This Page

has been moved to new address

Bila Terdesak...

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: Bila Terdesak...

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

03 August, 2011

Bila Terdesak...

Cerita ni baru aje. Ahad lepas. Sehari sebelum tu, aku ada kenduri aqiqah anak adik aku, blogger dhiyaz86. Aku memang melantak kambing masak kurma tu tak hengat. Lepas tu, balik putrajaya, mertua ada beli durian. Penatnya hari sabtu lepas. Hari ahad gi hantar adik ipar ke komuter kajang, dia nak balik kuala pilah.

Nak dijadikan cerita, mula-mula ke Warta Bangi untuk jenjalan cari pasal baju. Maklumlah dah kachhinngggg!! Tapi bila pusing dan pusing, macam takde yang berkenan sangat. Biasa banyak aje pilihan. Mungkin awal lagi kut.. hahaha. So, dah tghari kitorang pun nak cari makan. ingat nak makan mama chop papa grill bangi, tapi tutup pulak! Lepas tu, carik laaa mekdi yang sebelah PKNS bangi tu.

Skali memang aku dah rasa.. orang ramai.. so drive thru aje ler.. Wife dengan ipar kata, "nak makan kat mane?" aku jawab, "udoh takde tempat, kite makan dalam kete aje ler" semua tergelak.. hahaha. So, sampai kat luar komuter kajang, dengan selamba kami melantak GCB dan mc chicken. Si ilham makan fries aje. Udah macam orang besor aje nak makan memacam. hahahaa.. Lepas adik ipar baik tren, kami ingat nak balik.. tapi.....

Tapi.. perut aku memulas lagi.. memulas nak "membuang". aiseeyyy.. mana nak carik toilet nih.? Mula-mula dah nak sampai tol simpang balak, tapi toiletnya sebelum tol.. terlajak laa aku. biasanya toilet selepas tol kan? hahahaa. Lepas tu aku singgah Petronas kat Saujana Impian tu.. dalam hati, harap2 laa toilet ok. Dan.....



Dan aku nampak 5 bintang untuk toilet ni. AMAT BERSIH! Dan aku dengan selesanya dapat menunaikan hajat di toilet petronas tu. Jarang toilet kat Stesen pam minyak yang jaga kebersihan nih. perrgghhh.. lega siot..!! hahaaha..

Lepas tu aku rasa macam malas aje nak balik umah lagi. So, aku tanya my sha, nak gi jusco equine ke? Dia kata ON aje.. tapi..

Pampers ilham lupa bawak. Alamaaaakk!! Mendenya boleh balik umah mak atau umah aku, tapi malas nak singgah sebab mode tengah nak jenjalan. :p So aku usha dalam Petronas. tak silap aku kat Putrajaya ada.. Dan..


Dan aku nampak ape yang aku perlukan...


Yeahhhh.. pampers Huggies dengan kuantiti 4 keping sesuai untuk travel pack. Actually ni macam trial pack. Tapi memang sesuai jika terdesak takde pampers anak masa dalam perjalanan. hehehe. Actually, susu pun habis ilham minum. So, dia minum MILO! Boleh aje ilham nih.. alhamdulillah bijaaakk.. bijaakkk anak daddy.

Jadi, setel lah masalah terdesak aku sehari sebelum puasa. Bukannya ape pun.. cuma pilihan ada di tangan kita. Nak pilih yang sesuai dengan keadaan je. tul tak?

Bila terdesak.. kita akan fikirkan jalan penyelesaian..
Bila terdesak.. kita akan buat keputusan ikut kewarasan akal..

Labels: , , ,