This Page

has been moved to new address

Sebelum Tournament Bowling di Alamanda Putrajaya

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Sebelum Tournament Bowling di Alamanda Putrajaya

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

05 July, 2011

Sebelum Tournament Bowling di Alamanda Putrajaya

Hari ni adalah 5hb Julai, sedar tak sedar masanya telah hampir tiba. Sebelum ni dalam entry Jom Bowling dan Menang RM100 , aku ada nyatakan Tournament Bowling di Alamanda Putrajaya. Repeat balik dua tahun lalu. Mula-mula malas, tapi bila fikir hadiahnya pun  sama dan ada chance.. Jadi, aku pun join laa..

Mana taknya.. dulu Kategori Terbuka Lelaki, aku dapat Champion, jadik laa dapat RM100, yuran masuk RM10 aje.. hehehe. Kali ni, dia tambah kategori, Lelaki 15-40 dan Lelaki 41 ke atas.. hehehee.. Aku tak pasti berapa ramai yang akan join, tapi untuk 3 blok kuarters aku ni, aku rasa dalam 40-50 orang kut merangkap lebih dari 10 lane. Naib johan bakal dapat RM 70, ketiga RM50, saguhati RM20 (nombor 4-10)

Haaaaa.. last time punya tournament adalam May 2009, masa aku dan my Sha nak gi Terengganu esoknya (honeymoon laa katakan masa tu) dan kali ni dah dua tahun. Jom tengok persediaan Tournament Bowling aku.

Cer tengok, dah berhabuk dah beg aku
Dah berhabuk.. nampak sangat lama dah aku tak main bowling nih. hahahaha. Boleh ke aku nih? aaaahhh.. belum cuba belum tahu, dah cuba, baru laa tahu. hehhee. Inilah bola bowling MAXIM 12lb ikut ukuran jari aku.

Kasut Dexter saiz 7 yang tak pernah basuh. (eh, kena basuh ke? hehehe) . Keselesaan kaki juga perlu bagi membuat balingan yang mantop!!!

Orait, selepas balik kerja, aku, my sha, ilham dan adik ipar akan ke Alamanda. Wanna see me there? Jumpa di sana kay!! bekas artis ni nak perform tournament kat sana. Hope dapat keluarkan Quadraple (4 kali strike berturut) dan selebihnya, baru ngam ho!! dulu keluarkan Turkey (3 kali strike berturut)

Aku rasa nak suruh MAT TIGER WOODS untuk anjurkan lawan bowling laa antara blogger, dia leh sponsor hadiah. Saper johan, dapat iPad.. Muahahahahaaaa.. Ok tak geng?!!

p/s: doakan aku berjaya yea.. :)

Labels: , ,