yang kuar duit pos tapi depa buat tak kisah.

Friday, January 21, 2011 5:36:00 PM  
Blogger arina said...

bawak2 bersabar ye :) hehe

Friday, January 21, 2011 5:36:00 PM  
Blogger KiD said...

groundnut: yang gitu pun ada.. tu mesti kes nak refund kan?

Friday, January 21, 2011 5:48:00 PM  
Blogger KiD said...

reramaungu: tu8 laaaa.. dia belit tak tengok orang.. kan dah kena!

Friday, January 21, 2011 5:49:00 PM  
Blogger KiD said...

numara: a'aar kan... prosedur nak release sampai sebulan.. padahal diorang cuai.. siap mintak maap kat aku...

Friday, January 21, 2011 5:52:00 PM  
Blogger KiD said...

misza: nak buat macam mana.. dah habis dah pun.. macam2 laaa bank nih.. aku kira2.. interest RM8K untuk 7 tahun kete aku... pakcik kayo!!! hahahahaa

Friday, January 21, 2011 5:55:00 PM  
Blogger KiD said...

arina: sabar dah abis.. dah memekak kat diorang2 semua termasuk manager. hahaahaa

Friday, January 21, 2011 5:56:00 PM  
Blogger ZaCKiR said...

depa sj test ksbrn hg tu haha

Friday, January 21, 2011 6:08:00 PM  
Blogger KiD said...

zackir: sabaq.. sabaq.. seb bek kepala depa tak aku putaq.. lalalaaa

Friday, January 21, 2011 6:23:00 PM  
Blogger ebad fzka said...

pasnie amik ngan ebad auto finance!!konfermmm...xde hal mcm nie..hahah

Friday, January 21, 2011 7:38:00 PM  
Blogger KiD said...

ebad: ko jadi ejen ke? hahaahaa.. loan rumah leh?

Friday, January 21, 2011 8:08:00 PM  
Anonymous hazman aka species1980 said...

hurrmmm...... patutnya diorang kena offer kasi ANGPOW sempena tahun baru cina nie....haissh..... limau mandarin tak main la kan... ;-p

Friday, January 21, 2011 10:07:00 PM  
Blogger KiD said...

abg man: hahahaa.. memang harapan aje laaa kalo camtu

Friday, January 21, 2011 11:54:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home