This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: July 2011

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

31 July, 2011

Makan Durian Lagi

Semalam.. Balik dari alamanda, Kami melantak durian! Nyum nyum.... semuanya manis-manis. Tak sempat nak ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Kami beli kat kajang aje. Mantap2 semua..

Labels:

Trafik Sehari Tiada Entry

Semalam 30 Julai aku tak update satu entry post langsung. Sebab sibuk dengan kenduri aqiqah anak sedara, Nur Sakinah. Aku pun nak tengok trafik aku kalau aku tak buat entry sehari. Jom tengtok.. jom tengok...

Trafik screenshot di ambil dalam jam 11.15 malam. Hanya 693++UV di blog shakiddo pabila takde entry sehari. huhuhu. Aku ambik AL. hari ni off day. Aku nak rileks sikit sebelum puasa nih.. Korang macam mana? Cuba try test tengok trafik sehari tiada entry.. :)

Labels: ,

29 July, 2011

Jom Makan Buah Hingga Puas!!

Saper suka buah? Saper free ahad nih? Saper nak makan buah sampai puas? haaaaa... mari mari mari..


Ape daaa banner gong xi fa chai ader lagi.. hehehee

Di TAMAN WARISAN PERTANIAN PRESINT 16, PUTRAJAYA. Dari 29-31 Julai 2011. JOM MAKAN BUAH!! Tapi brape kena bayar?


Taman warisan maaa.. mesti banyak buah-buah. Korang nak cuba try test? Isshhhh.. terus datang laaa.. aku nak target durian dengan manggis!! nyum nyummmm

Labels: ,

Fabulous Friday #5 | ShaKiddo

Di hari Jumaat yang mulia ini, marilah sama-sama kita menambahkan pahala. Lebihkan bersedekah dan murahkan senyuman. Bulan Ramadhan al-Mubarak menjelma kembali. Masa untuk kid kali pertama berpuasa dengan si kecik (eh, ilham posa ke? heheeh). 

Hencem tak shaye pakai songkok?

Nampaknya mummy dan daddy excited sikit nak bagi ilham raya. Songkok pulak mummy dah beli. Seb baik ada saiz ilham yang 8 bulan nih. hehehehee. Okay semua.. Selamat Hari Jumaat, Penghulu segala Hari. :)

Labels:

'Ceroboh' CCTV Putrajaya | Aku Bukan Hackers

Saper nak tengok CCTV di Putrajaya. tempat di mana beberapa kawan ShaKiddo kena saman. Ini saman langgar trafik merah memang takde ampun. Kalau lalu kat Putrajaya tu, hati-hati laaa.. memang polis takde, tapi CCTV melambak! Screen shot jam 11.45 malam. Cer tengok.. cer tengok..

 CCTV pertama adalah dari arah Presint 3 dan Masjid Putra.


CCTV kedua adalah dari alamanda dan bulatan besar (tepi KKM)

Orait, kalau kat trafik light tu, nak ke kiri, ada "SILA BELOK KE KIRI JIKA TIADA KENDERAAN" maka boleh laa ke simpang kiri kalau line clear. Tapi kalau takde, memang harapan cerah laaa nak dapat "surat cinta" dan pihak berkenaan.

 Screenshot terbaru 8.00 pagi 29 Julai 2011 (hujan di Putrajaya)

Lagi satu, No entry jangan main redah aje. Aku dah kena saman.. JPJ Bangi pun turun Putrajaya.. huhuhu.. Orait, kalau nak tengok CCTV 1 dan CCTV 2 leh klik :
CCTV PRESINT 3
CCTV BULATAN

Best viewed in IE 7.0 & above or Mozilla Firefox 2.0 & above with 1024x 768 resolution
Camera Image will refresh every 10 seconds


Haaaaa.. korang berani tengok CCTV tu eh.. ayokk!! Naik kete datang Putrajaya kena hati-hati tau.. Lagi-lagi naik KERETA BARU dengan GAJET BARU!!

Labels: ,

28 July, 2011

Makan Jeruk | Mengidam ke?

Bila buka peti ais, ada lagi jeruk. Tak makan-makan lagi. Banyak jugak bapak aku belikan dari Penang.  Jom makan.. ada dua bekas lagi nih. Hijau kuning lagi maaakkk!

Jeruk kedondong dan pelam. Memang enak di makan begitu saja.. makan sampai batuk. keh keh keh

Labels: ,

Model Terbaru Ray-Ban

Korang ada ray-ban tak? Jejai mesti banyak koleksi spek ray-ban, oakley dan macam2 lagi. Yang ray-ban aku ni pun student aku kasi dulu.




Ni haaaa.. bukannya ader ape. Ada model terbaru RAY-BAN. Nak menyelit kat Blog ShaKiddo jap.
Tadddaaaaaaaa..!!!

Hye uncle, aunty, abang dan kakak.. Nama saya ILHAM.

Heheehehe.. comey sungguh anak sulungku ini. Baru 8 bulan dah pandai bergaya. Anak sapa laaa ni...? Anak daddy yea.. hehehehe.. LOVE YOU SO MUCH ILHAM!!!!

Labels: , ,

Earning Tertinggi Nuffnang CPC Campaign

Dah nak hujung bulan. Tiap-tiap kali hujung bulan, blogger yang daftar dengan nuffnang dan churpchurp pasti akan jenguk Earning masing-masing. Boleh Cashout ke tak? Dah cukup ke tak? Kali ini aku tengok ada perubahan kat earning nuffnang aku. Korang tengok korang punya sama tau..!!

Cer tengok.. cer tengok betul-betul...

Biasanya earning CPC Campaign ni dalam RM0.25-RM0.75. Paling tinggi pun dulu aku dapat RM1 sekali. haaaa.. Kali ni berkali kali.. Dan earning CPC Campaign yang tertinggi kali ini ialah RM2. Waaaahh.. nampak sikit, tapi bila dah berkali-kali RM1-RM2, maka dah boleh cashout earning nuffnang aku nih. Tapi.....


Pendapatan Terumpuk a.k.a. buffered earning aku tak metered lagi. Nak tunggu metered sekali dengan earning SP ke, nak cashout sekarang? Lepas raya laaah.. ke nak tunggu semua skali cashout yea tak? ChurpChurp macam mana eh? Latest punya.. ada 12 Grapevine aje... hohoho.. Dah nak sebulan, tapi tak dapat cashout lagi.. huhuhuhu

Grapevine ke 12 terbaru aku adalah pasal >>GAJET CANGGIH<<

Hmmm.. macam mana korang? Earning CPC Nuffnang ni akan meningkat lagi tak? huhuhhu.. Oh BE, Oh SP.. silalah datang jenguk Blog ShaKiddo.. keh keh keh...

Labels: ,

27 July, 2011

Steak Unta Di Austin Steak House

Dah lama aku mengidam dan mencari ni. Aku selaku penggemar makan-makan (tak laaa sehebat HAZMANFADZIL.COM) dah lama nak makan daging unta. Bulan posa dah brape banyak kali, tapi murtabak unta tak jumpa-jumpa.. Sekeping katanya RM25 tapi tak jumpa. Biasa laaa.. nak rasa sikit. heheheehe


Camel Steak (Stik Unta) dekat RM35. Aku harap berbaloi laa bila rasa nanti. Amacam? Ahad ni OFF.. hik hik hik.. Aku dah makan belut, landak, rusa, arnab, itik, ostrich dan beberapa lagi. Cuma target selepas ini adalah aku nak makan daging kuda. Amacam?? Ada bran nak join?? Asalkan halal, aku Bismillah.. :)


CikLily enggak mau join? cer cari.. cer cari... dekat dengan sg ramal dalam dan seksyen 7 kalau tengok peta tu. Ni, aku dapat dari brochure post box umah aku.. hehhehee.. Jom bangi bangi ahad ni...!!!

Labels: , ,

Nasi Kerabu Hari Rabu

Hari ni kan hari rabu. So, korang kena makan nasik kerabu! Pernah makan nasik kerabu tak??


Jom makan weh... Hari Rabu Makan Nasi Kerabu

Labels: ,

Beratur Sebelum Makan

Gambar dari SmartPhone Samsung ACE

Suatu hari sebelum aku makan tengahari. Korang rasa-rasa kat mana nih? Beratur panjang nak makan nasik tengahari..

Labels:

Trafik Melampau Aku Dapat!! | Komen di SINI

Korang pernah tengok trafik melampau-lampau tak? Dari mana datangnya trafik itu di blog anda? Adakah di dalam negara anda atau di luar negara? Aku memang menghadap trafik yang tinggi pada setiap hari.! Korang ada trafik tak? kekadang aku naik muntah nak tengok trafik yang melampau.



Trafik yang tinggi datang adalah tak kira jam berapa. Kekadang melantun-lantun dari yang biasa. Biasanya sebelah petang time balik kerja. Tengah malam pun boleh jadi tinggi kalau kena harinya. Aduuuhhh.. Sesak sungguh trafik ini.



Trafik melampau di sini memang aku hangin. Kalau sesaper keje KL, paham-paham ajelah.. tersengguk jugak kekadang ngadap trafik ni.

TTDI- Putrajaya = Satu jam setengah. huh!!

Akhirnya, kesesakan trafik yang tinggi juga boleh memeningkan kepala. Berderet-deret trafik yang tinggi aku hadapi.
Waaaaaahhhh... trafik tinggi di sini.. sila tinggalkan komen untuk dikunjungi.

Labels: , ,

26 July, 2011

Jom Makan Kenny Rogers Roasters

Korang lapar tak??? Jom gi makan di KENNY ROGERS ROASTERS (MALAYSIA) Sedaaaapp. memang sedap. dan kalau makan ramai-ramai.. memang sedap jugak laa membayarnya.. hehehehe

Ni peberet set aku. 1/4 ayam BBQ, nasi, corn and carrot dan macaroni cheese,, mantop kan??!! Apa lagi... Bismillaahhh..

Korang jangan lupa, ADA HADIAH RAYA BILA BELI BARANG SAMSUNG!

Labels: , ,

Hadiah untuk Anak dari United Kingdom

Yeay!! dapat hadiah baju sehelai dari United Kingdom. Baju untuk anak pun jadi laaa, untuk bapak takde.. hehehee


Terima Kasih Puan Aslina Asiri yang merupakan Eksekutif MAS. Nanti tunggu Qistina setahun kita sambut besday yea...

Labels: ,

25 July, 2011

Kasut Warna Warni

Hari Isnin.. Memang Monday Blues..


Ungu dan Merah. Sekarang memang dah biasa kut. Kasut berwarna-warni selalu di pakai. Dulu harapkan kaler coklat dan hitam je kasut nih.

Labels: ,

Kereta Meragam | Nak Beli Kereta Baru?

Hadooiii... kereta buruk ni meragam pulak. Motor kipas untuk aircond dah burnt. Power window punya suis rosak dan suis lampu high beam dengan wiper rosak. Adoooii.. ni mesti ada kena mengena dengan wiring nih.

Inilah motor kipas aircond yang rosak

Kena ganti baru laaa.. aircond tak sejuk

Suis power window ni tukar sendiri je

Stereng lak jammed tak leh nak bukak. Kena gi kedai tayar suh bukak

Bende alah ni pun rosak dan jammed

Dah diganti baru.
Hmmmmm... melayang lagi $$$$$. Adooooiiii.. belum gaji lagi. Bulan depan puasa. marilah sama-sama kita berpuasa nanti yea. Kete aku ni dah aku pakai 8 tahun dah.

Boleh tak aku usha KERETA BARU MANTAP NIH?

Labels: , ,

Syukur dan Gembira Dapat Anak Perempuan

Alhamdulillah.. selesai sudah. Penantian kami untuk menerima cahaya mata. Lahirnya Nur Sakinah pada hari Jumaat 22 Julai 2011 di HUKM jam 8.02 pagi. Berat dalam 3.49kg dan bersalin normal.

Isteriku dan Nur Sakinah
Welcome to the world little one!! :)
My ilham jeles... uweekkkk!! ;p
Nur Sakinah binti Mohd Zaki. Bukan anak aku tapi anak kepada adik perempuan aku iaitu blogger DHIYAZ86 yang baru bergelar ibu yang bekerja di Jabatan Forensik, PDRM Cheras. Sekarang dia berpantang kat umah mak ayah kat Kajang. Dan semoga ibu dan ayah juga memberikan kasih sayang secukupnya. Umpama kain putih yang suci, ibu bapa lah yang mencorakkan masa depannya.

Kalau nak wish, leh laaa ke entry beliau di SINI
My ilham anak lelaki, Nur Sakinah perempuan, jadi dah sepasang laaa cucu mak ayah aku..!! Sebab aku anak kedua dalam adik beradik, maka sekarang aku bergelar Pak Ngah laaa yea..My wife jadi mak ngah..  heheehe.. Ni pak ngah ada satu lagu...

Labels: , , ,

24 July, 2011

Test Baju Raya!!

Jeng jeng jeng.. baju raya untuk si comel di pagi raya!!


Mummy ilham jalan-jalan ada berkenan jumpa baju melayu ni. Comel budak 8 bulan ni pakai baju melayu.. kopiah kait tu nasib muat lagi.. hehehee

Korang dah siap baju raya?? pakai tahun lepas punya pun boleeyyyy.. :)

Labels: , , ,

Harap Lulus Assessment

Minggu lepas kid ada bagitau nama dah naik untuk migrate ke contact centre unifi. Streamyx dan unifi adalah dua benda yang berbeza. So, kid diberi peluang untuk ceburi bidang baru.

Bersama KING yang dapat 3 tahun kontrak

Aku jawab ni sambil tidor je.. wakakkakaa
Fuuuhh kanan.. fuuuuhh kiri.. member satu batch dah ada 3 orang gi training unifi. Hope dapat follow laa untuk belajar mende baru ni. Walaupun sedey nak tinggalkan streamyx.. Bendanya sama.. internet. Cuma sistem yang digunakan bagi kami CUSTOMER SERVICE yang agak berbeza.

unifi unifi unifi go go go... (entry di pagi ahad) hahhaahhaa
happpy weekend semua!!!

Labels: , ,

23 July, 2011

Amaran kepada NUFFNANG!!! | Selepas Sebulan Tidak Diendahkan

Sekarang korang tak dapat nak access nuffnang kan? Nak check trafik, nak check earning, semua tak dapat.. Ape cer? Nuffnang?? Dimana tahap sekuriti anda? Pelepasan database oleh GaySec menunjukkan tahap sekuriti tak selamat lagi. Adoooiiii...

Genap sebulan lepas (23 Jun 2011), kid ada buat entry pasal Amaran kepada NUFFNANG!!!.. Hmmm.. tak pasti lah, diorang ada ambik kisah. Tetapi sekarang kena ambik kisah laaa.

Aku sempat menyelinap masuk ke dalam akaun nuffnang awal pagi tadi dan sempat jugak screenshot. Cer tengok.. cer tengok.. 

Keyword tak boleh blah.. hahahaaa.. semua nak hack dan nak tau pasal database nuffnang aje. Dan beberapa ketika, nuffnang DOWN! Hmmmm....


Genap sebulan sebelum ni aku dah buat entry. AMARAN kepada NUFFNANG tu.. dan hari ini database nuffnang betul-betul dapat hack. Pihak pengurusan nuffnang jangan saman aku eh.. Bukan aku buat tau.. itu GaySec yang bikin.. Aku "hack" yang lain aje pasal nuffnang nih...


Masa ambik tiket Transformers 3 dulu, kid ada pesan kat Tara, supaya cakap kat bebudak IT untuk tingkatkan sekuriti akaun nuffnang. Hope dah sampai kan laaaa.. Suruh tukar password.. suruh update.. Sebab memang ada orang cari benda pasal HACK NUFFNANG. Bila kid check, hmmmmm.. tak tukar password lagi..
Apa macam Nuffnang? Tukar laaa password streamyx ni skali. Karang tak pasal-pasal ada masalah sama gak. Korang tak leh login. pastu tak leh access.. Camner kid nak dapat Earning.. nak dapat BE? dan Advert.. hehehee. Ni, kid bagitau sekali lagi supaya nuffnang tukar password streamyx yea.. kalo tak tau, meh kid ajarkan. No problem nuffnang!! (ayat bodek BE dan advert.. kekekeek)
Okay nuffnang, Kid bukannya marah. Dan kid bukannya hack nuffnang yea. Cuma biasalaaa Grey Hat GaySec ni memang lebih advance sikit pasal hackers ni. yea tak? ekekekeee. Rasanya churpchurp ok tak? macam kena gak aje.. Sama laa tu..

Kalau nak test leh dapat iklan churpchurp, korang try klik iklan churpchurp baru KAT SINI.

Labels: , ,

22 July, 2011

Fabulous Friday #4 | ShaKiddo


Penuhkan dan Rapatkan saaaaaaf...!!!

Labels:

Internet Laju | Antara Streamyx dan Unifi

Yeaaahhh.. kali ini kita akan melihat betapa pentingnya internet dalam kehidupan kita. Kehidupan seorang blogger yang memerlukan internet. Dimana saja anda berada. Kalau boleh, sentiasa nak ada internet kan? kan? Sekarang, di antara streamyx dan unifi, inilah perbezaannya...

Pertanyaan dari Blogger
 Dan Jawapannya ialah...




Contact centre unifi pun adalah berlainan dari streamyx. Kalu streamyx, korang leh call 100 atau 1-300-888-123 untuk aduan. Nombor aduan untuk unifi pulak adalah seperti di atas.

Pilihan pakej UNIFI
Pilihan pakej STREAMYX
Haaaaa.... nanti aku terangkan lagi.. ni aku bagitau basic aje.. perbezaan antara unifi dan streamyx. Sebab lepas ni insyaAllah aku akan transfer cari contact centre streamyx ke contact centre unifi... whoaaaaaa.... kena training pasal NOVA system katanya.. nak baca balik Tapology of Streamyx... yeaaaaahhhh

Internet laju, baru best berblogging kan???

Labels: , ,

21 July, 2011

Tips Blogging Yang Berkesan | Testimoni Blogger

Kebelakangan ni, aku cuba memberikan summary tips-tips untuk panduan blogger. Berikutan banyak permintaan dan soalannya ada yang berulang, maka sebab itulah aku membuat koleksi tips untuk blogger. Di dalam aku memberikan tips-tips tersebut, beberapa blogger telah berjaya melaksanakannya dan dapat hasil POSITIF!

Cer tengok.. cer tengok....







Dari sudut hati kid, terima kasih diucapkan kepda semua yang jenguk blog ini. jangan lupa drop kan komen dan link sekali di RSS Comment Luv. yang mengamalkannya dan mendapat hasil positif, diucapkan tahniah!! Rasa lega sebab dapat membantu blogger lain. Dalam erti kata lain, tips tersebut memang MANTAP!!

Bagi yang terlepas membaca tips-tips tersebut, korang boleh klik link kat bawah atau di sebelah kanan ada Top Entry Post.

Koleksi Tips Trafik Naik dalam Sehari

Blogger PR4 Bongkar Tips Earning Nuffnang!!!

Koleksi Tips Earning ChurpChurp

Tiga Income dari Blog

Labels: ,