01 December, 2010

Pulau Pinang adalah Milik Kedah??

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah hari ini meminta pihak yang berkenaan mengambil tindakan agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah selaku pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada 1786.

Pengerusinya Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata usaha itu lebih penting berbanding menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.
"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya pada sidang media, di Alor Setar hari ini.Beliau berkata perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.

- Bernama-
 
Ada sesiapa AHLI SEJARAH??

11 comments:

  1. biar betui...sy orang penang...hehe

    ReplyDelete
  2. azhar: bernama punya berita nih.. dulu cikgu sejarah pun takdak bagitau.. :)

    ReplyDelete
  3. cikgu sejarah sendiri pon ntah2 baru taw...
    macam mane?
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. tukang merepek: aku pun rasa macam tu laaa.. ni sejarah yang lama ditinggalkan.. banyak sangat perjanjian dahulu kala..

    ReplyDelete
  5. ish...ish..ya ka..lagu mana tu..chek pun baghu tau..

    ReplyDelete
  6. Ak sbg org png rsa ada baik n bruknya.. Tp dlu apsai snggup juai kmi kt omputeh.. Skg bru terhegeh2 nk tntut.. Tp baiknya melayu kt cni bley idop sng.. Nk cqi tnh pun sng..

    ReplyDelete
  7. orait..dis is cool..haha sy mmg org kedah..tp sy suka lg penang..so..kedah+penang jd ape eh?

    ReplyDelete
  8. anon: perjanjian punya lama dulu naaa..

    Abg man: prof dan sejarawan mesti lebih arif hal ni..

    ReplyDelete
  9. aida : kedah + penang = kedah jugak laaa.. sebab asal dari kedah.. hehehe

    ReplyDelete

Korang memang TERBAIK bila komen kat sini! :)