This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: May 2011

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

31 May, 2011

Nasi Itik Kwek Kwek TTDI

Korang pernah makan nasi itik?? kwek kwek.. kwek kwek... hehehee.. Asyik makan nasik ayam aje. Petang-petang bila meal break tak tau nak makan ape. dah lama aku nak try makan nasi itik nih. Yea laa.. makanan yang halal, boleh laa cuba. :)

antara menu utama

ada juga pilihan lain

pilihan airnya sikit aje pulok

amik air tebu aje laa

Inilah dia nasi itik!

suasana dalam kedai

Ada tax pulak tuh.. huhu
Hmmm.. so far, bagi aku nasi itik ni tak banyak bezanya dengan nasik ayam. cuma itik ni lain sikit laa. isinya agak pejal dari ayam.. hahahah.. dan kedai ni pulak agak sunyi lagi sebab baru bukak kut. Sesapa yang nak cuba, boleh laa ke TTDI yea untuk makan nasi itik! kwek kwek...kwek kwek..

Labels: ,

30 May, 2011

CASHOUT CHURPCHURP Pertama!!

Sebelum ni, ingatkan nak simpan dulu sampai nak Hari raya. tetapi, plan bertukar. Aku kini dah boleh CASHOUT CHURPCHURP yang pertama. Dan cashout churpchurp diproses 30 hari. yeaaaahhhh..

emel dari churpchurp

Jadi KOSONG balik.
Haaaaa.. sebab ape plan bertukar?? yea laaah, sebab ada benda lain nak dibuat dan tengah berjalan sekarang. Social Seeding tu... lamanyaaaaa.. korang ada check dashboard churpchurp tak?

p/s: beli walker untuk my ilham pun dah lepas nih... :)

Labels: , ,

29 May, 2011

Hadiah Baru dari NUFFNANG!

Baru balik dari kampung Sungai Besar kejap tadi. Bukak emel dan jenguk Nuffnang seperti biasa. tiba-tiba terpandang sesuatu!! Waaahhhhh.... HADIAH DARI NUFFNANG datang lagi...

Dah.. dah.. aku penat gak nih,. esok keje, tapi my wife dengan adik-adik ipar nak jenjalan ke Hari Sejuta Belia di Putrajaya. Ada jom heboh mini katanya.. haaaa... nak shopping laaa tuh! hahahahaaa.. kalau pagi-pagi boleh laaa kan? sejuk sikit nak jalan.

By the way, aku tengah fikirkan idea untuk sponsored post nih memandangkan due date nya agak bertembung dengan sebelum nih. huhuhuhu. alright! Terima Kasih NUFFNANG!

Tips dari ShaKiddo :
Terima kasih bloggers.. Jangan lupa update survey dan tetapkan kategori blog anda. :)

p/s: kalo pandai buat VLOG, leh laa join CONTEST BEST nih..

Labels: , ,

28 May, 2011

Menangi Segera Hadiah 68 TIKET WAYANG!

Anda mahu memenangi Tiket wayang dan hadiah? Anda mahu mencuba nasib peraduan yang mudah?
Jangan lupa untuk join GAME INI. Sebanyak 68 tiket wayang untuk dimenangi! Saper terror main game, boleh laa try. Better than nothing kan??

KLIK UNTUK PLAY!!
Hadiah untuk Pemenang!
Haaa... jangan lupa kepada sesiapa yang boring pada hujung minggu boleh main game ni. Asyik2 game sama aje.. Ni siap ada hadiah tau! cubalah.... :)

Aku nak rehat jap laa.. Balik kampung ada kenduri kawin lagi.. hehehee.. Selamat berhujung minggu!!
Jangan lupa jenguk Boleh Cashout Earning Churpchurp Pertama!! Tapi......

Satu lagi hadiah besar, boleh cuba try testy CONTEST LAGI BEST!!

Labels: , , , ,

27 May, 2011

Makan Sushi dan Sedut Hingus!

Halo halo kopi ke milo.. jom follow follow...

Dah lama tak makan sushi, kelmarin si milah, adik ipar ada beli kepsi dan juga sushi. Lama jugak laa tak makan sushi nih. Semalam my sha beli nasik goreng Thai, memang terbaik laa pulok!! Korang selalu makan sushi tak? hahahaa.. aku makan yang tak pedas punya a.k.a. takde wasabi.. bukan wahabi tau! hehehe

jom mamam!! (5 bijik ni aku sorang makan mana cukup) hahahahaha


Ermmm... my ilham sekarang ni kena selsema pulak. Kesian dia, meleleh air hingus dia kekadang. Nak suruh hembus memang dia tak tau.. So, aku sedut hingus dia laa. Susah jugak mula-mula tu sebab tak nak duduk diam-diam.. hehehe.. hangpa jangan cakap kotoq laaa sebab mak pak kita dulu pun buat camtu weh.. tak tau laa kalau hangpa pi hantaq klinik swasta suruh sedut hingus baby.. huhuhuu
So far keadaan ilham semakin OK, cuma cuaca selalu hujan dan dia selalu di bawak keluar balik malam kut. Sekarang, kasi dia rileks dan ilham masih aktif dan main, gelak tawa macam biasa.. Kena pantau hingus dia yang keluar sikit2 je lagi..

Korang sanggup sedut hingus baby tak?? :)
Yahooooooo...  Boleh Cashout Earning Churpchurp Pertama!! Tapi......
Bosan-bosan takde buat ape, baik jaoin contest ni KERETA MASYUUUUKK BEST!!

Labels: , , ,

Boleh Cashout Earning Churpchurp Pertama!! Tapi....

Setelah kecewa dengan The Great Churpchurp Race (padahal tak rajin gi pit stop pun), kini semua itu terubat. Dalam masa 7 bulan, aku boleh cashout earning churpchurp yang pertama! Tapi... cer tengok dulu..

Dah boleh cashout nuffnang buat kali pertama!! Sekarang adalah masa yang sesuai tetapi, aku masih nak tunggu lain bulan. tengah tunggu cek NUFFNANG pertama. Errmm... aku buat keputusan, nanti churpchurp ni simpan untuk cashout raya. Yeahaaaaa!! Ok tak? walaupun masih menunggu GRAPEVINE tak jumpa-jumpa lagi, aku dah boleh tersenyum kerana usaha selama ini berhasil.

Buat kengkawan blogger skalian, churpchurp ni memang kena rajin tweets.. dan rajin berkempen.. yeehaaa!! Baru ni ada contest kat PERODUA. Lumayan beb.. usah KAT SINI laaa der...

Hurraaaayyy!!!!

Labels: , , ,

26 May, 2011

Mana Satu Puting Terbaik Pilihan Anda?

Perhatian: Bacaan umum. Ini adalah pendapat penulis semata-mata. tiada kena mengena dengan orang lain.

Kali ini kid nak kongsi dengan semua. Dan korang semua sendiri buat pilihan. Pilihan bijak, hati pun senang. hehehe.. korang pernah tengok puting? Haaaa... kalau korang, mana satu puting yang korang suka?

 Ada puting jenis RUBBER
 Ada puting jenis SILIKON
Mana satu puting pilihan anda? untuk bayi yang menyusu badan mestilah yang terbaik dari susu badan ibu. tapi, jika ibu bekerja atau susu badan telah habis, kena jugak pakai botol susu. Pilih yang BPA FREE tau!

Okay, setahu kid, ada jenis S, M, L dan Y. bukan ikut saiz tapi jenis kepala dan lubang puting tersebut. contohnya kalau jenis M seperti gambar di atas, lubangnya bulat. Yang sesuai untuk baby yang dah besar. Secara teknikalnya, air susu dalam botol tu keluar laju sikit laa..

Yang pilihan kid buat masa ini adalah jenis Y kerana puting jenis ini hanya keluar apabila disedut. Tidaklah anak tersedak atau tercekik susu kerana air keluar laju dari puting. apa-apa pun perlukan perhatian apabila anak menyusu botol.
Okay, sekian dulu. Pilihan bijak untuk anda!! :) Kalau korang pandai VLOG dan kalau nak cuba dapat hadiah lebih, boleh KLIK SINI

p/s: credit picture to pigeon

Labels: , ,

Kenapa Grapevine tak Muncul di Blog?

Dah lama gak nuffnang dan churpchurp announce pasal grapevine. tapi, tak pernah nampak pun dekat sidebar? camner ek? ada kriteria pemilihan tak? eewaaahh.. CPA ads pun takdo.. Semua CPC Ads. Siapa yang ada Grapevine, share2 experience leh? hehehee

Dah laa lagi sikiiit aje nak cashout. tapi cadang nak cashout time sebulan nak raya nanti. hehhee
kalau korang ada bakat, nak duit lebih, boleh laaa KLIK SINI!!

Labels: , , ,

25 May, 2011

Parenting Blog Shakiddo Kena Terjah dengan Mat Klate!!

Inilah yang berlaku. Apabila aku buat cerita pasal parenting, mesti ada mata-mata yang membaca. tak kurang juga blogger yang menyinggah. Semuanya pasal ingin share dan mencari apa yang tidak diketahui.

Semalam ada seorang blogger Kelantan yang katakan dia dari kelantanblogger, dia tertarik dengan blog shakiddo yang cap ayam ini. (eh, ayam pun dah naik harga laa..). namanya Rozuan Ismail dan merupakan orang Tanah Merah, Kelantan yang kini di bangi.

Jom tengok apa kata rozuan pasal blog shakiddo ni DI SINI
Jom kita terjah pulak PAK CEK BIOLA nih.. Wan ni suka main biola.. ahli musik laa katakan.. hehehehe

Kepada pak cek biola, thanks kerana sudi review blog Shakiddo ini walaupun pak cek Biola baru kenal di alam Blog. hehehe.. tq so much!! awe, mu nok kawen doh ko? hehehee

eh, mana ilham??
ilham menyusu dgn bantal busyuk daaaa

Labels: , ,

BE ke 8 Muncul setelah Metered Earning

Setelah BE ke 6 dan ke 7 Serentak , BE ke 5 iaitu KFC CHICKEN CHOP telah metered earning. Tetapi dengan baik hatinya NUFFNANG telah menambah satu lagi BE dari DiGi wwwooow awards!

Terima kasih nuffnang!! terima kasih kepada semua pengunjung di sini. Teruskan sokongan anda. nantikan "DADDY DUNK" pada bulan depan. eewaaaahhh.. Father's Day laaaa.. :)

Labels: , , ,

24 May, 2011

Perpisahan Berlaku Lagi | Sayonara IBM 34

Beberapa hari yang lepas, di tempat kerja aku, dimaklumkan Team Leader aku akan berpindah ke Menara Cygal yang sebelah Menara TM tu. Jadi group aku yang baru aku join baru dua bulan akan dibubarkan. Alaaaaamak.. baru nak kenal-kenal dengan semua. Cuma 11 orang aje dalam satu group. Best wooo diorang nih,,

Jadi, adalaa buat Farewell party. Sementara ada masa dan sempat. Minggu ni dah keje tghari-malam. Ni makan-makan pizza hut, ayam goreng dan bun POPEYE TTDI, serta air botol aje.
Jam Strawberry memang sedap!

Jam, Banu, Yanie, Usmi dan Zira.. diorang senior
afiq naruto dam imran (jiwang..hehhe)
Team Leader, kat tengah tu.. Cik Ayu
Aishhh.. ni muka lapar nih.. hahaha
haaaa... ni laa sikit-sikit farewell party untuk Team Leader aku tuh. Dan juga untuk reshuffle group IBM 34 nih. Lepas ni aku pun tak passti akan diserapkan ke team mana. Terpulang laaa nanti camane. Apa-apa pun, kerja mesti diteruskan dan group IBM 34 ni memang best!!

Haaa... 1.54 pagi tu....
Orait, kalau takde jawab call.. si Imran ajmain ni dok khusyuk main sudoku-kakuro.. hahaha.. Aku?? tak dapat laa main kira-kira.. pening matematik.. wakakkakaa..

Dan lagu sayonara sampai berjumpa lagi ini (teringat masa pengakap dulu) untuk semua ahli IBM 34.. nanti keep in touch dengan aku eh.. Will miss you all guys..!!!

Labels: , ,

23 May, 2011

Buffered Earning dari Trudy & Teddy

Korang ada baca tak entry pasal BE ke 6 dan ke 7 Serentak yang lepas. Dan aku nak kongsi apa yang ada dari BE tersebut. Sedikit tips juga kali ini untuk korang.. Tapi jom tengok apa yang ada di WEB pengiklan.


Sekali imbas, bila tengok gambar di atas, menunjukkan baju si kecil adalah berkonsepkan Klasik European, moden dan elegant. Cawang di Malaysia juga pun ada untuk para ibu dan bapa membelinya.


Waaaahh.. kat alamanda pun ada. Boleh laa aku try baju baru untuk ilham ni. Gaya baru untuk hari raya.. Maybe? hehehee. dah jadi daddy ni, kena laa berkorban sikit untuk anak. Tapi ikut juga dengan kemampuan. Ukur baju kan di badan sendiri. jadi sesiapa yang berminat lebih lanjut, boleh ke TRUDY AND TEDDY atau hubungi 603- 806 88888

Okay, dan kalau korang nak tahu, beberapa hari sebelum aku dapat BE ke 6 dan ke 7 Serentak
, aku telah update Bio survey. Nak tau mana satu.. cer tengok gambar bawah. Korang UPDATE BIO SURVEY sebulan dalam dua kali pun cukup laaa.. Blog ni parenting blog, so dapat gak laa BE dari parenting web. :)


Orait.. Selamat mencuba!!!! kongsikan dengan KLIK LIKE FACEBOOK tab di bawah!

Labels: , ,

22 May, 2011

Baby Happy! | Happy Sunday!

Hari ahad. rileks sikit. Berehat dengan my ilham. Seronoknya dia hari nih. gelak-gelak. dari pagi tadi. Dah lama-lama, letih mummy dan daddy nih. heheehe..





Korang macam mana? Jalan-jalan yea hari nih? happy happy selalu..!!!!

Labels: , , ,

Kasut Baru untuk Anak

Dah 6 bulan dah ilham. dah boleh meniarap. Kejap pusing ke kiri, pusing ke kanan. Yang nampak ketara sekarang, my ilham macam ke arah leftthanded. hehehe.. mummy dan tokwan pun kidal. Dan sekarang kaki ilham dah makin tegap. Bila pegang dia tegak berdiri, kaki-kakinya kuat nak bertatih dan berdiri. Cuma nak seimbangkan badan aje.

Bila tengok hadiah2 hamper ilham.. ada laa kasut skali. Baju-baju ada yang tak muat dah.




Haaaaa.. itulah antara kasut yang perlu ilham pakai sebelum tak muat. Hadiah untuk ilham. Kalau kat kedai, pilihan kasut terbaik untuk baby pun mahal gak harganya kan? barang-barang baby boleh tahan harganya kan? Okaylah, hari ni nak ke Kajang. Nak tengok rumah yang direnovated.

Social seeding tengah berjalan.. forum kali kedua, tak buat lgi nih.. woohoooo!!!! yahoooooo!!!

Labels: , ,

21 May, 2011

Pampers Pilihan Terbaik!

Dalam menjaga dan membesarkan anak ni. Pelbagai kelengkapan yang perlu diambil kira. Memang laaa.. ambil, pastu kira-kira laa.. Bajet. bajet yang perlu ada untuk susu dan yang penting juga adalah PAMPERS.

Sejak ilham lahir, pelbagai jenama yang dah cuba. Drypers, Pet Pet, Fitti dan juga Huggies. Tapi pampers / lampin pakai buang yang terbaik yang sesuai dengan my ilham adalah jenama HUGGIES. Memang kat pasaran, banyak jenama, tetapi untuk dapatkan harga yang murah, memang kena banyak survey. so far, aku beli pampers ni kat satu kedai pemborong di Putrajaya dekat area rumah aku. harganya memang lebih murah dari Mydin, giant atau carrefour.


Okay, korang tengok harga HUGGIES DRY ni.. RM32.90 untuk satu beg saiz L nih. bandingkan dengan harga lain. so far ilham selesa dengan pampers terbaik nih. tu yang teruskan aje. Ader jugak nak beli HUGGIES ULTRA, tapi harganya agak mahal sikit sebab ia lebih serapan. Yang ni kira sedang2 aje laa harganya.

Okay, apa-apa pun.. asalkan anak anda selesa, sihat dan selamat.. Fulus mummy dan daddy pun selamaat..  hehehe.. Tul tak?

Labels: , ,

20 May, 2011

250 Bloggers diperlukan Untuk HARI RAYA!

Amacam korang hari ni?? dah makan? dah update blog? dah siapkan keje? haaaaa.. kali ni sebab aku agak busy, maka nak panggil semua lah yang jenguk ke blog SHAKIDDO ni. sekarang dah bulan 5. Raya bila ek?? hujung bulan 8 kan? (mesti ada yang jawab raya bulan syawal) heheeh..

Alahai.. tahun ni, turn beraya kat kampung bini. Cuti dah apply, hope approve la.. kali ni 1st time nak beraya bersama my ilham sekali. Baju melayu baby ader ke eh?? cer citer.. cer citer..

Cer tengok.. cer tengok churpchurp kat atas ni.. lagi 5 hengget lebih aje nak cashout.. sebab tu 250 Bloggers diperlukan Untuk HARI RAYA!
Sebab aku macam rasa nak cashout untuk hari raya laaa.. Bonus dah kompem tak ade.. ni je laa kut nak beli dodol, kuih raye, duit raye, baju raye.. aishhh.. cukup ke? hehee.. social seeding tu pun tengah jalan lagi, lum leh cashout.

So, ape kata korang  >>KLIK SINI<< untuk merempit sebelum hari raya. Dan juga ada promosi sampai bulan september,  DAPATKAN VAUCHER RM5000 untuk korang!

CHURPCHURP.. MEMANG TERBAIK..!!!!

Labels: , ,

19 May, 2011

Siapa nak DUIT Lebih?

Mana nak dapat duit? duit datang dari mana? haaa... kene keje laaa.. Selasa lepas masa Hari Wesak, aku keje. wow!!! triple pay! nak buat camner, jadual dah camtu.. hehehe. Ni pulak ada offer buat duit lebih.


Dengan offer buat OT sampai hujung bulan ni, sejam dibayar Rm12-14.. Perrghhh.. larat tak larat aje laa.. Call memang tengah HIGH. So, aku dan member2 aku macam malas aje.. dah laa minggu ni shif 4.30pm -2 pagi.. lain kali aje laa.. huhuu


Korang ada buat Overtime ke??

Labels: , ,

BE ke 6 dan ke 7 Serentak

Setelah lama BE menyepi, kini ia datang kembali.. dengan dua BE serentak! yeaaaaahhh.. alhamdulillah, rezeki berblogging lagi. Walaupun blog aku telah beberapa kali dicuba untuk hack shoutmix, dan sekarang ada masalah share link ke facebook. (ni mesti ada kes orang dengki nih.. pasal sumpah.. huhu)

anyway, aku balik keje awal pagi tadi.. tup tup... ada 2 BE serentak

Terima kasih kepada korang.. jemput datang lagi.. Bulan depan dah masuk bulan Jun, harap bertambah lagi.. hehehee

orait.. stay tune....

Labels: , ,

18 May, 2011

Rezeki Anak genap 6 bulan | SYUKUR

Hari ini genap my ilham 6 bulan. Pagi tadi pegi klinik, memang dah ada appointment kat Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya. Nurse tu timbang, berat ilham dah 7.2kg, tinggi 70cm. Waaaahhh.. dah besar anak mummy dan daddy nih. Susu dah minum 4 auns, pampers memang dah tukar saiz L. tambahan pulak dengan makanan bijirin CERELAC.

Pagi-pagi dah kena bangun.. hehehe

Nurse cucuk untuk 6 bulan

uncle dgn aunty nak tengok ilham silat kaki tak? laju niiii...

Penat laaaa.. nak rehat jap.. bagi daddy blogging.. hehee
Haaaa.. kelmarin aku off, satu hari dengan ilham.. semalam keje, mummy jaga.. hari ni keje petang, dengan ilham lagi.. elok2 aku nak buat CERELAC, ilham dah tertido.. hmmm pasni dah besar leh makan biskut OREO lak yea.. tul tak ABANG MAN?

Dah genap dah ilham 6 bulan hari ni.. Tiba-tiba.....

Kringggg.. kriiinnggg... krinnnggggg.. krinngggggg... (bunyi henpon aku daaa)

Miss P : Hai.. saya dari NUFFNANG ada berita gembira untuk awak.. ni Hisyamudin Fadzil kan?
Aku : betul betul betul.. yea laaaa.. berita ape nih? suspen je...

Miss P: memang laa suspen, sebab nanti besambung pada entry lain..
Aku: laaa.. ye ke? takpe lah, nanti sambung pada 19 Jun..

kih kih kih.. pandai tak aku ubah dialog..? jeng jeng jeng.... Alhamdulillah, rezeki berblogging lagi. Kena pulak dengan genapnya ilham 6 bulan hari ni. Tapi, 19 jun?? ada ape ek??

Ape??? Father's Day?? Oohhhh.. i likkeeee!!! here Daddy come!!

Labels: , ,

Gatal Gusi?

Dari kelmarin dah bagi ilham makanan bijirin. Malam semalam makin kerap nak masukkan jari dalam mulut. Isshhh.. gatal gusi ke anakku ni.. Dulu ada beli benda alah yang gigit-gigit nih.. bukan ada gigi pun.. gusi je.. gatal laaa tuh.. hehehe

Saye ader ini..

Saye nak gigit ni..

alaaaa.. tak boleh ke? gatal gusi laaa..

Nak gigit laahh.
Teringat lagu atuk opah kita..
Buai laju laju.. sampai cucur atap
belum tumbuh gigi, pandai baca kitab..

Inilah yang berlaku bila anak gatal gusi..
Ilham tumbuh gigi dulu ke.. berjalan dulu?? hehehehe
taaa.. tihhh... taaaaa... tihhhh...

Labels: , , ,