This Page

has been moved to new address

Lagi Barang Naik 2011!!! Tahun Baru Cina 2011

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Lagi Barang Naik 2011!!! Tahun Baru Cina 2011

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

15 January, 2011

Lagi Barang Naik 2011!!! Tahun Baru Cina 2011

Jumlah limau Mandarin, buah yang mesti ada pada sambutan Tahun Baru Cina, dijangka berkurangan dan harganya lebih tinggi pada musim perayaan Tahun Arnab kali ini.



Tidak ramai pemborong buah-buahan menyediakan bekalan limau Mandarin pada perayaan Tahun Baru Cina 2011 yang akan disambut awal Februari kerana harga yang mahal, persaingan sengit daripada pasar raya besar dan kurang permintaan daripada pengguna.

chinese new year 310108 orangesPengerusi KL Fruit Sdn Bhd, Wong Wai Heng berkata perniagaan buah-buahan bagi Tahun Baru Cina 2011, terutamanya limau Mandarin, masih belum rancak.

Syarikatnya yang merupakan pemborong, pembekal dan pengeluar buah-buahan tempatan dan import, kata beliau masih belum merasakan kemeriahan suasana perayaan meskipun sambutan Tahun Baru Cina 2011 akan tiba kurang daripada tiga minggu lagi.

"Harga pasaran sekotak limau mandarin tahun ini adalah RM28. Berbanding tahun lalu, harganya meningkat antara RM4 dan RM5," katanya.

Wong berkata pada musim perayaan Tahun Baru Cina, pelanggan biasanya lebih suka membeli limau Mandarin dalam kotak yang biasanya mengandungi 24 biji sekotak.

"Bekalan ini terhad dan saya perlu mengikut harga pasaran dunia," katanya.

Peniaga buah di Pasar Borong Selayang di sini, Fong Chew Lim berkata tidak seperti perayaan lepas, pengguna kali ini mungkin mengalami kesukaran membeli limau Mandarin kerana harganya yang mahal.

"Sekarang, bukan macam dulu. Semua harga sudah naik, mana orang mahu beli,"kata Fong.

Hujan yang berterusan turut menjejaskan perniagaan pada Tahun Baru Cina kali ini, katanya yang berpengalaman lebih sedekad dan mendapati jumlah pembeli limau Mandarin berkurangan saban tahun.

Antara punca adalah orang ramai lebih suka membeli dalam kuantiti kecil di pasar raya besar, kata beliau.




Sumber:- Bernama Malaysiakini

p/s: seb baik limau mandarin jer...

Labels: , , ,

4 Comments:

Blogger Mknace said...

:) :) :)
lagi.. we want more.. hahaha
terbaeekkk!!!!

singgah dari mknace unlimited

Saturday, January 15, 2011 9:35:00 PM  
Blogger ijam ismail said...

adoi...xdpt limau FREE la kali ni...
wuwuwu..sedih...xpelah..bli sendiri j..
=)

Sunday, January 16, 2011 12:41:00 PM  
Blogger KiD said...

mknace: want more..?? tungguuuuu

Monday, January 17, 2011 1:15:00 AM  
Blogger KiD said...

ijam: alamat makan limau purut aje laa.. ekekekee

Monday, January 17, 2011 1:15:00 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home