This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: January 2011

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

31 January, 2011

Hantu Makan Subway | Spender Besar

Hari ni aku cuti. Menunggu tengahari.
Sebab apa? Sebab Gaji laaa... hahahahaa
12.30 tghari aku dapat info dari TUKANG MEREPEK, aku bergegas laaa keluarkan duit $$$$, hahaahaa..


Jom!! shopping di Alamanda!! Bawak my sha, my ilham dan adik ipar. Merasa laa bawak STROLLER SWEET CHERRY baru.
Makan Nasi Ayam BlackPepper kat RASA, Alamanda. Lepas tu shopping barang dapur kat Carrefour.
Dah penat-penat jalan, terasa nak makan SUBWAY lak. Terus shoot ke Giant Equine sebab dengar kata dah bukak kat situ. dekat laaa sikit aku nak mentekedarah SUBWAY ni.

SUBWAY Giant Equine

Antara favourite menu aku, B.M.T. dengan roti parmesan atau Honey Oat

Topping aku suruh letak semua.. plus Mayo + 1000 islands + chili
Beginilah harganya promosi Hari Isnin, B.M.T.

 6 Biji. satu Taknak bawang. hehehee
Inilah Spender Besar a.k.a. Big Spender... hehehe
Haaa.. lepas ni nak cuba luck BIG Spender tu. Kira Spender Besar laaa.. hehehe.. Hadiahnya Brand Apple. wow! cuba aje laaaah.. :)

Labels: , , ,

Sweet Cherry Terbaik!

Semalam (ahad), kid dan my sha balik ke Kajang. Yealah, hujung minggu takde buat ape.
Dengan hujan renyai pagi-pagi terus redah menuju Kajang dari Putrajaya nih. Bukan main suka tokwan dan opah my ilham. Sekarang my ilham dah pandai nak main agah-agah dan suka gelak sengsorang. Hahahaaaa...


Then, petang nak balik, tokwan dan opahnya ajak singgah ke Manjaku Kajang. Nak belikan stroller. Dulu aku pernah buat entry pasal Sweet Cherry ni gak. Boleh tengok BABY CAR SEAT
Mummy ilham yang suka sangat dengan warna ORANGE telah jumpa kipas lipas ni. Berkenan terus. hahhaaa

Portable Fan pakai bateri 2 x AA

Bila pusing, ada lampu-lampu pulak. hahahaa

Pasang terus laaa kat stroller
 
Sudah semestinya Sweet Cherry menjadi pilihan
Yang penting ilham suka!!

Dekat Car Seat Sweet Cherry pun suka!! rileks je..
Stroller ni disponsor oleh my mum and dad, ADIKKU IBU MENGANDUNG dan ABANGKU SIFU BLOGKU. Terima kasih.. terima kasih banyak-banyak untuk anak sulung cucu sulung nih. Moga bertambah rezeki kita semua. ameeenn..

Buat anda semua, pilih laa Sweet Cherry!! berbaloi-baloi untuk si kecil...!!!!

Labels: , , ,

Dapat Hadiah dari Blogger Otai | Peraduan teka teki

yahooooo!!!
aku menang! aku menang!!
tak sangka aku jawab betul. dah diumumkan kat salah satu Blogger otai. Ini adalah HADIAH PERTAMA aku dari peraduan dari blog. :)

korang tak join ke? Kalau lupa yang mana satu, klik PERADUAN TEKA TEKI ni. Aku dapat Pos Ekspress semalam (sabtu). jeng jeng jeng...


Fridge Magnet Teluk Batik
Bertambah koleksi fridge magnet


Terima kasih.. terima kasih kepada BLOGGER OTAI BIRU.  
Hadiah sampai dengan selamat.

Labels: , ,

30 January, 2011

HOT TIKET MAXIS | DOUBLE PROSPERITY CHINESE NEW YEAR

Berita baik buat pengguna MAXIS!! promosi TAHUN BARU CINA 2011. Beli RM20 dan RM30 HOT TIKET


Memang berbaloi-baloi bila beli HOT TIKET ni... Kalau nak maklumat lanjut pasal HOT TIKET ni, boleh laaa KLIK DEKAT HOT TIKET CNY TAHUN ARNAB 2011.

Labels: , ,

Join Churp Churp | Jom Cari Duit Extra!!

Kepada semua blogger!!!
Jom join Churpchurp nih.
jangan terlambat kerana sekarang kempen churpchurp semakin hebat!!
Adik beradik NUFFNANG.


Register cepat untuk tambahan duit blogging anda.!! Percuma je! tak perlu bayar pun.. hehehee

Labels: , , ,

28 January, 2011

Gelanggang Raja Lawak 5 Minggu Ke 4 | Kopi O Tersingkir

Raja Lawak 5 sudah kembali lagi.. Sekarang dah masuk ke minggu ke 4. Gelanggang Raja Lawak 5 makin menunjukkan perubahan. Peserta Raja Lawak 5 makin sikit dah.. Tajuk pada minggu ini adalah "CINTA"



LUCKY: 3 pendekar, dengan kisah cinta bapanya..
BALAS: Kisah cinta "tom and Jerry:. dialek still macam omputih.. 
MAN:  cinta terhalang, cinta duit, cinta along..
R2: Bomoh cinta Moden.. lawak lawak lawak.. hahhaha 
LEMAN: cinta kucing dari cinta bini..
NAZMI: kisah cinta dengan iringi lagu cromok.. tipu3.. yesszzaaa
PUKAW:  cinta hantu raya, vampire, hantu kontot..

EPY: cinta dengan cikgu, cinta mak dan bapak.. 
KOPIO: haahahaa.. yang ni aku tak paham!! hampeh jer..



Kali ni kedudukan 3 terbawah adalah Kopi O, Epy dan Pukaw .

Yang tersingkir adalah KOPI O

Juri 
Afdlin shauki: kopi O macam keretapi eksiden yang tak dapat diselamatkan lagi.. huhuhu
Satya: hati-hati epy, kuda nombor 7.. jangan tertinggal belakang..
David teoh: "gelanggang raja lawak macam perlumbaan kuda, u mesti terus nombor 1 sampai hujung baru boleh menang raja lawak"





Sekarang tinggal 8 peserta. Jom komen GELANGGANG RAJA LAWAK 5 MINGGU KE 4..

Labels: , , ,

Selsema Tapi Semangat Bekerja

Hari ni aku bangun pagi-pagi. Agak selsema pukul 4.30pagi.
Mandi laa jugak air sejuk pagi-pagi... buurrrrr..


Pukul 5 pagi macam biasa aku start enjin terus menuju ke TTDI. Malas nak MC. Malas nak ambik cuti lagi. Aku masih larat lagi. Aku masih ada tenaga lagi.


Bila dah start keje pukul 6.30 pagi, aku bersin kerap kerap. Kejap-kejap bersin. hidung ni memang gatal sebab ada resdung. Makan solubel memang tak harapan aje laa time ni. Aku "kena" dengan ubat Clarinase aje, yang lain, ada ubat selsema yang mengantuk tapi takkan nak makan time keje nanti entah jawab ape merepek kat customer.

Pukul 8.30 aku breakfast jap. Memang lapar laaa time pagi-pagi. Lepas tu aku naik balik, kat meja aku ada MASK. topeng untuk penapis hidung dan mulut. Aku tanya sapa bagi, haram sorang pun tak mengaku. Bukannya apa, nak ucap terima kasih je. hahhahaaa


So, aku sambung laa kerja macam ni....


Aku teruskan keje. Mula-mula aku taknak pakai sebab takut tak clear customer dengar. Tapi, bila test call dengan member.. peergghhh... clear suara!! Memang terbaikkk laaaa console headset nih..


So, rajin-rajin laa keje yea.. yeeeehaaaa!!!!!!

Labels: , ,

Jom Basuh!!

Balik kampung hari tu, time musim menuai.
Apa lagi.. bersepah laaa tanah liat kat jalan raya.
Terpalit kena kat kereta. Nak basuh sendiri tak larat. haduuiiihhhhh.. tengok aje laaaa..

dah jadi macam kelabu..


tengok je laaa selutnya


kasi zoom sikit


Kasi cuci Enjin sekali..

Snow wash

Cuci Luar dan Dalam...
 
Bersih berkilat balik
Haaaaa... dah selesai masalah. Aku ni jenis malas nak basuh kereta dah. Masa awal2 dulu rajin la. Sekarang dah tujuh tahun, hurrmmm... ke kedai aje laaaa..


Korang basuh kereta / motor sendiri tak??

Labels: , , ,

27 January, 2011

Finalist Baby Car Seat | Pilihan Terbaik!!

Hari ni aku cuti sehari. Lepas tu keje dua hari lepas tu cuti dua hari. Aishhh... jadual oh jadual..

So, aku tak lepaskan masa cuti aku. Jom pegi JUSCO EQUINE.
sebab nak beli Baby Car Seat. Ada banyak jugak pilihan..

Pelbagai pattern dan warna
 
Lepas ni nak kumpul duit beli stroller pulak..

Lepas tu nak belikan walker..
 
Dah besar sikit, leh belikan ni...
Dua finalist Akhir Baby Car Seat
Eh eh.. banyaknya nak beli nanti.. Segalanya untuk anak sulung cucu sulung atuk opah ni.. hehehe
Aku kerja ni pun bukan untuk siapa lagi dah.. Keluarga.. :) 
Haaaa.. pastu, tinggal laaa dua finalist pilihan mummy dan daddy ilham. Dua-dua lebih kurang sama fungsinya. Beli yang untuk dari newborn sampai 4 tahun punya. 


Dan setelah bincang dan pilih-pilih, mummy dan daddy ilham pilih ni. Brand SWEET CHERRY. Nak suruh ilham pilih, dia tidur lak dalam JUSCO EQUINE tu.. hehehe.. 

CAR SEAT LB 718 SWEET CHERRY

Walaupun agak mahal, ia berbaloi-baloi SEBAB...
 
SEBAB my ilham nyenyak tidur dalam Baby Car Seat tu... Selesalah ilham bagitau. TERIMA KASIH SWEET CHERRY


Dalam keadaan tegak ataupun baring.. Sukanya ilham..!!!

Labels: , ,

26 January, 2011

Trafik 300 ke bawah? Jom Ke Sini | Pelan-Pelan Buat Duit

Trafik korang bawah 300??
Nak bersama blogger yang lain?



Korang jom laa BLOGWALKING KAT SINI
Tuan punya blog jemput blogwalking sekali.
Kita guna manual lah yea.. Yang lepas tu, lepas lah yea...
Jom sama-sama tingkatkan trafik. hehehehee

Labels: ,

25 January, 2011

Green Hornet Free Collection

Terlepas tiket Green Hornet?
Nak simpan koleksi Green Hornet?
Kini anda boleh dapat....


Dan Kalau nak jenguk promosi ni lagi, korang boleh klik PROMOSI DOMINO'S ataupun klik terus ke DOMINO'S kat bawah nih


Sekali sekala tukar selera. Duduk rumah je. Call boleh, online pun boleh.. Dah gaji ni atau nak datang nih.. jom laaaa try.. hehehee


Bayar masuk akaun sendiri laaa yea... hehheeee

Labels: , , ,

Nuffnang System Down | Kena Hack ke??

Berita terbaru.. NUFFNANG punya sistem down!


korang tengok nih..


Aku cuba bukak dah setengah jam tak boleh2.. korang dapat bukak NUFFNANG tak?? kena ape yea? nuffnang kena hack ke?? hadooiii... mintak jauh laaa yea..

Korang tengok nuff korang.. aku punya setengah jam dah tak leh bukak nih.. tulung.. tulung... huhuhuh

Labels: , , ,

24 January, 2011

CPA terbaru dari Nuffnang!!! | Memang Berbeza

Baru baru ni, NUFFNANG ada umumkan untuk mengoptimumkan pendapatan melalui iklan2 yang masuk di blog. Kalau nak tau lanjut, boleh baca CPA NUFFNANG.


Baru ni, aku jenguk earnings dan ada sedikit perubahan. Tak laaa besar sangat tapi ada menunjukkan perbezaan antara CPC dan CPA.



Aku tak laa arif sangat, tapi happy gak laa sebab amount dari CPA ni lebih sikit dari CPC yang biasa. Korang tau tak pasal ni???

Labels: , ,

23 January, 2011

Streamyx System Down | Kelam Kabut Aku

SYSTEM DOWN.. SYSTEM HANG..



Apa nak buat? Apa boleh buat?


Sistem Down.. Pengguna Streamyx yang ada masalah connection, Tapi kami di contact center tak boleh buat troubleshoot banyak sangat sebab sistem down. system hang.. macam mana nak bantu customer.


Adoooiii.. kesian pun ada tak dapat buat report. Esok dah masuk hari bekerja di kebanyakan negeri. Makin 'chaos' laaa nanti... adoooiii... dan adoooiii....

Buat korang semua.. sementara ni, standby laaa ape yang patut. Pakai wireless je ke ape.. kalau urgent2 bagi company... abishhhhh... Tadah telinga je laaaa aku esok.. tadi pun boleh tahan, dari kul 11.30pagi.. huk huk huk...

Sistem sedang diupdate... haiyaaaaa....

Labels: , ,

Pelacur Asing Jalan Cochrane | Pakej Dua Orang RM100!!!

Apa nak jadi????

Serbuan serta tangkapan berterusan oleh pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan pelacuran di ibu negara belum cukup menggentarkan golongan itu terutama wanita warga asing untuk terus menawarkan khidmat seks.


Pendedahan media mengenai kegiatan maksiat di lokasi tertentu di ibu negara yang menjadi lubuk perkhidmatan seks juga tidak memberi kesan dan kegiatan itu seperti kebal daripada tindakan pihak berkuasa. Tinjauan Metroplus di Wisma Indah, Jalan Cochrane, di sini, baru-baru ini, mendapati masih ada lagi pelacur asing dan tempatan berkeliaran walaupun kawasan berdekatan dengan bangunan berkenaan baru saja diserbu polis dan beberapa wanita dipercayai pelacur warga China diberkas.

Pelacur terutama warga China berusia lingkungan 20 hingga lewat 30-an dikesan menjalankan operasi seawal jam 8 pagi hingga larut malam setiap hari dan menawarkan khidmat seks dengan harga RM60 di bangunan tujuh tingkat itu. Mereka dilihat menunggu di kaki lima bangunan berhampiran laluan ke lif dan menjadikan lelaki yang lalu-lalang serta orang ramai yang berurusan di beberapa premis perniagaan di tingkat bawah bangunan terbabit termasuk pelanggan di dua bank di situ.


Tinjauan mendapati tidak kurang 10 pelacur dipercayai dari China dan beberapa wanita tempatan serta golongan mak nyah yang kebanyakannya berpakaian seksi. Lelaki yang berminat untuk melanggan khidmat mereka kemudian akan dibawa ke aras tertentu bangunan berkenaan yang menempatkan rumah sewa pelacur berkenaan. Dipercayai terdapat lebih daripada tiga rumah yang dijadikan sarang pelacuran dan semuanya di tingkat berlainan.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, kegiatan tidak bermoral itu serta mencemar keharmonian kawasan itu berlaku sejak beberapa tahun lalu dan mereka bertindak semakin berani menawarkan khidmat seks pada waktu siang terutama pada hujung minggu. Menurutnya, wanita warga asing itu tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan, sebaliknya hanya memaklumkan harga perkhidmatan ditawarkan dalam bahasa Inggeris dan isyarat tangan.


“Setiap lelaki yang melintas di depan mereka akan disapa dengan pertanyaan ‘massage sir, 60 dollar’ (urut encik, 60 ringgit) dan ditarik tangan supaya mengikut mereka menaiki lif. Bagi lelaki yang inginkan seks akan terus mengikut dan ada juga yang tawar menawar harga.


“Terdapat juga pelacur yang menawarkan diskaun jika ada lelaki yang berminat untuk melanggan mereka dua orang, sekali gus dan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM100, ” katanya.

Menurutnya lagi, bilangan pelacur tempatan di kawasan itu tidak ramai, hanya dua atau tiga orang saja dan ia mungkin disebabkan mereka tidak mampu menyewa rumah di bangunan berkenaan serta tidak dapat bersaing dengan pelacur asing. “Golongan mak nyah turut mencari pelanggan di kawasan ini, namun mereka menjadikan lorong belakang di bangunan bertentangan dengan wisma ini bagi menjalankan kegiatan mereka itu.

“Kami sudah tidak boleh tahan dengan semua aktiviti maksiat ini, walaupun pihak berkuasa pernah menyerbu kawasan ini, namun kegiatan ini seperti sukar dihapuskan kerana rumah yang menjadi sarang pelacuran itu sukar dikesan dan sentiasa dikawal rapi,” katanya.

Tinjauan selama beberapa hari di kawasan itu, turut mendapati beberapa lelaki kelihatan berkawal setiap kali pelacur berkenaan mencari pelanggan di kaki lima. Mereka dilihat memerhatikan setiap gerak geri wanita jagaan mereka itu.


sumber: harian metro

p/s: cissss... bahana tul kalau tak diperangi.. Hati2 kalau lalu Cochrane...

Labels: ,

21 January, 2011

Gelanggang Raja Lawak 5 Minggu Ke 3 | KAMI dan TBO Tersingkir

Gelanggang Raja Lawak 5 minggu ke 3.


Kali ni aku nak jadi juri jugak. Tapi berdasarkan pemerhatian peribadi aku laaa kan. bukan macam juri professional. Tema kali ini adalah "Tiru Macam Saya"



NAZMI: Nazmi tiru gaya David Teoh.. hahahaaa...macam2 gaya.
PUKAW: Tiru Labu Labi dan Ibrahim Pendek... hehehee 
TBO: Tiru hasbullah awang dan Wan kamaruddin.. Awal. biasa je.. 
LUCKY: Tiru Farid Kamil.. dan Noh Hujan.. pemain badminton..
MAN: Eric Deco Idaman dan Nasir Bilal Khan... hahahaaa
KAMI: Lady Gagap dan Oprah... hurmm.. a bit boring laaa..
KOPIO: Mari Menari ikut lagu i dont wanna miss a thing, Aerosmith
LEMAN: Tiru ala2 Lan Pet Pet..
R2: Tiru Karam Singh Walia dan Micheal Jackson..
EPY: Dengan kening terangkat.. Tiru The Rock!! tapi simple je la.. 
BALAS:Tiru Filem Lagenda Budak Setan



Tiga peserta yang terendah adalah KAMI, TBO dan EPY. Kali ni, KAMI dan TBO tersingkir. Diumumkan oleh Juri David Teoh dan Afdlin. Sedih laaa jugak bagi KAMI RAJA LAWAK 5.

            

Haaa... bab juri pulak. biasa laaa 
David Teoh, cakapnya pun buat orang agak ketawa.. "pernah tengok ular berak?". hahahahaa
Satya Babyface, komennya agak membina dan telus apa yang dia cakap.
Afdlin Shauki, macam sindir2 david teoh.. hahahaa.. Komennya menaikkan semangat peserta Gelanggang Raja Lawak 5 minggu ke 3 ini... 9 peserta yang tinggal..!!


So, Kita tunggu persembahan minggu depan pulak!!!

Labels: , , ,

Tak Puas Hati Dengan Maybank Auto Finance | Cuba nak Kelentong Aku!!

Actually, benda ni berlaku hujung tahun lepas. Tapi aku nak kongsikan buat tatapan blogger dan pembaca sekalian. Sorry kalo ada yang keje kat Maybank Auto Finance atau ada sedara sepupu sepapat keje kat situ.




Pada 23/11/2010, payment untuk kete aku dah habis dibuat di Maybank Auto Finance Kajang. Geran kete tu ada kat Maybank Auto Finance Puchong. So, tambah RM10 laa untuk kurier. Dua hari lepas tu dia suruh datang untuk collect tapi call dulu sebelum datang.


Tapi masa tu aku training kat menara TM waktu pagi, tak dapek laa nak datang. Dua minggu lepas tu, aku keje petang, so aku call laa dulu sebelum collect tu. Tapi bila aku call dia kata tak hantar lagi. Esok baru hantar. Hmmm... 


Dua minggu lepas tu, 23/12/10 pulak aku call lagi. Ingatkan dah sampai tapi Maybank Auto Finance Kajang kata belum dihantar lagi. Aku punya laaa nak mengamuk masa tu. terus aku kejar dari Putrajaya ke Kajang. Haaaa.. bila suruh explain, baru kata dah hantar hari ni. Esok sampai!! Hoiitt!! ape punya belit laaaaa...!!!

Aku tanya geran kat mana? still kat Puchong. Aku call Maybank Puchong tanya apesal tak hantar lagi.. DAH SEBULAN!! tapi diorang kata takde pengesahan dari Maybank Kajang. Sebulan tak cukup masa ke?? Bayar dah habis.. Sebulan pun tak setel lagi.. Maybank Auto Finance ni, kalo lambat bayar, pandai pulak hantar notis.. Ni dah bayar habis tak pandai lak nak kasi geran kat owner.

Aku tanya lagi, Geran baru petang nak pos. Aku cakap tak payah!! Aku pegi sana ambik sendiri. RM10 diorang pulangkan balik. Aku bebel bebel jap kat situ, dia bagi alasan tak munasabah. Balik rumah, aku emel kat customer service.


Dua Hari lepas tu, Assist. Manager Maybank Auto Finance Kajang dengan Puchong call.. Dua-dua mintak maap kat aku atas kecuaian diorang, siap offer aku untuk LOW INTEREST LOAN lagi. Yang sini kata dah bagi pengesahan, yang sana kata belum terima. Sudahnya sebulan tak setel. Nasib aku tipon.


So, korang korang.. Follow up laa selalu. Hati2 laaa dengan belit2.. walaupun kes terpencil. Huh!! aku masih EMO dengan Maybank Auto Finance. bengkek!!!

Labels: ,

Kena Saman Speedtrap SABAK BERNAM | Semak Saman PDRM

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak.

      i.   Melalui SMS 15888

            Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN
            
<NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke 15888

            
Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
            
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

    ii.    Melalui Internet

            Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :-

            > MyEG Services - www.myeg.com.my
            > RILEK e-Services - www.rilek.com.my


            * Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak pembekal perkhidmatan.

    iii.    Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di :-

            > Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
            > Kaunter JPJ yang terpilih
            > Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih.
**sumber: web rasmi PDRM

Lepas tu aku pun check laaa.. pakai SMS je. Tapi memang dah tau dah ada 3 saman. Lepas tu, detail.. dia suruh taip POLIS SAMAN

dan yang ni aku dapat serta merta...




Cara semak saman ni, yang senang bagi aku.. adalah pakai SMS. kalau myeg dgn rileks kena daftar dulu. Dah laaa skali skala je tengok mende nih.. password pun dah lupa.. hahahaa.. so, sms je senang, tak sampai 5 saat dah tau.

Pasal saman speedtrap ni, aku memang tak puas hati sangat. Kat area Sungai Besar, ada 4 lane jalan tapi kena 60km/j certain area. Lebih sikit je dah kena speedtrap. Macam hampeh!! HUH!!!

Dah dah dah... korang gi check saman gak.. dua posen jer. 

Labels: , ,

20 January, 2011

Bangi Kopitiam | Roti Portugis Sedap!

Bangi Kopitiam Seksyen 9 Bangi.


Aku ader pegi ke situ kelmarin. Breakfast dengan manager a.k.a. Mr Jai. Lepak-lepak sambil citer pasal keje masing2. Haaaa.. kalau nak tau pasal TADIKA INSAN KAMIL dan nak buat FRANCAIS TADIKA, korang boleh ke WEB ni..


Tapi aku nak citer pasal breakfast kat situ. Di pagi yang lapar, aku pilih


Roti Bakar Portugis dan Teh Tarik gelas besar!!!

Sedap tu weh... roti spesel bakar pastu ada marjerin dan kaya kat tengah. Harganya RM4.20 tak silap aku. berbaloi beb!! kenyang aku sampai tengahari. Lagi lagi kalau orang belanje. thanks Jai. 

Suasana kat situ memang rileks time pagi-pagi. Sesuai untuk bos-bos dan kuli2 melepak bekpes. lepak sampai 2 jam pun takpe.. ekekkeeke. Aku suka 'motto' nya.. OUR LIFE, OUR CULTURE..


Setahu aku laaa kan, Kedai ni adalah kepunyaan / share KID SEARCH. Tengok ajelah hiasan dalaman kedai nih. gambar kid pun ader. So, kedai ni jadi kedai aku laaa.. sebab aku pun KID jugak... hahahahaa.. Anyway, Bangi Kopitiam ni rasanya banyak cawangan, tapi aku suka lepak kat sini kekadang. Time malam lagi laaa penuh. Balik main futsal masa muda2 dulu pun, nak singgah tak jadi.. sebab ramai orang. Bisnes ok laaaa tu.. Makan minum sedap.. :)


Okay, kalau korang ke Bangi, singgah laaa kat Bangi Kopitiam nih.. Seksyen 9. Dekat dengan Hospital Az Zahrah Bangi.

Labels: , , , ,

Tadika Insan Kamil Bangi | Terbaik untuk Anak Anda | Francais Tadika

Semalam aku breakfast+lunch dengan member aku a.k.a. Manager, Mr Jailani. Waaahh.. dah lama tak jumpa macam2 laa cerita pasal kerja masing-masing. hehehee.. Sambil pekena roti bakar dengan teh tarik, dua  jam aku borak2 dengan Mr Jai. Dekat mana? Dekat Bangi Kopitiam, Bangi... nanti aku post entry pasal bangi Kopitiam eh..


Ok, ak dijadikan cerita, Mr Jai adalah di bawah MASTER REACH NETWORK SDN BHD. Officenya di Bangi dan Taman Desa. Tapi sekarang tengah jalankan projek Tadika di bangi. Namanya TADIKA INSAN KAMIL. Haaaaa.. sesuai dengan islamiknya tadika untuk anak-anak berumur 4-6 tahun.

Jom usha kat situ..






Dan juga kepada sesiapa yang ingin membuka tadika, ada juga disediakan francais. Mungkin di kawasan anda belum lagi ada tadika yang terbaik untuk anak-anak kecil, inilah masanya untuk anda hubungi Tadika Insan Kamil.

Peta ke tadika tu anda boleh tengok kat SINI.
Dan anda boleh terus hubungi Mr Jailani untuk maklumat lanjut.

MR JAILANI
Office : +603 79824929
H/P : 012 9449486 (Jailani)
012-2450269 (Rashid)
019-3731749 ( Pn Nurul )
email : info@tadikainsankamil.com


p/s: masa tadika dah ada belajar pakai PC.. fuuuhhhh

Labels: , , , ,