This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: August 2011

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

31 August, 2011

Berpindah ke WordPress

Salam..

Selamat hari raya dan juga salam Merdeka dari kid. Sekarang ingin memaklumkan perpindahan blog ini ke wordpress. Kid dalam proses untuk berpindah dari blogspot kepada wordpress. Cuma ada beberapa perkara yang perlus di uruskan seperti header, theme, akaun nuffnang dan churp2..

Haaaaa.. korang semua yang perbah pakai blogspot tau tak?? Kalau kita tukar blogspot ke wordpress yang melibatkan domain, adakah akaun nuffnang kita juga perlu di ejas atau di maklumkan kepada pihak nuffnang?? Sekrang diorang cuti lagi kut... tak pe laahh.. aku setel mana yang boleh dulu..

korang yang tau... share eh.. :)

Labels: , ,

29 August, 2011

Ho ho ho balik kampung

Selamat. Hari raya kepada anda semua. Hari ni masih kerja dan lepas tu bertolak ke sg besar selangor... Kampung my sha. Diorang dah kat sana dah. Dok anyam ketupat dan ready untuk buat rendang. Kepada yang kerja pada hari raya, kerja elok-elok yea. Korang masyuk laa payday nanti bayor dabel triple.. Hehehe


okay.. Aku pun dah siap segala bagai ni. Kete semua ok.. Rumah dah kunci. Ermmm.. Selamat hari raya aidilfitri dan salam merdeka!!! Aku kembali raya kedua atau ketiga. Yeay!!!

-updated from samsung galaxy ACE-

Labels: , ,

28 August, 2011

Manchester United vs Arsenal 28/8/2011

Saje takde kerja nak buat, jom layan game Manchester United vs Arsenal 28/8/2011 . Aku bukan penyokong Man U ataupun Arsenal.. hehehehe... Saje nak Updated result / keputusan Manchester United vs Arsenal 28/8/2011 EPL .



22 ' - Welbeck SCORE!

25' - ARSENAL PENALTY

SAVE oleh De Gea! Hukuman yang dahsyat.

28' - GOAL Young! GOAL LAGI!

41' - Rooney pulak score mantap dari freekick!!

Goal dari Young
Nampak macam Man Utd menguasai game kali ni.

45' - Walcott pulak score!!! Masa tambahan..




bersambung separuh masa kedua..

56' - setakat ni game serang menyerang.. Arshavin dan rosicky banyak sia-siakan peluang..

64' ROONEY SCORE LAGI..

68' - NANI PULAK SCORE!!


PARK JII SUNG YANG GANTIKAN NANI SCORE MINIT 70...


74' - Van persie cuba melawan dengan GOL kedua!!

game yang sungguh laju.. 9 gol dah dihasilkan!!


macam menggila game kali ini.. satu kad merah dilayangkan ke Jenkinson.. Arsenal tinggal 10 orang.

81'- Penalti dari rooney...

RESULT SEMASA ( MAN UTD 7 - 2 ARSENAL)

tambahan masa 3 minit.. apa lah agaknya Wenger nak cakap masa Press conference? ish ish ish...
6 GAME TANPA KEMENANGAN ARSENAL...

Minit 91- young score lagi... hahahhahaaa


RESULT / KEPUTUSAN AKHIR MANCHESTER UNITED VS ARSENAL : MANCHESTER UNITED MENANG 8-2




APA-APA PUN.. LIVERPOOL BEST.. YOU'LL NEVER WALK ALONE..!!!

Labels:

27 August, 2011

Kerja lagi ke?

Kerja lagi ke bro? Bila nak balik kampung? Cuti brape lama?
Adooooi.. Bila tengok soalan-soalan ni pun, rasa macam mengantuk aje. Hehehe.
Aku kerja lagi hari ni. Ahad kerja, isnin sebelum raya pun kerja. Jadi aku balik kampung sebelum raya laa.

Hoe jalan tak jammed sebab rasanya ramai dah gerak balik kampung semalam petang atau pagi hari ni.
My sha, ilham dan adik-adik ipar pun gerak hari ni. Ingat pesan kid sebelum ni yea. Hati-hatilah ketika memandu. Jimat sama pada hari raya. Jangan boros. Hehehe.. Oklah, aku nak masuk keje plus OT.

Selamat bekerja kepada yang masih kerja.

-from samsung galaxy ACE-

26 August, 2011

Salam Syawal 2011 dari Blogger ShaKiddo

Hari ni rasanya ramai yang akan pulang ke kampung. Tak pun pada esok pagi. Ke mana juga destinasi anda, bila anda bertolak, jangan lupa aspek keselamatan. pakai talipinggang keledar, pakai helmet. Minyak isi penuh, touch and go kasi top up. Isi angin tayar dan juga tayar spare.

Haaa.. rumah juga jangan dilupa. Pastikan semua berkunci elok-elok. Buang sampah, nanti lama-lama berulat. Ermmm.. apa lagi ek? Jangan main mercun tau! Nanti jari putus susah lak nak taip buat entry kat blog tuh. hahahhahaa.. Orait, zakat fitrah pun dah ku bayar. Maka, mulakan perjalanan anda ke kampung nanti dengan lafaz Bismillah.. Tahun ni ikut turn, Kid akan pulang ke Sungai Besar, Selangor pada petang menjelang raya InsyaAllah. Dua jam lebih je..

Ni pesanan dan ucapan awal dari Kid yea.. 


dan juga ada pesanan dari MUHAMMAD NIZARUL ILHAM...

Jangan lupe wit raye shaye yea.. hehehe
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua mereka yang menyambutnya. Kid mintak maaf kepada pembaca dan followers blog ShaKiddo ini andaikata ada terkasar bahasa dan terguris hati. Hope teruskan lagi bersama di sini. Semoga anda semua selamat ke destinasi dan bergembira di Aidilfitri.

Budak budak main mercun,
Main mercun malam raya,
Mintak maaf mintak ampun,
Kalau ada terkasar bahasa.

Dari,
Daddy Kid, Mummy Sha dan ILHAM.
-Putrajaya-

Labels: , , ,

25 August, 2011

Garnier for Men Terbaik!

Aku memang gunakan Garnier. Satu jenama yang makin naik di mata pengguna. Pelbagai produk dari Garnier ni. Tapi , aku pakai yang ini...

Garnier for Men : Turbo Light
 dan juga...
Light Extra Deoderant
Bila dah nak habis, kita beli yang baru lagi. Haaaaa..  Ok tau pakai produk garnier nih. Korang dah cuba? Sesuai tak dengan kulit korang.. Yang best, bila pakai Pencuci muka Turbo Light ni, muka rasa segar sangat-sangat!! FRESH!!

Garnier for Men Terbaik!

Labels: , ,

Tips Balik Kampung | Semak Kadar Tol PLUS

Korang dah plan balik kampung? Ramai yang nak balik weekend ni. Aku pun balik kampung jugak. Plan laa nak ke sana dengan Kereta BMW Iswara hitamku. Baru saja isi minyak full tank dan isi angin tayar. Phewww.. Tapi, tol?? brape kena bayar? macam mana nak semak / check kadar tol? pergi balik.. nak kira2 jugak. hurmmmm... jom ke PLUS


Lepas tu, cari Toll Fare Calculator (sebelah bawah kanan) ataupun terus ke SEMAK KADAR TOL PLUS
Cari Toll Fare Calculator

Pilih Kelas kenderaan anda

Pilih dari mana nak ke mana..

Dan klik RESULT!!
Mudah kan?? So, boleh laa Kid bajet-bajet untuk urusan yang lain pulak. Tapi, kid memang prefer untuk pakai touch and go. So, kena top up siap-siap laa sebelum bertolak ke kampung.


Okay, jangan lupa rancang perjalanan anda!!! Selamat bercuti yea..

Labels: , ,

Kad Raya BESAR punya! Besor Bebenor!

Semalam singgah sebentar di Carrefour Alamanda untuk beli barang my ilham sikit. Biasa laaa.. terjumpa kat bahagian kad raya. Hmmmm.. dah lama tak pos kad raya kan? dulu masa bercinta, bertahun kasi kad raya kat my Sha.. sekarang.. nan hadooooo.. hehehe

ilham pun nak hantar kad raya ke? hehehe

BESAR tak kad raya nih?
Haaa.... Besssaaaarrr punya!! Kalo boleh pos, macam mana laaa bang posmen tu nak bawak yea? nak masukkan dalam post box pun tak boleh kan? hehehehe.. Kad raya ni dah banyak orang tak gunakan untuk ucap hari raya.. Sekarang main letak kat FB, tag semua orang.. tak pun.. MMS dan SMS aje! hehehe tul tak?

Apa-apa pun kad raya ni ada nilai sentimentalnya sendiri. masih releven untuk digunakan. Dapat kad bantak-banyak, boleh buat hiasan raya di office kan?

Labels: , ,

24 August, 2011

Alamak!! Belum lagi laaa

Alamak!! belum lagi laaaaa.. haaaaaaa.. ape yang belum lagi? Belum lagi tunaikan rukun Islam keempat iaitu membayar zakat. Zakat membawa berkat.


Jangan lupa tunaikan tanggungjawab masing-masing yea..
Gaji dah masuk ni masing-masing.. Saper nak ikut aku usha GALAXY TAB 10.1 baru punya!!

Labels:

Amboi! Amboi! Amboi!

Satu hari di hari bersama my ilham. hari ni off day. Rileks laa sikit. Pagi-pagi my ilham tidor. Cuaca agak mendung.. Sejuuukkk.. aku pun tertidur. Tapi bila dia dah bangun.. Haaaaaaa.. nak masuk walker laa..
Ape laaa my ilham ni nak buat..

Haiipp.. dah pegang bakul tu..

Perasaan ingin tahu memang ada dalam setiap insan..

OOooo. ini laa keje nye yea..

Ni saper punya keje yaaa..

Shaye laa yang buat.. daddy mashukkan shaye dalam blog yea.. hehe
Amboi amboi amboi.. abis bersepah dibuatnya. Aku memang saje nak tengok keletah dia dan tengok dari jauh je. haaa.. memang betul dah 9 bulan ni, pergerakan si kecil semakin aktif. Tangannya nak aje mencapai. Kalau kat dapur, abis laa kena "kemas" rak pinggan mangkuk.. hehehe

Orait laaa.. Jom tengok HARGA RENDAH IKEA

Labels: , , , ,

Jaga-jaga dengan Web anda | Check malware

Pernah tak korang bukak blog atau web, tiba-tiba ada keluar satu pop up! Korang klik 'X' baru ok. Dan tiba-tiba tengah surf web tu, pun ada keluar pop up lagi. Ini menunjukkan web itu mungkin dijangkiti malware.

Apa itu malware?
Malware, short for malicious software, consists of programming (code, scripts, active content, and other software) designed to disrupt or deny operation, gather information that leads to loss of privacy or exploitation, gain unauthorized access to system resources, and other abusive behavior.[1] The expression is a general term used by computer professionals to mean a variety of forms of hostile, intrusive, or annoying software or program code - Wikipedia-

Terjemahan (google translator): 
Malware, singkatan untuk perisian berniat jahat, terdiri daripada pengaturcaraan (kod, skrip, kandungan aktif, dan perisian lain) yang direka untuk mengganggu atau menafikan operasi, mengumpul maklumat yang membawa kepada kehilangan privasi atau eksploitasi, mendapatkan akses kepada sumber sistem tanpa kebenaran, dan lain-lain kesattingkah laku. [1] ungkapan ini adalah istilah umum yang digunakan oleh golongan profesional komputer bermakna pelbagai bentuk perisian yang bermusuhan, mengganggu, atau menjengkelkan atau kod program.

Jadi disini aku nak share korang satu cara untuk korang check sama ada web atau blog korang selamat dan bersih dari malware. Korang cuba ke LINK INI


Masukkan link web atau blog anda dan tekan button "scan link". Hanya beberapa saat, ia akan scan link anda jika ada malware atau harmful treats.
Haaaa... mudah kan?? pantas dan efisiennya!! hehehee.. Okay, sekarang aku nak menggerakkan 'robot-robot' untuk crawl di laman sesawang. Adakah penangan (Search Enginine Optimization) SEO lagi? sebab aku bukan 'robot'. Jangan lupa submit url anda ke google, yahoo dan bing. Sambil-sambil tu jom cepat ikut aku beli JAJAN YANG SEDAP!

Labels: ,

23 August, 2011

Kad Raya untuk Bapak, Tapi Duit Raya untuk Anak Tau!

Awal pagi tadi dalam jam 12.45 pagi baru lah aku sampai di rumah. Sebelum naik ke rumah, aku check dulu peti surat. Dan ada beberapa surat dan phamplet dan peti surat aku. haaaaa.. ada Kad raya lah!! Tapi mata aku mengantuk sangat. terus aku membuta sebelah my ilham..

my ilham start selsema laa pulak
Pagi ni baru aku bukak sampul surat.. ada kad raya cantik..
Ni laaa kad raya.. yang pertama!
dari blogger eliss sekeluarga
 Ada note pulak kat bawah tu.. Kad Raya untuk Bapak, Tapi Duit Raya untuk Anak Tau :-)
 
Hurray..!!! duit raye!!
Sungguh mulia hati dan budi Puan Eliss. Walaupun tak pernah bersua, hanya di blog sahaja.. Puan eliss baik hati bagi duit raya. moga sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungiNya selalu. ameen..

Jom terjah BLOG ELISSME.COM
Selamat Hari Raya juga buat Nur Nuha Humayra yea... tahun ni collect lagi duit raya banyak2 tau!
Nanti kalo ada open house, jangan lupa jemput uncle Kid tau.. hehehe.. tapi tengok jadual uncle selepas raya, agak padat. huhuhu. TERIMA KASIH ELISS!!

Rasa macam nak beli GAJET BLACKBERRY TERBARU

Labels: , ,

Seminggu Lagi Nak Raya

Pantas sungguh masa berlalu. Dah nak ke penghujung Ramadhan. Kini akan bertukar ke Syawal dalam seminggu lagi. Macam mana persediaan raya korang? Dah beli serba sedikit untuk berhari raya? dah fikir untuk juadah di pagi raya? duit raya? raya rayaaaaaa...



Nak bershopping tu, inggat-ingatlah sama yea.. beli mana yang perlu aje. nanti membazir pulak kalau tak guna atau berlebihan. Seminggu lagi nak rayaaaa..

Ada yang tunggu gaji atau bonus ke?

Labels: , ,

22 August, 2011

Kenapa Baju Pompuan lagi Mahal haaa??

Bila kita kaum lelaki jenjalan, kita akan tengok jugak harga baju. cuba korang tengok, kenapa baju perempuan lebih mahal dari baju lelaki??

Ini kain yang lembut punya. Sepasang. Bukan keras. licin dan selesa dipakai. Tapi Apesal Baju Pompuan lagi Mahal haaa?? Cer citer.. cer citer..

Labels: ,

21 August, 2011

Shopping Di Giant Equine

Hari ni hari ahad, hari berehat. Tapi jadual aku masih bekerja shift petang. So, aku temankan mummy ilham pegi shopping. Cadangnye laa. Sebab nak beli satu benda. Kat tempat lain takde, cuma kat giant aje ader. hehehee..

My ilham usha aje nak naik mainan tu
Tudung?? bini aku punya dah banyak daa..
Mummy nak beli perfume ke, beli kereta?
Kalau laaaaa...

Antara tarikan hiasan di Giant Equine

Hamper untuk dijual.. gile banyak.. RM50 aje
Haaaa.. ada satu benda lawak berlaku antara aku dan wife. Tengah-tengah shopping tu, wife aku cakap.. "daddy, hari ni kalau beli barang, takde plastik kan?"

"Haa'aah.." aku cakap.

"Pegi ambik beg kat kereta boleh save sikit," kata wife aku. Aku pun terus laaa keluar nak ke parking kereta. Tapi.... Eh, aku pulak rasa pelik. Hari ni hari ahad laaa.. Bukan hari sabtu. hadoooiii.. terus aku sms wife aku. "mummy, hari ni hari ahad laa!.". hahahahaa.. aku dengan wife aku pun terlupa hari ape daaa...

Lepas tu, dapat laaa beli apa yang my wife nak beli. Dia suka bebenor kentang pick & mix nih. Ada kentang yang macam tempe tu. sedap digoreng katanya. Nak gi giant kajang jauh lak, so kami pergi kat Giant Equine aje.

Pilih jangan tak pilih..
 Ni haaaaa.. my ilham ada pesan kat semua...

"shaye nak duit raye, baju raye dah ada.. hhehehe"

Labels: , ,

CONTEST : Berbuka Puasa Bersama Madammondoq Di Bangkok House

Saje laaa kan aku nak tunggu hari terakhir contest. Korang dah join ke? CONTEST : Berbuka Puasa Bersama Madammondoq Di Bangkok House.

   “SAYA SANGAT TERUJA INGIN BERBUKA PUASA DI BANGKOK HOUSE KERANA INGIN MENCUBA KEENAKAN MAKANAN THAILAND DAN MENU YANG LAIN KETIKA BERBUKA PUASA"

Nyatakan 3 komen jujur dan ikhlas yang membina (tak kira positive/negative) tentang blog Madammondoq?
  1.  background hitam agak macam kurang sesuai, kena terangkan bijik mata untuk membaca
  2.  follower blog takde, penghargaan untuk follower yang follw blog
  3.  nama unik, memang bagus untuk semua blogger ingat. header super clear. (kirm salam kat laling nazmi raja lawak yea.. hehheee)
 Follow Twitter Madammondoq dan Like Facebook Bangkok House - DONE

HADIAH untuk Small Contest ini :

  • 5 Pemenang bertuah beserta pasangannya akan Berbuka Puasa Bersama Madammondoq di Restoran Bangkok House di De Palma, Shah Alam pada 23 Ogos 2011 (Selasa).
  • Pemenang akan menikmati juadah berbuka menu Thai asli yang sangat sedap dan menarik di Restoran Bangkok House yang bernilai RM45 per pax ditaja sepenuhnya oleh En Azizi & Pn Farah Hassan (Owner Bangkok House).
 Korang semua macam mana? nak cuba try test tak makan free nih? berbuka puasa bersama "wartawan hypp tv" di Bangkok House, Shah Alam. Kalau tak dapat gi pun lepas raya atau bila-bila nanti, boleh jugak ke situ nak try makanan Thai. Betul tak??

Okay.. selamat mencuba semua!!!

Labels: , ,

20 August, 2011

Masalah Sembelit dan Penghadaman

Kepada para ibu, ayah atau bakal ayah dan ibu. Di sini ada satu pengumuman. Jika anak anda tak buang air besar selama tiga hari, maka sesuatu perlu dilakukan. Penghadaman tak sempurna ke, sembelit ke, sakit perut ke. Kini anda perlukan..

GRIPE WATER!
Yea.. Grip water untuk anak anda. Sesuai untuk sembelit, masalah penghadaman mahupun masa pertumbuhan gigi. My ilham dah diberi gripewater sejak kecik lagi. Cuma campurkan dalam susu ataupun air masak. Orang dewasa pun boleh guna jugak. Tapi kalau aku, makan betik aje.. sure pergi toilet selalu.. hahahahaa


Bila perut anak selesa, anak pun ceria. bila ceria asyik nak main aje laaaa.. heheehhe.. Cian daddy tak cukup tidur nih. huhuhu.. ilham dok dalam walker main-main dengan mummy yea.. hehehee

Kalo korang sembelit, korang buat ape??

Labels: , , ,

Hari Baju Tradisional

Semalam hari jumaat, tempat kerja aku announce untuk staff pakai baju tradisional. Maka aku pakai laa baju melayu dan yang perempuan pakai baju kurung dan kebaya. Malas lak nak pakai sampin nanti rimas lak kat workstation n
Sebenarnya dari bulan lima kut dulu, dress code kitorang tak perlu formal. Maksudnya boleh pakai jeans dan t shirt berkolar. haa.. rilek sikit kat workstation

Time bulan puasa aje diberi kelonggaran untuk makan minum di workstation. Bulan biasa... nan hadooooo laaa nak bagi..

Nak pakai handphone pun mana boleh. kena silent. hehehehe 

Okay, ni team baru aku. dan aku rasa lepas ni team akan berpecah lagi kut. Ramai yang nak diserap dan tarik masuk ke UNIFI. Contact centre sana memerlukan CSR yang ramai pada masa akan datang. Yang sebelah aku tu yang tinggi skali, Team Leader kitorang encik Mohd Noor, dia memang sempoi. Sentiasa tolong kitorang kalo ada masalah. Syabas Encik!

Okay..  lagi 10 hari nak raya nih.. korang ada yang kena kerja time raya ke?

Labels: , ,

19 August, 2011

Cashout Duit Raya ChurpChurp

Lagi beberapa hari nak hujung bulan dan juga raya. marilah kita cashout nanti sebelum raya. Sebulan menunggu nanti duit raya dari churpchurp ini. Yeayyy.. dah boleh cashout.. Tapi nak tunggu 2 hari sebelum raya lah!



Kaachinnnngggg!!!!!!!

Labels: , ,

Apa ingat aku puasa yang yuk ke?!

Kejadian berlaku tengahari semalam. Dengan perut yang lapar dan mengantuk, aku ke dapur. Waaaahh.. ada nasi goreng my Sha buatkan tapi aku tak sempat makan sahur.

Jam 12 tengahari
Tengahari nak ketuk ketuk kuali di dapur. Alahai kena slow-slow laaa. haaaaa.. korang jangan salah sangka yea. Aku bukan tak puasa, tapi ni nak panaskan nasi goreng untuk bekal berbuka. Maklumlah keja minggu ni 2.30pm sampai 1 pagi.. Memang berbuka kat tempat keje laa..

Ape ingat aku puasa yang yuk ke?

Labels: , ,

18 August, 2011

Hiasan Hari Raya di Office

Memang sana sini dah mood hari raya. Bagi aku laa. Macam tak sabar nak beraya tahun ni di kampung mertua. Sebabnya ni kali pertama beraya bertiga dengan si kecik my ilham.

Kat office pulak dah dihiasi dengan hiasan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan juga hari merdeka.
Hiasan tingkat 6

Hiasan tingkat 1
Kat office boleh hias, takkan kat rumah tak leh hias.. tul tak? kemas-kemas sikit rumah nanti yea. Aku pun nak kena mop lantai segala bagai nanti.. Saper ada buat open house 2011?? hehehee

Aku nak MAIN GAME SAMPAI LEBAM KAT SINI!!

Labels: , ,

FREE Download Lagu Raya

Sana sini ada lagu raya. Semua mood dah nak raya. mari kita dengar lagu raya. hari raya hari gembira. Jom download lagu raya! yaaaaa... lagu download lagu raya

Lagu Raya - Lagu Nostalgia raya - Hari Raya Aidilfitri - Raya Syawal - Balik kampung - Takbir raya - FREE DOWNLOAD


Takbir Raya
Sudirman - Balik Kampung
Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal
Al-Jawaher - Mohon PadaNya Sujud PadaNya
Junainah - Suasana Riang di Hari Raya
Saloma - Selamat Hari Raya
Aishah - Pulanglah
Aman Shah - Kepulangan yang Dinanti
Azlina Aziz - Indahnya Beraya di Desa
Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang
Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
Fazidah Joned - Selamat Hari Raya
Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
Cenderawasih - Bersama di Hari Raya
Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
Jamal & Saleem - Lambaian Aidilfitri
Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
Noor Kumalasari - Pulang Di Hari Raya
Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri
Siti Nurhaliza - Suara_Takbir
Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran
Siti Nurhaliza - Meriah Suasana Hari Raya
Siti Nurhaliza - Mekar Hari Raya
Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma
Krisya - Satu Hari Di Hari Raya
Erra Fazira - Suara Takbir
Aishah - Senandung Lebaran
Aishah - Setitis Cahaya DiAidilfitri
Amy Search - SentuhanDiHariRaya
Amy Mastura - Bersama di HariRaya
Elite - Di Pagi Aidilfitri
Feminin - Kurniaan Di Hari Raya
Jeffrydin - Musafir Di Aidilfitri
Amy Mastura - Setahun Sekali
Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya
Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya
Asha Malik - Pulang Di Hari Raya
DJ Dave - Menjelang Hari Raya
P Ramlee - Dendang Perantau
Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri
Raihan - Satu Pagi Di Hari Raya
M.Nasir - Suatu Hari Di Hari Raya
Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
Hattan - Selamat Datang Sayang
Sanisah Huri - Aidilfitri
UNIC - Muhasabah Ramadhan
Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Sudirman - Selamat Hari Raya
S.Jibeng - Musafir di Aidilfitri
Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
Raihan & Man Bai - Harapan Ramadhan
Akma & Felix - Hari Raya Hari Bahagia
Artis Veteran - Aidilfitri
Rabbani - Hikmah Ramadhan
Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai - Lebaran Ini
Siti Nurhaliza - Aidilfitri Di Alaf Baru
Ziana & Awie - Halaman Asmara
Opik - Cahaya Hati Ramadhan Tiba
Tompi - Ramadhan Datang
Acha & Irwansyah - Menuju Puasa

"Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna agar dapat kulalui dengan sempurna"

Labels: ,

Menang Hosting dan Domain dari Critical Angle

Ingat tak dulu aku ada join contest Giveaway Mudah Sempena Ramadhan. haaaa.. ni nak bagitau nih.. dah diumumkan pemenangnya. tat tadaaaaaaaa..!!!

Hadiahnya adalah hosting + domain selama setahun bernilai RM100 setiap satu. yeaahhhh.. tak sangka lak aku menang eh. Guna punchtab untuk giveaway lagi menarik. Terima kasih CRITICAL ANGLE kerana pilih kid sebagai pemenang yea..
 
Ni ada lagi hadiah.. tapi hadiah untuk PEREMPUAN SAHAJA..!!

Haaaa.. sekarang aku tengah mendapatkan khidmat nasihat dari my brother untuk domain ni. Korang tau tak macam mana nak tukar blogspot ke wordpress? Pindahkan semua isi kandungan dari blogspot ke domain baru aku nanti iaitu dot.com.

Ada pendapat?? cer citer.. cer citer...

Labels: , , ,

17 August, 2011

Panggilan Misteri Belum Terjawab

Suatu hari di hari semalam...
Kringgg!! Krrinnngg!! telefonku berbunyi.

Dia  : Boleh cakap dengan Hisyamudin Fadzil?
Aku : Yea.. yeaa.. saya cakap..

Dia : Saya Ashley dari HQ, esok kerja tak?
Aku: Saya kerja esok petang, hari ni off..

Dia : Okay, boleh datang ke HQ tak esok sebelum kerja atau masa break?
Aku: Boleh.. boleh.. untuk ape yea? (dalam hati aku.. nak kena surat warning ke, DRF ke, SD ke?)

Dia  : Ini untuk sign you punya kontrak. Nanti datang tingkat 15 ya..
Aku : Orait.. thank you Ashley..

gambar hiasan google



Perrghhh... nasib baik pasal sign kontrak. Hmmm.. nampak gaya khidmat aku diperlukan untuk streamyx lagi. Belum ke unifi. Member yang kat unifi pun tengah struggle gila untuk cover sistem baru.. hohoho.. Inilah sikit kisah kerja aku. Kerja CSR streamyx ni kontrak setahun atau tiga tahun. GM pun kontrak maaa.. Subsidaries dari TM. Lepas ni aku nak pakai pakej staff  punya. lagi kaw kaw murah! muahahahaa..


Pssstt.. patut gaji bulan lepas lain sikit, tengok slip.. ada MC insentive. Staff yang 3 bulan tak amik MC atau AWOL, dapat RM150. Lepas ni setiap 3 bulan insentif tu. Cukup setahun takde MC, AWOL atau SD, maka dapat RM500 dan SIJIL. wow!!!

Ape laaa agaknya kontrak dari majikan yea..hmmmm...

Labels: ,

Indahnya.. Bila Berbuka Puasa Bersama Isteri

Semalam aku off day dan 3 hari lepas ni aku kerja shif petang lagi. Maka akan berbuka puasa di workstation. Semalam my Sha masakkan lauk berbuka untuk aku. Barang-barang basah memang dah beli. Aku macam biasa tukang masak nasik aje laaa. Di samping jaga si kecik my ilham.

Cer tengok.. cer tengok sikit..

Ni bukan buat sendiri yea.. Beli laaa..

Ni baru lauk masak sendiri.

My sha balik 4.30 petang, aku jemput dengan ilham. Ada laa cukup masa untuk memasak. My adik ipar si milah pulak beli murtabak je. Cukup laaa makan untuk 3 orang nih bawak ke sahur. Padahal aku sorang aje bangun sahur. hahhahaaa..

Kalau korang terror, apekah lauk yang dalam mangkuk?? yang warna hitam tu.
Klu : Sejenis Ikan..

Jawapan: Ikan ______ masak kicap.

Labels: , , , ,