This Page

has been moved to new address

Aku Menang Bowling Terbuka Putrajaya tapi...

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Aku Menang Bowling Terbuka Putrajaya tapi...

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

07 July, 2011

Aku Menang Bowling Terbuka Putrajaya tapi...

Selasa lepas seperti yang dirancang, aku, wife, ilham dan adik ipar pergi ke Alamanda Putrajaya. Sorang je pun nak join tournament bowling nih. Walaupun aku agak keletihan kerana balik kerja jam 6.30pm terus shoot dari TTDI ke rumah dan siap2 ke Alamanda lepas maghrib. Jadualnya kul 8 tapi nan hadoo start game kul 9mlm.. hahahaha.. Biasa laa tu, nak elakkan "janji melayu".. bagus gak penganjur nih.


Kat Alamanda ni, memang selalu orang buat tournament dah. Maklumlah, jabatan kerajaan dan badan2 berkanun kan banyak kat sini.. hehehee. Orang lain sibuk dok practice siap main game awal, tapi aku lapar. Seb bek wife aku ada bawak bihun mak aku kirim. nyum nyumm...


Yuran RM10, main 3 game. Memang berbaloi laaa kan? haaaaa.. Seb bek aku ada set bola bowling dan kasut sendiri. So, Game pun start pukul 9 malam dengan penyertaan seramai 100 orang. Mak aihhh.. ada peluang ke nih? Dulu sikit aje.. Aaahhh.. baling aje laaaa



Ni laa gayanya selepas 2 tahun tak main bowling. Masa bujang dulu memang aku aktif. Siap spend masa weekend untuk bowling. Dan banyak tempat gak laa aku dah gi main bowling termasuk kat Genting tu. Dua game pertama... Aku leading dengan 3 mata!

 

Tiba untuk penyampaian hadiah. Tak sangka, banyak sponsor untuk game bowling nih. Tu yang untung dengan Persatuan Penduduk kat kawasan aku nih. Ada yang sponsor laa tu. Ada hadiah misteri, hadiah lucky draw dan ape ntah lagi laaa.. aku rasa dalam puluhan orang gak laa yang dapat. Skali lane aku pun dapat sebab "lane dengan jatuhan pin tertinggi".

Bila umumkan pemenang Kategori Terbuka Lelaki, aku diumumkan menang!! yeayyyyyy... tapi menang nombor tujuh! yea.. nombor tujuh. yea.. aku mulanya memang tak caye sebab ala2 letih dan ngantuk gitu tapi aku terima laaa.. Beza dengan yang johan dengan tujuh peserta tak banyak mana. game ketiga yang menyebabkan aku merosot merudum. Entah ape takde mood ke, penat ke.. Dua game pertama aku leading!

Dan sebenarnya kekalahan aku adalah sebab ketidakselesaan pada game ketiga iaitu...
Tapak kasut aku tercabut.. amacam?? Malas nak cari kasut, aku gasak aje. Last2 macam hilang fokus, asyik open frame aje. Sebelum ni tutup dengan strike spare aje laaa.. huhuhu. okay laahh. aku menang saguhati dan hadiah misteri. At least dapat balik modal RM10 dan dapat join aktiviti Persatuan Penduduk nih.

Korang nak men bowling??

Labels: , ,