This Page

has been moved to new address

ShaKiddo

Sorry for inconvenience...

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
ShaKiddo: December 2010

ShaKiddo

WORK - HOME SWEET HOME - TRAVEL - FOODS - MOVIE - MAFIA WARS - HOBBIES -COLLECTIONS - FAMILY - BUDDIES - SUNGAI BESAR - KAJANG - PUTRAJAYA - K.L

30 December, 2010

Azam Tahun Baru 2011 Anda??

Sedar tak sedar, dah sampai kita ke penghujung akhir tahun 2010.
Sedar tak sedar, kita dah nak melangkah ke tahun baru 2011.
Pantas sungguh masa berlalu.

ihsan pak google

Dengan kesibukan kehidupan kita seharian.. Yang belajar, yang bekerja, yang duduk rumah, yang pergi melancong, yang pergi melencong, yang rajin bekerja, yang ponteng kerja, yang ponteng puasa (hahahaha), yang kawin, yang bertunang, yang dapat anak dan lain-lain lagi.


Semua itu akan tetap kita pahatkan dalam memori. tak kira ia pahit atau manis. Tak kira ia suka atau duka. tak kira ia sengaja atau tak sengaja.



Di penguhujung tahun ni, jom kita sama-sama semak samada azam tahun baru 2010 kita dah tercapai ke tak? Kalo tak tercapai, carry foward laaa.. ataupun lupuskan... hehehee. tengok kalendar 2011 tu.. plan laaa mana yang patut.


Alhamdulillah, azam tahun baru aku tahun ni dah tercapai. dah berjaya. tu diaaaa.. anak aku yang baru lahir bulan 11 lepas. Memang berbaloi penantiannya.. :)


So, korang congak2 laa jap.. untuk tahun 2011 akan datang ni, apa plan korang? Apa azam 2011 korang?
Nak beli kereta ke.. nak melancong ke kutub utara ke.. nak bukak kedai burger ke.. nak jadi bos ke.. nak kawin ke.. nak dapat anak ke.. nak.. apa apa aje lah..!!!


Tulis laaa azam korang.... Hope it will come true.. 

sambung ayat ni dari korang:

AZAM TAHUN 2011 SAYA ADALAH..................

Labels: , ,

29 December, 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR KEDUA PIALA SUZUKI AFF 2010 MALAYSIA VS INDONESIA

YEAAHHHHHH..
AKHIRNYA MENANG JUGA MALAYSIA!!!!!!
FINAL PIALA SUZUKI AFF 2010 DI STADIUM BUNG KARNO, INDONESIA.




Berbekalkan semangat juang yang kental.. Doa seluruh penyokong Malaysia.. Corak permainan barisan pemain bolasepak Malaysia.. Akhirnya Malaysia menang..!!


Walaupun Indonesia Menang 2-1, tapi kalah jua dengan perbezaan gol 4-2. Walaupun ada juga laser hijau di hala ke goalkeeper Malaysia..



Keputusan Penuh Piala Suzuki AFF 2010:



MALAYSIA 4-2 INDONESIA


MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010

Labels: , ,

Pasar Malam Putrajaya

halo...
korang lapar tak?
Semalam aku pegi Pasar Malam Putrajaya, Presint 2.
Jom tengok apa yang ada...


Hujan lak time aku datang



Ayam golek bermadu


Apam balik


Putu bambu

Ayam panggang dan Percik


Air pelbagai perisa


Sata dan otak otak

Bihun Goreng udang + goreng2 kawah
Yang aku beli dan kena dengan selera aku adalah.....

Nasi Lemak Ayam Pandan Berempah
Dan....

Air Asam Boi + Limau Nipis













Haaaaa... Sedap tak? lapar tak..?
Ape lagi?? korang terjah laa pasar malam dekat rumah korang.
Belasah je ape yang nak.. heheheee

Labels: ,

28 December, 2010

ERA fm kini di Kota Kinabalu!!

Halooooo...
Korang dah jenguk stesen radio ERA??
Untuk pendengar di Kota Kinabalu, anda boleh ke SINI untuk lihat web yang sungguh cool.. hijau tenang je..


Nak join Peraduan pun boleh. Nak chit chat dengan pendengar lain pun boleh. Nak dengar lagu pun boleh.. nak baca gossip artis pun ada.. Macam2 adaa.. So, jangan lupa terjah web ERA fm KOTA KINABALU


ERA- Kini Hanya Memainkan Muzik Hit yang Terbaik!!!

Labels: , , ,

Heliza Helmi Bakal Bertunang Dengan Hafiz Hamidun?

Agak lama Murai Batu tidak dengar kisah penyanyi, pengacara dan komposer, Hafiz Hamidun. Setahu Murai Batu, Hafiz yang kini aktif sebagai pengacara TV di RTM memang terlalu giat berjuang menjadi komposer terhebat di Malaysia sehinggakan dia agak sukar untuk menguruskan kariernya sendiri sebagai seorang penyanyi.



Namun, dalam kesibukan itu, Murai Batu dapat tahu, Hafiz yang sebelum ini pernah putus tunang dengan seorang gadis akan kembali dengan status sebagai tunangan orang. Pun begitu, ia bukanlah bermaksud Hafiz akan bertunang semula dengan bekas tunangnya itu.
Apa yang pasti, Murai Batu dapat tahu, Hafiz bakal bertunang dengan seorang artis bertudung yang cantik iaitu Heliza Helmi. Betul ke?
Pada mulanya Murai Batu bukan nak percaya sangat dengan perkhabaran yang Murai Batu terima ini. Bukannya apa, adakala cerita sebegini tercetus selepas orang melihat seseorang artis itu saling akrab dan mesra di depan khalayak ramai.

Kembali kepada kisah pertunangan di antara Hafiz dan Heliza...Murai Batu sebenarnya diberitahu seorang jejaka kacak bahawa kisah mereka berdua bakal bertunang ini sebenarnya akan diumumkan tidak lama lagi.
Apapun, sumber Murai Batu tidak pula mengetahui bila tarikhnya tetapi paling cepat pun, pasangan ini akan bertunang pada tahun depan. Jika benarlah cerita ini, Murai Batu doakan agar hubungan mereka akan kekal bahagia dan jangan lupa jemput Murai Batu tau.
Dalam pada itu, pasangan double H ini (Heliza Helmi dan Hafiz Hamidun) khabarnya akan mengeluarkan minyak wangi jenama tempatan yang meletakkan kedua-dua nama mereka dalam minyak wangi itu.

Jenis minyak wangi itu tidak pula Murai Batu tahu tetapi selain mengeluarkan produk berbentuk wangian tersebut, mereka berdua akan berganding bahu dengan menerbitkan sebuah filem hantu. Katanya, mereka masih mencari siapakah hero dan heroin untuk filem ini.

Bagaimanapun, Murai Batu diberitahu pengarah untuk filem berkonsepkan hantu ini memang sudah pun ada..Siapa lagi kalau bukan hero filem terbaru Metrowealth, Damping Malam iaitu abang Ahmad Idham.
Bagi Murai Batu, berdasarkan kisah yang disampaikan kepada Murai Batu ini, kebenaran Hafiz dan Heliza akan bersatu menjadi pasangan hidup pasti akan terjawab. Yelah, selalunya...orang yang dah nak kahwin baru berkongsi harta benda untuk terus hidup. Alah...macam kongsi duit untuk beli rumah.

Semoga Hafiz dan Heliza bahagia. Dan mungkin selepas ini anak mereka pun namanya menggunakan pangkal huruf H seperti Haswari, Hana, Hazwani, Hattan, Hashim dan banyak lagi lah.

sumber: murai.com

Labels: ,

27 December, 2010

Terima Kasih Blogger | 500 follower dalam 2 Bulan

Sudah hampir dua bulan shakiddo berblogging.
Setelah lama ditinggalkan... Setelah diberi nafas baru...
Setelah diberi galakan baru.. kini Shakiddo.blogspot telah mencapai 500 follower.
Dan semua ini takkan berlaku tanpa sokongan anda semua.
TERIMA KASIH SEMUA..!!!!
Dan follower ke 500 yang bertuah adalah...

ENCIK RENJERKABLOI...!!!!

Dan juga terima kasih khas kepada my Brother, my Sis 1, dan  my sis 2, kerana memaksa aku untuk balik semula dalam blog nih.. hahahaaa. Kalau tak, aku dok hanyut main games aje laaa.. ekekekee.. bagus jugak buat blog nih.. Banyak isi masa lapang, banyak dapat info, banyak dapat kenal orang dan lagi2 lah.. hehehee


Blogger2 otai macam Eyriqazz, Kak Ina KL, Kancil Biru dan lain lain (maaf tak dapat tulis semua..) akan tetap menjadi rujukan dan panduan shakiddo

Pendapat peribadi aku yang cetek.. Ada blogger yang dah lama atau otai, tapi kita ni yang baru mintak laaa tunjuk ajar atau komen ke.. tips ke... tapi haramm nak balas atau jenguk kita. Dan blogger macam tu, aku tak layan laa sangat (kecik hati).. hahahaaa.. Ada yang macam bila kita komen, ingat kita nak ngorat dia laaa... padahal dunia blogging dia yang lama pun, takkan dia tak faham.. hohohoh

Ada gak terniat di hati.. untuk buat giveaway.. contest dan ape bagai lagi.. tapi nantilah dulu.. biar ok semuanya, nanti shakiddo akan buat. InsyaAllah.. aku pun baru nak bertatih.. :)

So, hope semua blogger akan senang dan singgah jenguk kat sini. Ada yang baru kenal.. ada yang dari sekampung.. ada yang satu tempat keje.. hehehe.. jemput2 laah yea..


Orait.. ingat ape?? ingat SHAKIDDO.BLOGSPOT.COM


ingat ape??? ingat
SHAKIDDO.BLOGSPOT.COM


Yeaaaaaaahhhhhh... Celebrating ALL 500 Followers in 2 months!!!!

Labels: , , ,

Anak Meragam | Apa perlu dibuat??

Hujung minggu.
Sekali lagi aku balik kampung kat Sungai Besar.
Sekali lagi hujung minggu bersama my Sha dan my ilham.
Dah besar dah nampaknya my ilham ni. Dah 4.1kg. Jumaat lepas dah ke klinik. Cucuk kat peha kanan. Adoooiii.. nangis2 jap laaa..

Suhu badan dah naik sikit, pakai fever patch nih
 Pagi ahad, pakai baju merah. mak ngah nyer belikan.. haddoooiii... merah menyala.. hahahaaa

Hensem tak saye? hehehee

Pagi pagi, best laaa lepas mandi.. hehehe

Mengantuk la pulak...

Panas.. Bukak baju laaa jap
Masa ni, dah merengek-rengek dah.. dah bagi susu badan.. bagi susu botol.. semuanya my ilham sapu je.. Perut tak kembung. dah sapu minyak telon. Aku dukung laaa dia ke hulu ke hilir..

Nak naik atas motor atok rupanya.. ekekekee
 
Naik kat bilik atas, senyap laaa jap


Rupanya ilham nak balas komen kat Blog. hahahaaa
 
Senyap aje laaa bila kena pangku

Dah, kat belakang rumah ambik angin.. fuuuhhh.. sepoi sepoi bendang..
Alih alih memasing dah ngantuk.. Aku dodoikan ilham.. dengan aku pun terbabas.. Yang maknye sempat lak ambik gambar.. hahahahaaa


 Gambar dua hari berturut-turut lak tu.. ekekekee

Ni masa hari sabtu krismas lepas.. Ngantuk dowwhh.. (aku lepas shift malam)

Haaaa... macam ni laa bila my ilham meragam. Actually bukan sebab ape sangat pun. Aku yang dewasa ni terasa bahang gak kat rumah tu. maklumlah, rumah tengah bendang. Dalam kul sebelas lebih dah start panas kalau takde awan. Pastu dalam kul dua lebih, dah start mendung. Angin sepoi sepoi kuat laaa.. burrrrrrrr.. beshhhh...


Sekarang, ilham sihat-sihat je. Cuma nak kena pantau jugak berak kencingnya.. Skrang dah start bagi Gripe Water untuk mudahkan hadam dalam perut.

So, bila anak meragam...... :)

Labels: , , ,

26 December, 2010

Keputusan Malaysia vs Indonesia: Perlawanan Akhir Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010

Keputusan Terkini Malaysia vs Indonesia: Perlawanan Akhir ; Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010:

 MALAYSIA 3-0 INDONESIA


60' ; Safee Sali
62' :Ashaari
70' : Safee Sali

Malaysia menang pada pusingan pertama di stadium Bukit Jalil. Jadual Perlawanan akhir kedua Piala SUZUKI AFF 2010 pada 29 Disember 2010 di Indonesia. Sekalung tahniah kepada barisan pemain dan pengurusan Pasukan Bolasepak Malaysia.!!!

Labels: , ,

50 Bloggers Diperlukan II

Salam..


Ini saje nak bagitau. Ada satu lagi berita baik untuk blogger..
Jom laaa join ni.
http://www.100penulis.com/2010/12/50-bloggers-diperlukan-ii.html


Saya nak join ni sebab nak tambahkan kenalan.. tambahkan trafik dan tambahkan ape yang patut.. hehehee
Selama hampir dua bulan saya blogging ni, ramai dah kawan2 yang selalu komen kat entri saya. so, saya harap ramai , lagi yang akan kunjung blog saya dan begitu juga yang saya buat kepada blog kengkawan saya. :)


kali ni, aku nak tag :


Sheikh Soghir Ebadussolihin


Sheikh Kabir Tukang Merepek


So, jom ramai ramai kita join... :)

Labels: , ,

25 December, 2010

Merry Christmas!!! |Tart Telur di KFC

Malam Hari Natal.. Malam Hari Krismas...
Kami semua training macam biasa..
Tapi, memasing macam dah mood cuti.
Bukan nak sambut krismas.. tapi sebab dah nak weekend.. So, jadi Mood Public Holiday + Weekend laaaa... Mood malas keje berganda.. wakakkakaaa


So, kami pegi laa ke KFC untuk dinner ramai2. Aku, Ebad dan Asri order snack/dinner plate je. Baru perasan ada benda baru.. Nak try tart TELUR a.k.a. EGG TART!!

 Harganya pun okay laaa untuk try. RM1.80 satu dan kalau add on RM1.60, Dalamnya ada telur.. Sedap beb!! macam yang jual kat kedai bun tu haa.. hehee



Snack plate dan Egg Tart... di KFC TTDI

Ebad, aku, Asri and Daus

Intan, Uyoi, Gani, Mal dan Ally pun join skali

Actually, kitorang nak memeriahkan malam raya buat Ally. maklumlah jauh di perantauan. Nun jauh di Sabah. Dan kalau korang nak tau, Ally ni adalah adik Alex RAJA LAWAK 3 dulu tu... "maggie saya sudah kembang!" Selalu kitorang ajuk dia.. hahaahahaa. Dia pun selalu buat lawak macam abang dia...

So, Merry Christmas, Selamat Hari Natal kepada mereka yang menyambutnya. Ally, Alex,  Elisa dan Ivy my student SMS Saleha, Genting Highlands...


Jingle bells!!!

Labels: , , ,

24 December, 2010

Jusco Equine | Sedapnya Sarapan Pagi!!!

Nyenyaknya tidur malam tadi. Selepas tiada gangguan bunyi loceng fire drill yang membingitkan telinga.
So, pagi ni memang aku dah plan untuk ke Pejabat Pos Equine. Malas nak ke Alamanda. SLOW!!! huh...
Dan aku ingat Jusco bukak pukul 9.30 pagi tapi....



Pukul 10pagi bukak rupanya. so, aku terus renew roadtax kat Pejabat Pos. Lepas tu aku turun bawah nak cari sarapan. errrmmmmm Takkan KFC lagi kut..? hahahaaa


So, aku pun jalan-jalan kat Jusco Equine tu untuk cari makanan sarapan..

Ada ni... Cheese dan chicken bun


Sosej + sos + mayo dan ayam goreng
Tapi selera aku tadi adalah....

Mayo cheese Bambam Bigalow

Pie serunding daging


Tuna doughnut

Haaaaa... amacam?? lapar tak tak?? nyum nyummmm... Bambam Bigalow tu saje aku taruk namanya sendiri sebab BESSSARRR PUNYAAA!! dibandingkan dengan duit RM1 tu.. hohoho


Terboooekkkk di Jusco Equine!!!!

Labels: ,

Memang Macam Hampeh!!!

23/11/10


Aku baru je balik keje. Jam 11.45malam
Sampai kat kawasan parking.
Terdengar lak bunyi alarm system fire drill untuk bangunan. Tapi Blok sebelah.
Bunyi loceng berdering-dering tak henti-henti.. Ada yang tak kena laa kut kata hatiku, Dengan letih dan penatnya balik dari TTDI, aku naik masuk rumah dulu.


Lepas 20 minit, tak stop lagik. Ini macam tak boleh jadi mem.. Ini mesti kena bedal mem..!! hahahaaa
Takde sorang ke yang call maintenance or tengok masalah tuh. Bunyik macam nih mana leh tido..
Aku terus call pengurus fasiliti. Tak angkat lak.. alamak.. dah tido laaa nih...


Aku terus turun bawah.. capai kertas iklan carrefour yang memang banyak kat postbox, then.. ingat nak hempuk je box fire drill tu... tapi nasib baik aku waras lagi.. hahahahaaaa


Dan inilah hasil kerjaku..!!!!


Naaahhh, aku zoom lagi.. Korang tengok tu smoke detector punya lampu dah menyala-nyala.. Malas nak record video je kasi korang dengar.. hahahaaa


Hampeh tul rasanya. Yang membuatkan aku rasa hampeh, adalah... jiran-jiran lain tak complaint ke? or dah lali dengar bell ring nih.. Boleh pulak senyap tidor.. hadoooyaaaiiiii... Kiranya aku mengisytiharkan aku jadi HERO laaa konon. mesti jiran yang lain sangka technician diorang datang. padahal.. Aku sendal je pakai kertas... Wakakakaakaaa..

Lepas tu, aku call lagi. Ada laa suaranya.. yea laaah dah kul 12 tgh malam, tidor laaa.. Aku cakap masalah sekian2.. so, aku sendal dulu dengan kertas.. kalo bunyik lagi, aku kasi pecah.. hahahaha.. terus dia cakap nak datang jap lagi...

So, semua orang di dua Blok aku dapat tidur dengan nyenyak.. hehehee.. sekaligus terus kasi idea aku buat entri... ekekekeke..

tapi MEMANG MACAM HAMPEH!!!

Labels: , ,

23 December, 2010

Check Network Card | Window XP, Window 7, Mac OS 9, Mac OS X

Halo halo halo kopi ke milo
Jom follow follow


Kali ni aku nak share sikit lah pasal troubleshooting PC. Maklumlah dok hari hari ngadap dalam training... (tapi, tak laaa power gak..ekekekeke).
Orait.. antara isu yang selalu customer complaint dalam line streamyx ni adalah connection failure, slow connection, frequent disconnection/intermittent, lupa password/login id, webmail issue, billing dan macam2 lagi lah. Kali ini aku nak bagitau macam mana nak configuration network card.


A network card is an expansion card which installs into a computer and enables that computer to physically connect to a local area network
gambar ihsan google
 Untuk Window Vista atau window 7:


Mula-mula, klik start - computer - klik kanan - klik properties



 Lepas tu, klik Device Manager dan satu pop up window akan keluar.


Pergi ke Network adapters - klik kanan - dan klik enable - close window



Dan anda dah pastikan network card anda boleh digunakan.

Untuk Window XP pulak, macam ni:


Start - My computer - klik kanan - properties - hardware - device manager - (akan ada window pop up) - klik "+" kat network adapters - select network adapters yang ada red cross - klik kanan - LAN card - properties - general - pegi ke Device Usage dan select "use this device (enable)". dah selesai..!!


Untuk Macintosh nyer user (geng orang2 kaye je pakai nih.. hehehe)


Mac OS 9:


Klik simbol Apple di bucu kanan atas skrin
Klik Control Panel
Klik Apple Talk
Pergi ke Edit kat sebelah atas skrin dan klik User Mode
Pilih Advance radio button dan klik OK
Pastu klik info
Okay, boleh tengok kat Apple Talk info. Cari line Ethernet Address.
maka, sebelahnya adalah physical address 
contoh : 00-08-74-AF-CE-1C


Mac OS X:


Klik simbol Apple di bucu kanan atas skrin
Klik System Preference
Klik icon Network
Lepas tu,  make sure pilih tab "TCP/IP"
Okay, boleh tengok kat Apple Talk info. Cari line Ethernet Address.
maka, sebelahnya adalah physical address 
contoh : 00-08-74-AF-CE-1C

Daaaaahhh.. selesai sudah cara nak check network card korang.
Lepas ni, kalau ada masa aku share pasal modem, router atau connection lak (tengok laaa bila time rajin). Bab-bab lain belum tau banyak lagi.. Saper tau macam mana nak curi IP address, curi password wifi, crash code dan lain lain?? hahahaaaaaa... mesti korang taknak bagi tau kan.. ekekekeee

p/s: oh yea, jangan lupa semak keputusan pmr 2010. Dah keluar rasanya 23 disember 2010

Labels: , ,

22 December, 2010

Kerja Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak di Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam/UiTM Kampus Selayang/UiTM Kampus Sg. Buloh bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. PEGAWAI PERUBATAN UD47
2. PEGAWAI FARMASI U41
3. PEGAWAI OPTOMETRI U41
4. PEGAWAI REKOD PERUBATAN N41
5. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G27
6. JURURAWAT U29
7. JURUPULIH PERUBATAN (CARA KERJA) U29
8. JURURAWAT MASYARAKAT U19
9. PEMBANTU REKOD PERUBATAN N17

 
CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari lama web UiTM di http://www.uitm.edu.my dan di http://www.medicine.uitm.edu.my atau juga boleh didapati sendiri di Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam/UiTM Kampus Selayang/UiTM Kampus Sungai Buloh. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.


DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN 

Sila kemukakan permohonan kepada :

KETUA TIMBALAN PENDAFTAR
FAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS SELAYANG
JALAN PRIMA SELAYANG 7
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 3 Januari 2011

Labels: ,

Sarapan di Seri Teja, Putrajaya

Minggu ni kerja petang. So, makan kat rumah aje laa.
Tapi aku tak berapa sihat. Batuk2 dan selsema.
Lapar sungguh pagi nih. Nak makan roti canai lak rasanya.
ermmm... mamak??
takkan mamak lagi.. penat dowh.. hahahaaha


So, aku pegi kat Seri Teja. dekat dengan rumah aku. Aku panggil gazebo jer sebab ada kanopi putih yang besar bagai tuh.. Kat sini ada macam2 kedai yang jual makanan. Western, nasik campur, sup2, mee rebus, claypot.. dan lain2 laaaa...


So, untuk sarapan, aku pilih...


Dua keping roti canai dan teh tarik!!!
nampak macam roti canai biasa. tapi silap haribulan, pagi2 dah abisss...
Sebab ape?? ianya lembut. dan bessarrrr... RM1 sekeping. standard laa tu kan harga ikut area. hehehee
Aku blasah dua keping. Banjirrrrr.. peerggghhhhh...
Memang berbaloi-baloi.


So, kalau korang nak cuba.. Sarapan laaa kat SERI TEJA, Presint 9 Putrajaya dan order roti canai kat ROTI CANAI SUPER.
Brader Melayu yang bikin.. marvellous beb!!!

p/s: oh yea.. kat sini ada WIFI PERCUMA!!! yahoooooo...

Labels: , ,

21 December, 2010

Selamat Tinggal Menara TM

Sedar tak sedar, dah sebulan setengah aku dan kengkawan di Menara TM.
Sedar tak sedar, masa cepat berlalu.
Dan masa untuk mengucapkan selamat tinggal menara TM.


Menara TM a.k.a. Menara Rebung nih, memang best.
Kemas, teratur dan rileks je. environment pun ok.


Semuanya lengkap.
Tapi sekarang, kami dipindahkan ke TTDI.
Sesaknyaaaa.. woohhoooooo.. ape-ape pun. Ni laaa HQ.
Ujian Mock call dan OJA akan berlangsung dalam dua minggu nih.
Bila dah dapat jadi CSR on LIVE punya... perrggghhhh... bergaya laaa teman.. :)
Hope semuanya okay kat sini menghabiskan dua minggu training dan akhir tahun 2010 di TTDI.
All the best untuk batch 195 khasnya..


Go STREAMYX!!!!!

Labels:

Connect Internet Laju Walaupun Over Usage | Broadband

Adakah korang pengguna Broadband?
Adakah korang pengguna tegar Broadband?
Baru Seminggu dah abis usage 5GB?? (macam aku.. kekeke)
Abis tu, slow laaa beb!! kena control SPEEDS.

Pernah tak dapat mesej Broadband nih?

Tengah sedap sedap blogging atau surfing, skali tiba-tiba slow lak. 5GB yang untuk monthly kita, dah over limit. Amacam?? Nak tambah GB?? RM15 untuk 1GB, RM50 untuk 5GB. (harga selekom aje laaa..)


Korang nak tau tak caranya.? Untuk still connect dengan internet, 
Walaupun korang dah lebih usage korang. 
Walaupun korang dah tambah usage korang (rugi beb).
Walaupun korang nak blogging / surfing lagi, tapi slow.. sebab kena control speeds.


Okay, aku tak terangkan kat sini. Sebab untuk yang berminat je. hehehee..
korang tak susah sangat pun. Letak je emel kat komen bawah ni. Nanti aku emel. Lambat sket sorry ek, maybe time aku tengah koje ke.. berjimba-jimba ke.. balik kampung ke.. hehehee. But, tak laaa sampai berhari2.. berminggu2.. sabor yea YOB!

Kalo sesetengah orang tu, benda macam ni.. ada laaa nak kena charge nyer.. pengerasnya.. tapi aku bagi tips ni FREE aje!!! mo man tai... jangan lupa letak emel yea.. nanti aku send. 


p/s: hanya untuk pengguna broadband a.k.a. berokband yang telah abis/over limit usage nya... KLIK LIKE FACEBOOK BUTTON eh.. :)

* AKU TAKKAN LETAK IKLAN ATAU SKIM CEPAT KAYAP ATAU MLM ape benda ntah.. heheehe.. (cuma nak tengok Broadband user yang berminat)

Labels: ,