This Page

has been moved to new address

Kesihatan Usus Anak Anda | IMMUNOFORTIS Terbaik!!!

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Kesihatan Usus Anak Anda | IMMUNOFORTIS Terbaik!!!

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

01 June, 2011

Kesihatan Usus Anak Anda | IMMUNOFORTIS Terbaik!!!

Korang perasan tak?? Ada iklan susu formula untuk anak di TV? Aku memang tertarik kerana ia berjaya sampaikan mesej. Jom tengok dulu iklan 30 saat ini.

Menarik kan? Iklan itu adalah mengenai susu tepung. Susu ini adalah “lebih kebal dan istimewa” dari susu tepung yang lain. Kenapa dan apa istimewanya susu ini untuk anak anda? Aku ada buat sedikit kajian dan surf internet untuk dapatkan maklumat.

Jawapannya adalah IMMUNOFORTIS.

Apa itu IMMUNOFORTIS?
IMMUNOFORTIS adalah campuran “prebiotic” jadian yang telah dipaten dan diakui oleh para doktor dan saintis di 33 negara seluruh dunia.

Apa pula prebiotic?
Prebiotic adalah makanan asas bagi bakteria yang baik. Sebahagian besar sistem imunisasi badan kita terletak pada usus. Susu yang dipatenkan dengan 90% GOS (Galacto – oligosaccharides) dan 10% lcFOC (Long-chain – fructo-oligosaccharides) mempunyai IMMUNOFORTIS yang membantu anak anda dengan sistem pertahanan badan semulajadi atau imunisasi.

Sistem imunisasi yang bagus adalah penting kerana akan membantu mempercepatkan potensi pembelajaran anak kecil. Para ibu juga sudah pasti tersenyum dan dapat berehat untuk menjaga anak kerana anak jarang sakit.

Pendapat peribadi.
Bagi aku yang mempunyai seorang anak lelaki sulung, sudah tentu hendak memberikan yang terbaik untuk anak. Seseorang manusia tidak lari dari mendapat penyakit. Ambil kata pepatah, “mencegah adalah lebih baik dari mengubati” dan “mengubati adalah lebih mahal dari mencegah”.  Bermakna, jika anda tidak mencegah dari awal, sudah pasti anda akan mengeluarkan belanja yang mahal untuk mengubati penyakit tersebut pada kemudian hari.


Ini adalah ilham ketika berumur sebulan lebih. Badannya agak panas. Jadi yang dapat buat adalah hanya meletakkan “cool fever patch” di dahinya. Mungkin ketika ini sistem imunisasinya agak rendah yang menyebabkan Ilham kena demam. Sekarang, susu badan ibu sudah habis. Hanya susu tepung menjadi pengganti. Jadi, dengan susu  yang mempunyai IMMUNOFORTIS, sudah tentu ilham akan membesar dengan lebih perlindungan.

Sekarang, ilham sudah enam bulan. Masa untuk beliau belajar meniarap. Tetapi, apakah yang mendorong seorang bayi kecil untuk meniarap? Jika tangannya tertindih dengan badan, apakah seseorang bayi kecil itu dapat memikirkan cara untuk melepaskannya?

Sudah tentu pentingnya perkembangan otak bayi anda untuk memikirkan cara-cara untuk meniarap, merangkak, berdiri, memegang barang dan sebagainya. Rumusan Susu yang mempunyai IMMUNOFORTIS, ia sudah lengkap untuk bayi anda.

Jadi, jangan lupa dapatkan susu tepung terbaik di pasaran untuk anak anda! Maklumat lanjut juga boleh dilihat di web rasmi www.dumex.com.my

Jalan terbaik untuk kekebalan yang tepat adalah pembentukan awal flora usus yang sihat. Jika kita mempunyai anak, terserah kepada kita untuk memastikan mereka menerima pendedahan yang tepat untuk bakteria menguntungkan. Susu tepung formula yang mengandungi oligosaccharide, membantu mencegah bakteria berbahaya dari melekat pada saluran usus. Kajian dan penyelidikan baru menunjukkan bahawa flora usus yang sihat boleh mencegah obesiti.

Aku ada buat research di internet mengenai hal ini. Korang boleh tengok LINK di http://insciences.org/article.php?article_id=10143

Labels: , , , , ,

18 Comments:

Blogger JR said...

Susu ibulah yg terbaik, menjadi anak manusia adalah lebih baik daripada menjadi angkat lembu...

Wednesday, June 01, 2011 11:01:00 AM  
Blogger Geng Borak said...

JR Online: memang susu ibu penuh khasiat, imun dan baik.. tapi, macam mana jika susu ibu habis dari badan?? cer citer.. cer citer..

Wednesday, June 01, 2011 11:09:00 AM  
Blogger Unknown said...

kiut la anak awak si ilham ni, geram mcm nak cubit2 jek pipi dia tu. saya tak tau nak komen apa pasal susu ni cuma bersetuju mengatakan susu ibu adalah yang terBAEK!!

Wednesday, June 01, 2011 1:42:00 PM  
Anonymous hazman aka species1980 said...

kalau ade video ilham cuba meniarap pasti post akan lebih menarik...

Wednesday, June 01, 2011 5:07:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

leyzajamil: thank you yea.. kiut2 ikut daddy.. susu ibu mmg terbaik, bila susu ibu takde, kena laa minum susu formula.. :)

Wednesday, June 01, 2011 6:04:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

wah,si bapa bercerita pasal susu lak kali ni ye.. dah cek gula tak? hehehe.. :)

Jom baca ni :Gambar Perkahwinan Salih Yaacob dan Emi

Jom baca ni :Tanamkan Minat Membaca dari Usia Kanak-kanak..

Jom baca ni :Yati Ayam Percik, Bangi..

Wednesday, June 01, 2011 7:12:00 PM  
Blogger Geng Borak said...

hanani: yeap.. susu yang ada imuninasi untuk anak

Thursday, June 02, 2011 6:11:00 AM  
Blogger MARIA LIZA said...

Salam...Saya merupakan seorang ibu dan merupakan ibu yang menjadikan penyusuan susu ibu secara eksklusif...Maaf sekiranya komen saya ada menyinggung sesetengah phak..Bagi saya sendiri bukankah lebih baik seorang bayi itu disusui dengan susu ibu sepenuhnya tanpa apa2 bahan tambahan sehingga 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun...Ikhlas saya katakan tiada yang sehebat susu ibu...Bukanlah saya kata susu terpung tidak baik tetapi kalau ada yang terbaik mengapa pilih susu tepung...As a parents, kita perlu faham apakah sebenarnya nikmat, kebaikan & khasiat yang terkandung dalam susu ibu itu...Carilah ilmu penyusuan susu ibu secara eksklusif di http://www.sarakids.com/blog/ kerana anda tidak akan rugi kerana beliau adalah seorang pakar laktasi dan penyusuan eksklusif amatlah digalakkan terutamanya mengeratkan hubungan anak & ibu...

Thursday, June 02, 2011 8:25:00 AM  
Blogger Sern said...

Susu dari dumex memang dari dulu terbaek! Dulu masa Sern kecil-kecil, mama pernah try bagi susu lain. Tapi tumbuh ruam kat badan.mungkin susu tu panas dan tak sesuai untuk sern. Sekali mama tukar kepada dumex, hah, amek kau! Sihat sampai sekarang. So, susu dumex sesuai kalau diberi kepada si dia yang tersayang (ilham).. supaya terus sihat dan ceria sepanjang masa... sebagai ganti untuk ibu yang sudah habis susu kerna suma maklum yg susu ibu adalah terbaik dari ladang!hehe..

Thursday, June 02, 2011 11:21:00 AM  
Blogger Cute MuM said...

betul tue.. kesihatan anak perlu dijaga.. kalo dah sakit lagi susah.. susu yang baik juga perlu untuk perkembangan otak bayi.. alhamdulillah anak cute mum baru 11 bukan dah boleh berjalan.. demam pon sekejap jer.. masa nak tumbuh gigi..

Thursday, June 02, 2011 11:24:00 AM  
Blogger Unknown said...

wan memang minum susu Dumex masa kecik dulu.Immunofortis ok,tapi mahal x?

Thursday, June 02, 2011 11:35:00 AM  
Anonymous ada nama said...

dumex terbaekkkk....kecik2 mnum susu ni la...tu yg otak cerdas smpai skrg hehehe...;)

Friday, June 03, 2011 2:39:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

JR Online:x dinafikan bahawa susu ibu adalah yg terbaik.sume ibu di dunia inginkan anak mereka mendapat bekalan susu dr susu ibu sendiri...tp bg ibu2 yang tiada bekalan susu yang mencukupi,para ibu semestinye akan memilih susu tepung yg berkualiti utk anak2 mereka...

Friday, June 03, 2011 3:46:00 PM  
Anonymous sHa said...

Info yang sgt berguna...sbg ibu yg tidak cukup untuk membekalkan susu bdn sepenuhnya kpd anaknye seharusnye bijak memilih susu tepung yg mempunyai IMMUNOFORTIS utk perkembangan otak bayi... :)

Friday, June 03, 2011 4:00:00 PM  
Blogger ibu iman said...

mmg tak bole nk dinafikan susu ibu adalah yg trbaik sekali. Alhamdulillah anak saya yg sulung dpt menyusu penuh selama 2thn. cume sedihnye yg adik hanya dpt bertahan 2bln shj. sape yg taknak kasi anak sendiri dpt minum susu dari kite selama 2thn kn? da mcm2 usaha saya lakukan utk memperbanyakkan susu bdn saya tp mungkin rezeki yg Allah kasi setakat tuh saja dan saya redha. sbb saya da USAHA. tp saya bangga walau anak saya x dpt sepenuhnya at least die dpt minum susu saya walaupun xlama. jadi saya terpaksa mencari alternatif lain supaya anak saya yg ketika itu usia 2 bulan dapat minum susu yg bole cover sistem imun die. dan Alhamdulilah... mamil gold byk membantu. anak saya jarang kene demam,selsema mahupun cirit birit. Dan sehingga kini yg abg sdhpun usia 5thn dan adik 2thn, saya masih lagi berikan susu dari keluaran dumex iaitu dumex dugro sbb saya yakin susu dari dumex adalah yg terbaik! :)

p/s : mak saya terpaksa bg kami adik beradik susu tepung dari kami lahir lg sbb asal die cube susukan kami, akan keluar darah dari puting die. dan Alhamdulillah kami adik beradik dibesarkn dgn baik skali dan dicurahkan penuh dgn kasih syg... saya yakin dgn didikan yg baik, anak2 kite akan jd yg terbaik. InsyaAllah...

Friday, June 03, 2011 4:13:00 PM  
Anonymous sape saye said...

pe2 pon choose d best among d best for your child..:)

Friday, June 03, 2011 4:41:00 PM  
Blogger Unknown said...

Tak pernah guna susu nie untuk anak aku.. mungkin boleh cuba guna kalau ada implikasi kalau guna susu badan.. Walaupun secanggih mana teknologi dalam penghasilan susu, susu badan itu yang terbaik. Sudah dibuktikan ahli sains.. Amalkan menyusu badan.. Insyalllah anak kita akan selalu sihat minda dan fizikal.

Friday, June 03, 2011 6:47:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tidak dinafikan mmg susu ibu yg terbaek,, ttp kalo dah mmg susu x bole nak kua tuk jangka masa yg lm,,, nak wat cam ne kan,,, yg penting susu awal iaitu kolostrum( susu yg pekat pada awl kelahiran baby ) kalo x silap nmnyer r,,,, ia untuk ketahanan baby,,,, 2 sebenarnyer yg pntg,,,, x sma ibu2 mempunyai ss yg bnyk sbb itu ade susu tepung bg menggantikannya,,,, itu pada pandangan saya r,,,,

Saturday, June 04, 2011 8:59:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home