This Page

has been moved to new address

Heliza Helmi Bakal Bertunang Dengan Hafiz Hamidun?

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Heliza Helmi Bakal Bertunang Dengan Hafiz Hamidun?

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

28 December, 2010

Heliza Helmi Bakal Bertunang Dengan Hafiz Hamidun?

Agak lama Murai Batu tidak dengar kisah penyanyi, pengacara dan komposer, Hafiz Hamidun. Setahu Murai Batu, Hafiz yang kini aktif sebagai pengacara TV di RTM memang terlalu giat berjuang menjadi komposer terhebat di Malaysia sehinggakan dia agak sukar untuk menguruskan kariernya sendiri sebagai seorang penyanyi.



Namun, dalam kesibukan itu, Murai Batu dapat tahu, Hafiz yang sebelum ini pernah putus tunang dengan seorang gadis akan kembali dengan status sebagai tunangan orang. Pun begitu, ia bukanlah bermaksud Hafiz akan bertunang semula dengan bekas tunangnya itu.
Apa yang pasti, Murai Batu dapat tahu, Hafiz bakal bertunang dengan seorang artis bertudung yang cantik iaitu Heliza Helmi. Betul ke?
Pada mulanya Murai Batu bukan nak percaya sangat dengan perkhabaran yang Murai Batu terima ini. Bukannya apa, adakala cerita sebegini tercetus selepas orang melihat seseorang artis itu saling akrab dan mesra di depan khalayak ramai.

Kembali kepada kisah pertunangan di antara Hafiz dan Heliza...Murai Batu sebenarnya diberitahu seorang jejaka kacak bahawa kisah mereka berdua bakal bertunang ini sebenarnya akan diumumkan tidak lama lagi.
Apapun, sumber Murai Batu tidak pula mengetahui bila tarikhnya tetapi paling cepat pun, pasangan ini akan bertunang pada tahun depan. Jika benarlah cerita ini, Murai Batu doakan agar hubungan mereka akan kekal bahagia dan jangan lupa jemput Murai Batu tau.
Dalam pada itu, pasangan double H ini (Heliza Helmi dan Hafiz Hamidun) khabarnya akan mengeluarkan minyak wangi jenama tempatan yang meletakkan kedua-dua nama mereka dalam minyak wangi itu.

Jenis minyak wangi itu tidak pula Murai Batu tahu tetapi selain mengeluarkan produk berbentuk wangian tersebut, mereka berdua akan berganding bahu dengan menerbitkan sebuah filem hantu. Katanya, mereka masih mencari siapakah hero dan heroin untuk filem ini.

Bagaimanapun, Murai Batu diberitahu pengarah untuk filem berkonsepkan hantu ini memang sudah pun ada..Siapa lagi kalau bukan hero filem terbaru Metrowealth, Damping Malam iaitu abang Ahmad Idham.
Bagi Murai Batu, berdasarkan kisah yang disampaikan kepada Murai Batu ini, kebenaran Hafiz dan Heliza akan bersatu menjadi pasangan hidup pasti akan terjawab. Yelah, selalunya...orang yang dah nak kahwin baru berkongsi harta benda untuk terus hidup. Alah...macam kongsi duit untuk beli rumah.

Semoga Hafiz dan Heliza bahagia. Dan mungkin selepas ini anak mereka pun namanya menggunakan pangkal huruf H seperti Haswari, Hana, Hazwani, Hattan, Hashim dan banyak lagi lah.

sumber: murai.com

Labels: ,

8 Comments:

Blogger Unknown said...

wowwwwwwww hot n spice nie hehehehe jika benar doakan segala yg erbaik mnjadi milik mereka :D

Tuesday, December 28, 2010 1:27:00 AM  
Blogger TunTeja said...

hahaha.boleh pulak yang pasal anak name H tu.lawak

Tuesday, December 28, 2010 9:03:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

nur intan: yea laaa kan.. mana yang baik, kita doakan aje.. :)

Tuesday, December 28, 2010 11:48:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

tun teja: anaknya, maknya, bapaknya... HH,HH,HH
heheheee

Tuesday, December 28, 2010 11:49:00 AM  
Blogger aDisH.sHidA said...

alhamdlah kalau itu jodoh mereka..suai sgt2

Tuesday, December 28, 2010 6:50:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

adish: kalo dah suka.. cepat2 laa yea dak? hehehe

Tuesday, December 28, 2010 7:06:00 PM  
Blogger Amira Atiya said...

waaa..sesuai sgt2...

Tuesday, December 28, 2010 10:27:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

sessuaii.. heheheh

Wednesday, December 29, 2010 7:12:00 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home